View: 5420|Reply: 10
|
Pemburu Rindu...Saleha Hussin
[Copy link]
|
|
Terbaca dalam paper ulasan buku ni... tebal gak.. 1245 pages - RM47 hengget
ada sesapa dah baca???
Catat sejarah ulang cetak buku kreatif terbitan DBP
PEMBURU Mimpi karya Saleha Hussin mencatat sejarah tersendiri dalam peta penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) apabila diulang cetak meskipun baru tiga bulan berada di pasaran.
Hakikat ketebalan 1,245 halaman dan dijual pada harga RM47 senaskhah tidak menghalang pembaca untuk membeli serta membaca karya penulis ini, meskipun beliau tidak termasuk dalam kategori berjenama pada persada sastera Malaysia.
Khabarnya sejumlah 2,000 naskhah dicetak pada cetakan pertama manakala cetakan kedua membabitkan 6,000 naskhah, satu pencapaian yang sukar untuk dipecahkan buku lain terbitan DBP kecuali buku teks sekolah.
Pemburu Mimpi menampilkan kegigihan lima adik-beradik perempuan dalam mencapai impian masing-masing meskipun hidup dalam kemiskinan bersama ibu, Hendon, yang ditinggalkan suami selepas beristeri lain.
Selepas ditinggalkan Johan kerana berkahwin dengan Natijah, menantu pilihan ibu bapa lelaki terbabit yang berpegang pada prinsip anak lelaki boleh mengusung jenazah ayah, Hendon tetap tidak patah semangat, sebaliknya gigih membesarkan anak-anaknya.
Peristiwa Hendon dihina oleh Natijah dan disepak serta ditendang oleh Johan ketika wanita malang itu meminta belanja bulanan untuk membesar dan menyekolahkan anak mereka, membakar semangat Hamimah anak sulung pasangan terbabit.
Berkat kegigihan dan kesabaran lima bersaudara itu akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan serta perakaunan sehingga tiga daripadanya bergelar doktor falsafah.
Pengarang membawa pembaca mendekati keperibadian Dr Hamimah, pensyarah di sebuah universiti dan Hayati, jurutera sturktural di sebuah firma kejuruteraannya yang menjadi dambaan ramai lelaki kerana kejelitaan dan kemahirannya.
Kedua-dua adik-beradik itu digambarkan sebagai berdikari dan tidak memerlukan pergantungan lelaki untuk berjaya dalam hidup berbanding Halina yang begitu mengharapkan Zambri sehingga sanggup berhenti kerja meskipun lulusan luar negara.
Dr Hamimah yang cergas dalam politik, akhirnya memutuskan berkahwin dengan rakan setugasnya, Prof Dr Md Zaki, bagi meningkatkan peluang memegang jawatan penting dan perkahwinannya itu terbukti berhasil apabila ia dilantik sebagai Menteri Kewangan.
Saleha menghanyutkan perasaan pembaca dengan kisah Hayati yang 憈umpas |
|
|
|
|
|
|
|
Ni about writer dia
Saleha Hussin
SALEHA Hussin yang dilahirkan di Muar, Johor, pada 31 Oktober 1944, mula terbabit dalam dunia penulisan sejak 1975 dengan menghantar tulisannya untuk akhbar dan majalah tanah air seperti Mastika, Utusan Malaysia, Berita Harian dan Jelita.
Cerpen pertamanya, Kak Long diterbitkan Jelita dan mendapat perhatian daripada Adibah Amin dan ulasan pengarang tersohor tanah air itu mendorong Saleha menghasilkan karya lebih bermutu hingga lahir beberapa cerpen sesudah itu manakala cerpen terakhirnya, Pohon Ciku, disiarkan dalam Berita Minggu (1981).
Sejak 1985, pengarang ini cergas dalam menghasilkan rencana pendidikan yang dimuatkan dalam jurnal dan sisipan akhbar selain turut menghasilkan skrip drama televisyen, Zuriat (1989) manakala novelnya Pemburu Mimpi yang ditulis pada 2003 diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka (2005).
Beliau mendapat ilham menulis Pemburu Mimpi selepas membaca novel Inggeris berlatar sejarah seperti karya Jane Curtin, Margaret Mitchell, James Calvin dan terutama Barbara Taylor Bradford yang banyak menampilkan kekuatan wanita untuk membangun diri.
Saleha mula berkhidmat sebagai guru dari 1965 hingga 1981 sebelum dilantik sebagai Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan, dari 1985 hingga 1988; Pensyarah Jabatan Pendidikan Maktab Perguruan Islam, Bangi (1988-1990) dan Pensyarah Institut Bahasa Lembah Pantai, sebelum bersara pilihan pada 1995.
Saleha menerima Sarjana Pendidikan dari University of Wales, Cardiff, United Kingdom pada 1985 dengan pengkhususan Teknologi Pendidikan (Multi Media) manakala Sarjana Muda dari Universiti Malaya (1979), Beliau berkhidmat sebagai pensyarah bebas dari 1995 hingga 1999 dan Pensyarah Pusat Komunikasi dan Perhubungan Awam di Institut Tadbiran Awam dan Diplomatik (Intan) (2000-2005). |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalo dah ada thread ni... just merge ekk.... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm best jer.....tp <1200>mukasurat tu......
fuhhh........ |
|
|
|
|
|
|
|
cerita dia quite okay..tapi cerita hayati tu meleret sgt..semua genre ada, politik etc. tapi yg best cerita Harlina - mmg ada twist. kawan kata, kau baca pasti terkejut...olahan okay, cuma saya prefer cerita kelima2 adik beradik tu, ni focus hayati terlampau byk, dan cerita boleh diagak...
dari gaya penulisan, penulis mmg buat kajian mendalam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sudah baca buku ni. Boleh tahan sedap, cuma ada banyak jugak bab politik yang I tak minat, jadi I baca skip2,
Bahasa dia macam biasa dan simple aje, tapi olahan cerita dia bagus. Recommended pada sesiapa yang minat membaca novel dewasa. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
banyak bab politik ke?
sama cam BULAN BERBISIK samsiah md nor tu agaknya
aku pun tak minat bab2 politik ni
and i feel such a waste kalo beli tapi kena skip2 baca
tak puas ati |
|
|
|
|
|
|
|
Yes, the book is not meant for low mentaliti people. I read it several times and it is never BORING. The only Malay novel that keeps me awake till 2 am. Buku yang ditulis dengan membuat pelbagai kajian dari agama, kejuruteraan, politik dan falasafah hidup manusia. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tak bestnya sbb dah tau nt hayati tu mati
dah lapsl dia berjela-jela, last2 mati. penat gak baca |
|
|
|
|
|
|
|
tengah baca...dan suka jalan ceritanya......klu dak asyik2 baca...kawin paksa....kawin kontrak....hush...bosan..... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|