View: 4842|Reply: 6
|
Al Quran Teman Didalam Kubur
[Copy link]
|
|
"Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya"
Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran
adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.
Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya"
Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami
antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan
Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.
Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam
keadaan apa sekalipun.
Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya
sehingga aku membawanya masuk ke syurga!" .Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat.
Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini,engkau tidak akan berasa dukacita lagi"
Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan
untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari
malaikat-malaikat dari syurga.
Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah
kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan
mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.
Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut
adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi syafaat
terulung dan Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran dan
jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat. Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya..... AMIN!!!
" |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mengenai riwayat quran dlm qubur melindungi orang yg mati,adakah
orang yg mati itu bangkit dari kubur dan menceritakan pengalamannya
di dalam kubur.dan riwayat itu sampai kepada kita pada hari ni.kerana dari riwayat tu siap ada dialog quran dgn simati dan simati itu seolah olah menceritakan pengalamannya kepada manusia yg hidup :hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
salam
memang benar tetapi
adakah AL QURAN yg dimaksudkan itu
yg 30 juz tuuu
yg selalu tersepuk dlm almari atau atas para???
yg ditulis oleh manusia.....
teringin nak TENGOK
apa yg DISURUH BACA kepada MUHAMMAD dlm GUA HIRA!!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
teringin jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 ayushuhada04's post
menarik...
that means...tiap2 hari kene baca al-quran la...
tp mcm mn kalau kita baca dengan salah??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 ayushuhada04's post
Salam...........
Sekadar pandangan peribadi.........
Ayushuhada:
"Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
" Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya"
Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran
adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.
Ayyohpeen:
Mari kita lihat apa Firman Allah mengenai Syafa'at:
2:123. Dan takutilah kamu akan satu hari apabila sesuatu jiwa tidak dapat membela jiwa yang lain sedikit pun, dan tidak diterima keimbangan daripadanya, dan tidak bermanfaat syafaat (pengantaraan) kepadanya, dan tidak juga mereka ditolong
Jiwa ertinya manusia pada pandangan saya.
20:109. Pada hari itu, syafaat (pengantaraan) tidak bermanfaat kecuali orang yang kepadanya Yang Pemurah memberi izin, dan ucapannya Dia sangat berpuas hati.
Hanya Allah Yang Pemurah mempunyai kuasa untuk mengizinkan. Lihat ayat dibawah:
39:44. Katakanlah, "Bagi Allah kepunyaan syafaat (pengantaraan) kesemuanya. Kepunyaan-Nya kerajaan langit dan bumi; kemudian kepada-Nya kamu akan dikembalikan."
ayushuhada:
Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya"
Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami
antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan
Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.
Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam
keadaan apa sekalipun.
Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya
sehingga aku membawanya masuk ke syurga!" .Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat.
Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini,engkau tidak akan berasa dukacita lagi"
Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan
untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari
malaikat-malaikat dari syurga.
Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah
kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan
mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.
Ayyohpeen:
Tidakkah riwayat ini mencurigakan bila Al-Quran dirujuk?
Firman Allah:
36:52. Mereka berkata, "Celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami daripada tempat tidur kami? Inilah apa Yang Pemurah menjanjikan, dan para utusan berkata benar."
Inilah yang Allah gmabarkan tentang kematian(rujuk Ya Sin)
ayushuhada:
Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut
adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi syafaat
terulung dan Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran dan
jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat. Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya..... AMIN!!!
Ayyohpeen:
Setuju, cuma ingin menambah: Dekatilah Al-Quran dengan membacanya dengan BACAAN SEBENAR, fahaminya dan amalkanlah isi Al-Quran seboleh dapat kerana Allah tidak membebankan seseorang itu dengan bebanan yang tidak mampu ia pikul.
Firman Allah:
2:286. Allah tidak membebani sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya. Baginya apa yang ia mengusahakan, dan ke atasnya apa yang ia mengusahakan. "Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau mempertanggungjawabkan kami jika kami lupa, atau membuat kesilapan. Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau membebankan kami sebagaimana Engkau telah membebankan orang-orang yang sebelum kami. Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau membebankan kami melebihi apa yang kami ada kekuatan untuk memikul, dan maafkanlah kami, dan ampunilah kami, dan kasihanilah kami; Engkau Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang tidak percaya (kafir)."
Doa yang amat baik sekali untuk dibaca pada setiap solat(didalam solat kita), AnyasyaALLAH......... |
|
|
|
|
|
|
|
salam
dalam dok fikir dan memikirkan
maka TERSEMBULlah suatu perkara
samada nyata atau pun tidak
samada benar atau pun sesat
pabila
seseorang yg tidak mengaji AL QURAN
tetapi bila dia hendak melakukan sesuatu
beliau berfikir samada perbuatannya itu adalah baik atau tidak
utk kebaikan manusia atau utk kepentingan diri sendiri aje
dan adakah Tuhan menerima amalan itu?????
apakah golongan ini???
dan adakah diterima amalan mereka???
dan bagaimanakah para para nabi sebelum ini yg tiada KITAB utk mereka
dan dengan apakah mereka beramal dan memperingatkan manusia???
termenung
dan terus termenung........... |
|
|
|
|
|
|
| |
|