|
Sajer nak kongsi. I like this poem
Eleh!
You tu memang gitu.
Kejap nak,
kejap tak nak.
Takut I sentuh,
takut I tak sentuh.
Bila I chakap hello,
you mengeluh.
Bila I chakap bye-bye,
you berserabai.
Sudahlah.
I dah malas.
Tak de masa.
Banyak kerja lain.
Banyak mata lain
yang gian nak
ber-tango
dengan mata I.
Banyak lidah lain
yang hauskan
bibir I.
Bibir I yang tebal tak tebal,
nipis tak nipis.
Senyum atau chemik,
sentiasa manis.
Bibir yang basah
berginchu merah,
cherah secherah-cherahnya.
Bayangkan,
seperti yang you pernah bayangkan.
Bibir I, di bibir you.
Bibir I, di telinga you.
Di leher you.
Di dada you.
Di perut you.
Di pusat you.
Di peha you.
Di sana you
dan di situ you.
Bayangkanlah.
Jangan malu-malu.
Bukan I tak tahu.
Memang you pernah bayangkan dulu.
Eleh!
You tu memang gitu.
Dah tahu
buat tak tahu...
originally by Yasmin Ahmad |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|