CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3795|Reply: 3

Cacar air

[Copy link]
Post time 12-8-2007 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Kesihatan Anak: Cacar air mudah merebak, bahaya

DUA hari lalu, ketika memandikan anak anda yang berusia tiga tahun, tiba-tiba anda melihat ada ruam tumbuh pada badannya. Kemudian semalam, anda dapati ruam itu mula melepuh. Berdasarkan pengalaman, anda pasti tahu anak kecil anda itu sebenarnya berhadapan dengan cacar air.

Seperti ibu merawat anda satu ketika dulu, anda hanya dilumur dengan bedak sejuk dan diminta berehat. Pada fikiran ibu anda, cacar air itu bukan masalah besar, ia tidak bahaya kerana penyakit berkenaan dialami semua orang sekali dalam hidupnya.


Bagaimanapun, anggapan itu tidak benar. Cacar air adalah sejenis penyakit berjangkit yang mudah merebak. Jika anda dijangkiti, ia boleh dipindahkan kepada orang sekeliling anda walaupun ruam pada kulit belum lagi kelihatan.

Setiap orang berisiko berhadapan dengan cacar air apabila berada dekat dengan pesakit setiap kali bersin atau batuk. Malah, jangkitan boleh berlaku apabila bersentuhan dengan cecair daripada lepuh cacar air.


Yang penting untuk anda tahu, walaupun anak sudah sembuh daripada lepuh-lepuhnya, virus itu mungkin boleh kekal dalam tubuh. Beberapa tahun kemudian, virus ini mungkin muncul semula menyebabkan masalah yang lebih teruk berlaku seperti kayap. Satu lagi komplikasi yang mungkin boleh berlaku adalah 憄ostherpetic neuralgia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2007 10:51 AM | Show all posts
ni yg seram...ank semut asyik2 demam ja sejak 2 menjak...baru jumaat lepas bwk p klinik sbb demam lom ilang..pehtu ada rashes kat badan2...tp doc kata bkn cacar...risau jgk...cuma yg semut notic..baby sensitip sket kulitnya..kalo panas/peluh btol slalu naik rashes...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2008 03:35 PM | Show all posts
Cacar air, si manja anda & anda

Oleh: DR. ZULKIFLI ISMAIL

Cacar air dianggap sebagai lumrah kehidupan dan sesuatu yang perlu dilalui oleh setiap kanak- kanak tetapi tahukah anda penyakit ini boleh mendedahkan anda kepada jangkitan kedua apabila dewasa? Minggu ini Program Positive Parenting membincangkan isu ini.

Ruam merah mula muncul di seluruh badan anak anda. Beberapa hari kemudian, bintik-bintik seperti jerawat ini menjadi lepuhan bercecair. Anak anda demam, hilang selera makan dan meragam. Dia terperap di dalam rumah dan tidak dapat pergi ke tadika. Doktor memberi amaran untuk memastikan anak anda tidak menggaru ruamnya (walau segatal mana pun) kerana menggaru boleh menyebabkan jangkitan bakteria pada kulit. Malah anda terkejut apabila doktor menerangkan kemungkinan berlakunya komplikasi serius seperti radang peparu atau ensefalitis (radang otak). Sebelum ini, anda menganggap cacar air hanyalah jangkitan biasa yang ringan. Bukankah semua orang dijangkiti sekali seumur hidup dan pulih sepenuhnya?

Tidak lama kemudian, gejala yang sama mula muncul pada adiknya. Anda tiada pilihan lain kecuali mengambil cuti kerja untuk menjaga mereka. Tanggungjawab menjaga dua anak kecil yang sakit memang meletihkan, lebih-lebih lagi jika anda sudah mengandung tiga bulan.

* Mengenai cacar air

Cacar air ialah sejenis jangkitan yang disebabkan oleh virus Varicella-zoster yang amat mudah berjangkit dan boleh merebak menerusi sentuhan fizikal dan melalui udara daripada titisan bersin atau batuk. Kanak-kanak yang dijangkiti boleh menyebarkan virus dua minggu sebelum ruam muncul dan sehinggalah semua lepuhan menjadi kering.

Selagi anak anda sihat, kesan jangkitan cacar air biasanya bersifat ringan dan akan hilang dalam masa dua minggu. Namun begitu ia lebih berbahaya di kalangan kanak-kanak yang mempunyai sistem imun lemah, menghidap ekzema atau mengambil ubat steroid (contohnya penghidap asma).

Anda perlu mencegah anak anda daripada menyebarkan penyakit dan memastikan dia tinggal di rumah dan tidak menghadiri kelas tadika. Malangnya, adalah lebih sukar untuk mengelakkan anggota keluarga lain daripada dijangkiti. Risikonya sangat tinggi kerana mereka berada berdekatan dengan satu sama lain. Cuba jauhkan anak anda daripada wanita hamil dan sesiapa yang belum pernah menghidap cacar air atau belum diberi vaksin.

Antara langkah untuk merawat cacar air termasuk menegah anak anda menggaru dan mencegah jangkitan sekunder, menggalakkannya minum banyak air dan memastikan pengambilan khasiat pemakanan secukupnya dan mengawasi sebarang komplikasi serius. Sejenis agen antivirus yang dinamakan acyclovir akan mengurangkan tahap keterukan penyakit tetapi ubat ini perlu diberikan pada peringkat awal jangkitan.

Kehidupan selepas menghidap cacar air. Selepas jangkitan cacar air, virus Varicella-zoster 憁enyorok
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2008 12:52 PM | Show all posts
cacar air n demam campak sama ke ?my niece baru lps kena demam campak bila dia dah baik about 2 weeks kakak n abg dia plak yg kena ..myself ada anak umur 1 yr 5mth ..ada tak kebarangkalian utk kena ? rasanya dh penah inject vaksin ni time dia baby dulu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.060628 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list