|
"Ajari aku dengan Islam.!.Aku sudah jatuh cinta dengan Islam.."
Salam sejahtera
Di sini saya ingin bertanya dan berkongsi apa yang saya pendam selama ini.
tapi biarlah sy perkenalkan diri sy,
Saya non-muslim, berasal dari borneo n sekarang bekerja di KL.
Sbnrnya sy sendiri xtau sejak bile sy mula tertarik dengan Islam sbb sejak mula sekolah tadika sy di ajar solat, mengaji dan puasa, mase 2 sy keluarga sy menumpang rumah pak cik sy yang memeluk islam. Tapi masuk darjah satu sy dan keluarga berpindah rumah sendiri dan sy tinggalkan ape yang telah sy pelajari kat rumah pak cik sy, biaselah mase 2 budak2 lagi.
Tapi sejak sy meningkat remaja, usia makin btambah sy cuba mendalami ajaran agama sy sbb sy tau kehidupan di dunia hanya sementara, sy tercari2. Tapi amat menyedihkan keluarga sy sndr spt tak memberi sokongan dan galakan, mereka sendiri pun tak ambil kesah ttg didikan agama, yang penting bagi mereka sy berjaya dalam pelajaran. Akhirnya sy sdnr xpercaya pada agama sy sbb bnyk yg meragukan.
selepas tamat penggajian sy ambil keputusan bekerja di KL sbb sy sndr tak berminat dengan kehidupan keluarga sy,
bukan bermaksud lupa daratan tapi sy ada kehidupan sndr.
Sejak dua tiga menjak ini sy begitu tertarik dgn Islam apatah lagi sy dikelilingi dengan msyt melayu.
kadangkala rasa itu berkobar2 dan sy rasa xsabar mengamalkan hidup sbg islam sbb sy percaya pada yang SATU, bukan dua bukan tiga.
Tapi mslh sy skrg sy xtau nak mula dari mana lbh2 lagi sy xtau nak bertanya pada siapa sbb org di sekeliling sy xdelah arif sgt psl islam. Kalau ade yg sudi ajari sy langkah2 mengenal islam........sy amatlah berterima kasih.
mungkin membaca buku2 berkaitan islam adalah satu langkah yg bijak tapi sy ingin mencari alternatif lain minta tolong forumer di sini....untuk menmbahkan lagi pengetahuan sy.
kalau ada yang sudi.....
Terima kasih.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nak tanye ape?
lebih elok bertentang mata.. pusat islam, masjid... lebih ramai yg boleh membantu |
|
|
|
|
|
|
|
bukan senang nak mengajar orang terhadap Islam.
terasa seakan bahu menjadi berat.
sebab sendiri pun lebih ilmu daripada amal.
kalau ada ssiapa yang boleh membantu,silakan.![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Semuga Allah memberikan awak hidayah utk menjadi seorg muslim. Mcm mana pun setuju dgn eiyoie spy awak belajar secara bertentang mata. Melalui buku2 agama tidak memadai. Carilah org2 yg benar2 layak. PERKIM pun boleh rasanya. Kalau nak bertanya melalui alam cyber pun, bukan tak boleh tapi perlu ingat bukan semuanya berkelayakan. Lg pun lebih byk fitnahnya. Sekarang nama saja org Islam tapi pegangan aqidah jauh terpesong. Tambah pula dgn ajaran2 sesat. Sesetengah tu kedengaran hebat dgn hujah2 AlQuran. Tp sayang |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah dan semoga Allah beri hidayah kepada kita semua.
Islam itu adalah cara hidup.
Kepada yang baru memeluk Islam, eloklah cari teman yang boleh menunjukkan cara bagaimana seorang itu hidup seharian sebagai seorang Muslim.
Kalau ada apa2 kemusykilan, boleh juga diajukan di sini dan saya rasa forumner lain akan cuba membantu sekadar yang mampu.
Semoga Allah membantu anda dan kita semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 mnm77's post
yaaa mcm2 lagi boleh buat... tapi kalo nak tanya sini....
semua boleh tumpang bantu....![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
terlebih dahulu sy ingi mengucapkan alhamdulilah dan segala puji bgNYA kerana anda diberi hidayah dan berminat dengan agam Islam..jika anda berminat dgn islam..anda buleh menghubungi pihak2 rasmi yang terbabit seperti Jabatan Agama Islam Negeri atau Perkim...mungkin di sana mereka dpt menerangkan atau mengajar serta memberi panduan tentang agama Islam pada anda dgn lebih lanjut. dan kami sentiasa mengalu-alukan kehadiran anda sebagai saudara baru...sekian mekasih
[ Last edited by xzimit at 19-7-2007 10:50 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Ada satu nasihat untuk Gideon dari saya...
abaikan pertengkaran, perbahasan atau apa-apa percakaran tentang apa-apa topik dalam forum ni. Ni semua biasaq la.. khilaf sana sini.... mazhab sana-sini... tareqat sana-sini...
untuk menjadikan semua itu bukan pertengkaran... sila baca dengan nada perlahan dan lembut... semua okay. ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by GiDeoN^RoSes at 19-7-2007 15:53 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
"Ajari aku dengan Islam.!.Aku sudah jatuh cinta dengan Islam.."
Salam sejahtera
Di sini saya ingin bertanya dan berkongsi apa yang saya pendam selama ini.
tapi biarlah sy perkenalkan dir ...
Assalamu'alaikum.
Sebermula Alhamdulillah ku ucapkan ke hadrat Ilahi kerana telah membuka jalannya untuk anda.
Pertama sekali anda haruslah memeluk Ugama Islam dan menjadi seorang Muslim.
Menjadi seorang Muslim adalah mudah.
Dengan mengucap Dua Kalimah Syahadah.
ASH-HADU ANLA ILA HA ILLALLAH
WA-ASH HADU ANNA MUHAMMADAN RASULULLAH
Maksudnya : Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
Dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.
Firman Allah,
Mafhumnya:
"Pada hari ini , telah Ku sempurnakan untuk mu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepada mu nikmatKu dan Aku telah menyukai Islam itu menjadi agamamu."
(al-Maa'idah 5:3)
Allah tidak memilih hanya pada sesatu kaum atau umat. Oleh itu sesiapa saja boleh menjadi seorang muslim tidak kira warna kulit atau bangsa. Tidak kira samada seseorang itu bujang , sudah berkahwin , sudah bercerai atau kanak-kanak.
Sila P.M saya segera atau e-mail saya dan saya akan berjumpa anda di K.L pada bila2 masa.
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 GiDeoN^RoSes's post
hi Gideon..
Alhamdulillah Gideon jugak one of those yang nampak the light of islam.
Saya doakan Gideon dapat dibantu dengan baik dan betul. Saya cadangkan Gideon tak berseorangan mencari Islam, cari la seorang kawan Muslim yang baik dan boleh dijadikan contoh dan bagi bantuan yang sepatutnya kepada Gideon.
Be strong Gideon... ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 GiDeoN^RoSes's post
Salam , gideon.....
Alhamdulillah... anda perolehi petunjuk drNYA....
pertama anda harus mengucap dua kalimah syahadah... secara auto, anda sudah menjadi Islam...
kedua wajib ke atas anda mempelajari limu fardhu ain... bersuci, solat, puasa dsb....
caranya.... anda perlu mendapat seorang teman yang benar2 menjalanni hdup cara Islam dan
punyai ilmu tentangnya, teman yang baik sering memberi jalan kebaikan utk kita....
jangan lupa pergi ke PERKIM.... di sana anda mendapat khidmat yg lebih baik dan ada teman
yg senasib dgn anda....
di kejauhan ini In berdoa moga ALLAH tetapkan iman anda dan terus belajar menjadi muslim/muslimah
yg baik... ameeenn.. |
|
|
|
|
|
|
|
tuan rumah xde respon pun..
betul ke nak masuk islam ni.. ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah,
Segala puji hanyalah bagi Allah. Apabila Allah swt mahukan kebaikan pada seseorang dia berikan taufik dan hidayah dan melapangkan dadanya untuk Islam.
STEP1. Pertama anda perlu mengucap dua kalimah syahadah, "Ashaduan'laailahaillallah Wa ashaduanna Muhammadarrasulullah" Ertinya "Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad itu pesuruh Allah(Rasul)". Anda perlu mengucapkan dua kalimah ini dihadapan seorang islam,dihadapan kawan-kawan anda pun boleh, sebagai menjadi saksi bahawa anda telah memeluk islam. Selepas anda mengucap dia kalimah ini, sambil dalam hati anda mengakui bahawa tidak ada tuhan selain dari Allah dan Nabi Muhammad adalah rasulullah. Anda telah menjadi seorang Islam secara sah dalam agama. Dan sudah boleh belajar mengamalkan cara hidup seorang islam, yang penting sekali solat.
STEP2. Walaupun anda telah menjadi seorang islam, anda perlu membuat pengishtiharan sekali lagi bahawa anda telah memeluk agama islam secara rasmi di Jakim atau di jabatan agama islam di mana-mana cawangan, tujuannya supaya anda didaftarkan sebagai seorang islam dan anda akan diberi dokumen-dokumen rasmi yang menjadi bukti anda adalah seorang islam, dan disana anda diminta untuk mengucapkan dua kalimah syahadah sekali lagi dihadapan beberapa orang saksi. Mudah sahaja.
Step3. Jagalah keyakinan anda (tidak ada tuhan melainkan Allah, nabi muhammad adalah rasulullah) seumur hidup sampai mati, kerana keyakinan anda itulah iman. Jika iman ada dalam hati sebesar zarah sahaja, Allah swt akan berikan kepada anda Surga yang luasnya 10x bumi dan langit. Tu kalau seberas zarah...dan iman boleh diusahakan supaya menjadi benar-benar kuat dan mantap.(Tingkatkan keyakinan.). Untuk tingkatkan iman, cubalah usahakan supaya insan lain yang masih belum islam diajak sama untuk memeluk islam, ini cara untuk kuatkan iman.
Step4. Jaga solat 5 waktu dan jaga aurat bagi wanita... dan yang lain-lain yang perlu anda usahakan adalah mempelajari atau ambil tahu tentang sejarah riwayat hidup dan perjuangan Rasulullah dan kisah kehidupan para sahabat2nya, kerana mereka adalah golongan awal yang mengamalkan islam secara sempurna sehingga Allah swt sentiasa memberikan pertolongan kepada mereka. Jadikan mereka sebagai idola dan hayati jiwa mereka. Kemudian pelajari cara hidup Rasulullah yakni dipanggi sunnah, dan anda mesti berkeyakinan bahawa hanya cara rasulullah sahaja yang boleh bawa kejayaan, lain cara tidak ada kejayaan. Sebagai contoh kita mesti solat mengikut cara seperti mana yang ditunjukan oleh Rasulullah. Semua perkara telah diajarkan oleh rasulullah, dari perkara besar sehingga yang sekecil-kecilnya, semua telah diajarkan. Kita hanya belajar dan amalkan sahaja. Mudah dan praktikal
Saya doakan awak selamat sejahtera dunia dan akhirat. ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by GiDeoN^RoSes at 19-7-2007 03:53 PM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
"Ajari aku dengan Islam.!.Aku sudah jatuh cinta dengan Islam.."
Salam sejahtera
Di sini saya ingin bertanya dan berkongsi apa yang saya pendam selama ini.
tapi biarlah sy perkenalkan dir ...
Tahniah tuan kerana dipilih Allah menerima hidayatnya.
Imam Ghazali, seorang ilmuan Islam yang saya kagumi dan hidup di kurun ke 11-12 Masehi,
ada menggariskan 7 aqabah atau bukit yang harus dilalui oleh seorang yang mahu bermujahadah
ataupun kata orang sekarang "struggle" ke arah mencari keredhaan yang SATU itu.
Biarlah saya kongsi di sini dua bukit pertama sahaja.
Dua bukit yang pertama adalah bukit ILMU dan bukit TAUBAT.
ILMU datang dari hidayat dan TAUBAT perlu ada taufiq. Kedua-dua perlu usaha.
Hidayat itu ilmu/kepercayaan dan taufik itu tenaga untuk buat ibadah berdasarkan ilmu.
Biar saya beri sedikit perumpamaan.
Kalau anda mahu datang kerja, dah separuh jalan, anda tiba-tiba teringat anda terlupa handphone. Itu umpama hidayat. Anda
pada bukit ilmu, yakin benar anda terlupa handphone anda. Ini mungkin anda lakukan dengan cara meraba2 poket seluar anda (style
saya la tu) dsbgnya.
Kemudian tiba saat sangsi atau waham dalam hati. 50-50, nak balik, tak balik, nak balik, tak balik ambil. Pada bukit ilmu, anda kenang
kembali betapa peritnya kalau tak ada handphone. Kemudian, datang keinginan untuk berpatah balik dan ambil handphone tu. Dekat
saja. Hati anda buat calculations tentang masa yang akan diambil dan alasan apa nak beri pada boss kalau terlewat sampai kerja. Boleh
ka tak boleh. Yang 50-50 itu berubah jadi 60-40, kemudian 70-30 dan seterusnya 100-0. Yakin tanpa syak dan waham lagi.
That's when you decide, bagi signal, buat u-turn, masuk gear reverse dsbnya, bawa kereta anda pulang ke rumah dan ambil handphone anda itu. Ini umpama
anda diberi taufiq atau tenaga untuk melakukan apa yang anda sedari memang perlu anda lakukan berdasarkan ilmu yang ada pada
anda, jadi pada bukit TAUBAT, kembali untuk membetulkan sesuatu yang anda tahu tak betul dan perlu diperbetulkan.
Bukit TAUBAT utama adalah berhenti dari mengkufuri Allah - iaitu menjadi seorang Islam dengan mengakui keesaan tuhan yang SATU dan kebenaran Rasul yang diutusNya. Saya rasa, itulah yang berada di hadapan anda sekarang. Saya doakan anda berjaya melepasinya..
always_typo
(call me if you want to chat, I'm in Penang)
[ Last edited by always_typo at 20-7-2007 10:00 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 eiyoei's post
Sabar! Jgn cepat buat kesimpulan.
Kpd Gideon, sekali lg nak ingatkan realiti x seindah alam cyber. Kalau betul2 berminat pergilah ke institusi2 islam yg diiktiraf like JAWI, JAIS or PERKIM. Me personally x galakkan u to meet people via cyber even in the name of deen/Islam. Carilah org yg dikenali dan boleh dipercayai. Memangla bukan semua di alam cyber x boleh dipercayai but berhati2lah. Especially when meeting the opposite gender. Don't forget to bring along some companions when meeting people whom u know via cyber.
Anyway, i'm sure u r welcomed to ask any questions here. Many people r willing to help. But that is not enough. Pembelajaran melalui pembacaan tak sama spt pembelajaran melalui guru.
Finally, doa saya utk awak
"Semuga ALLAH memelihara awak dan menunjukkan awak cahaya kebenaran dan jln yg lurus dan diredhai"
ps:Just my point of view. Demi Allah x terniat nak megguris hati sesiapa. Kemaafan dipinta andai ada yg terasa. |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih pada semua yang telah memberi komen dan nasihat.
nasihat anda semua amatlah saya hargai.
nak cari teman yang betul2 ikhlas membantu itu yang payah.
luar saja nampak baik tapi dalam hati.......
saya rasa jalan yg terbaik spt yang di cadangkan oleh para forumner sekalian, mintak bantuan pihak PERKIM.
tujuan sy di sini sekadar mintak pandangan para forumner walaupun tidak boleh menerangkan dgn lbh lanjut, sekadar asasnye pun jdlah sekurang-kurangnyasy boleh nampak jln mna yg sy boleh pergi
sy tau bukan semua para forumner boleh dipercayai...
tp saya rasa biarlah sy mendalami Islam tlbh dahulu sblm bersedia memeluk islam sbb sy takut menjadi muslim yg kosong ilmunya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 GiDeoN^RoSes's post
Reply #8 noneng's post
noneng, secara rasmi perlu ada saksi( JAI tetapkan sekurang-kurangnya 2org Islam sebagai saksi.
Berkenaan hukum-hukum Islam perlaksanaanya selepas hijrah.
Berkenenaan tata cara hidup lama yg bertentangan dengan Islam, jika tak boleh ditinggal secara mengejut, boleh dilakukan secara beransur ansur disusuli dengan pengajian melibatkan ibadat(solat dll++).
1. Pertama utuk menerima Islam adalah khalimah syadah spt yg org lain dah utarakan.
2. utk menjadi "org yg beriman" perlu percaya kepada 6 perkara(rukun iman), 2 perkara dari khalimah syahadah ( Allah dan rasul ) , terdapat 4 lagi perkara utk dipercayai iaitu malaikat-malaikat, kitab-kitab(Zabur,Taurat,Injil,al-Quran-pelengkap kpd semua kitab),hari Kiamat dan Qada' & Qadar(ketetapan alam, fitrah kejadian)
3. Oleh kerana semua dari 6 perkara tersebut adalah ghaib, hanya al-Quran yg kini zahir boleh dirujuk sebagai pedoman & petunjuk utk menjadi org Islam.
4. dari kalangan manusia ada beberapa golongan;
A)kafir(jahil/jahiliah, mencapur adukkan ajaran nenek moyang dgn ajaran agama, mereka menyembah harta, perempuan, dsb. disebutkan juga golongan syirik kerana menyekutukan Allah dgn perkara duniawi)
B)munafik( mengikuti dan berjanji dgn Islam tetapi hatinya tidak pula)
C)fasik(meninggalkan sebahagian dan mengamalkan sebahagian)
D)mu'min(hanya golongan mu'min yg diterima oleh Allah)
Adapun golongan umat manusia lain sudah pasti sesatnya, saya cadangkan anda contact rdzaccess.
[ Last edited by Syarul at 20-7-2007 02:53 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 GiDeoN^RoSes's post
bagus tu
ilmu itu berguna jika kena pada tempatnya..
dlm islam, TAHU saje x cukup... kena hayati dan istiqamah (terus-menerus).. mcm kita belajar masa sekolah la, selagi x ulangkaji, tanye cikgu.. camne nak lulus
ilmu islam sangat2 luas dan byk halangan. Salah jumpe org, boleh sesat. Cari org yg betul2 ada ilmu. Dugaan menjadi seorang muslim sangat hebat, ramai yg kandas. Mengaku islam tapi isap rokok, minum arak.
aku x pandai bg nasihat, carilah ustaz |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju dgn pandangan Gideon dan forumer lain. Perkim adalah tempat terbaik untuk mempelajari islam bagi non-muslim yg berminat untuk menganuti islam. Hadiri kelas yg khusus untuk saudara2 baru seperti yg tercatit di bawah atau hubungi pusat maklumat perkim untuk bantuan selanjutnya.
Sebagai panduan untuk Gideon:
JADUAL WAKTU PENGAJIAN KELAS PERKIM
Pusat Maklumat PERKIM
Jalan Ipoh, 51200 K. Lumpur
Telefon: 03-4042 6224 / 03-4041 2482
Faks: 03-4042 7403
Untuk maklumat lanjut sila hubungi牋Ustaz Amran Abdullah (012-2543968)
![](http://i139.photobucket.com/albums/q281/kahmadz/kelasperkim.jpg)
Semoga dapat membantu.
Salam. ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|