View: 1915|Reply: 5
|
Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah Di Dunia
[Copy link]
|
|
Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan Berwudhu'lah kamu
sebelum kamu diwudhu'kan Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan Dengan kain kafan
yang serba putih Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih Walaupun
orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai Lalu dilaksanakanlah
solat Jenazah Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta
Fatihah, Selawat dan doa Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus Segala dosa
meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud Dapat membayar
hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian Justeru
kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat Usunglah dirimu ke tikar
solat Sebelum kamu diusung ke liang lahad Menjadi makanan cacing
dan mamahan ulat
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan Sedarlah kamu sebelum kamu
disedarkan Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan Berimanlah kamu
sebelum kamu ditalkinkan Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan Namun ketika itu
istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia
memanggilmu buat kali yang terakhirnya Ingatlah kamu dahulu hanya
setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu Yang kalau jatuh ke
tanah Ayam tak patuk itik tak sudu Tapi Allah mengangkatmu ke suatu
mercu Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna
Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia
" Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan" |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih daun keladi... |
|
|
|
|
|
|
|
tumpang sekaki...
Sungguh bsr dosa bg org yg meninggalkn solat,krn solat merupakn tiang agama.Betapapun byk prbuatan baik yg lain kita kerjakn namun x melaksanakn solat mk sia2lah amalan baik trsebut.Oleh sbb 2 hnya dgn brtaubat kpd Allah srta memulai hidup baru dgn sntiasa mgerjakn solat n jgn mninggalknnya walau dlm keadaan bagaiamana sekalipun.Qadalah solat2 yg sengaja tlh ditinggalkn semampu kita agar kita trgolong insan yg brsyukur n diselamatkn Allah di kemudian hari.Insya Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by carpet at 16-5-2007 01:02 PM
Sungguh bsr dosa bg org yg meninggalkn solat,krn solat merupakn tiang agama.Betapapun byk prbuatan baik yg lain kita kerjakn namun x melaksanakn solat mk sia2lah amalan baik trsebut.Oleh sbb 2 hn ...
thanks daun keladi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 ussopp's post
sama2 daun kelapa.... |
|
|
|
|
|
|
|
jadikan ianyer panduan hidup kita........ |
|
|
|
|
|
|
| |
|