Sinopsis : PELABUHAN KASIH
FatinNabilah gadis sederhana yang jauh dari kehidupan sosial. Pelajaranadalah tunggak utama dalam hidupnya. Dia juga berpegang teguh padaprinsip; lelaki pertama yang keluar dengannya akan dipastikan menjadisuaminya.
Perkenalannyadengan Azril Adam, teman sekampus telah menerbitkan bibit-bibit cintayang tidak diduga. Azril menjadi lelaki pertama yang berjaya mencurihatinya. Kehadiran lelaki itu membuatkan hidupnya semakin ceria. Malah,dia redha menerima sikap panas baran Azril yang sering menyakitihatinya atas prinsipnya bahawa lelaki itulah bakal teman hidupnya!
Perkahwinanyang dibina ibarat retak menanti belah. Tidak tahu di mana silap, Fatinsering menjadi mangsa cemuhan Azril. Akhirnya, Fatin terpaksa akurbahawa prinsipnya itu harus dicampak jauh. Azril ditinggalkan setelahmenjadi saksi pernikahan kedua suaminya dengan Nadira. Fatin pergibersama dua anaknya dengan hati yang terluka.
Cintapertama memang indah. Tapi tidak bermakna cinta yang datang selepasitu, tidak sehebat cinta pertama. Kehadiran Fazil yang begitu setia,disambut baik oleh Fatin. Biarpun penantian itu satu penyeksaan, tapijika yang diidamkan akhirnya menjadi nyata, dia rela menunggu biarpunberibu tahun.
Akhirnya,sauh kasih Fatin berlabuh jua. Kali ini di pelabuhan cinta Fazil.Semoga kesetiaan Fazil tetap utuh selamanya, biarpun badai sentiasabergelora.
FROM:Alaf 21 website
|