Sebuah hikayat adalah cerita yang tidak akan mati selama-lamanya.Sebab kau gampang,cabut lari macam pengecut selepas bercinta: aku bergelandangan dan melarat,mengemis kasih lelaki sehingga hancur hatiku.Kau fikir,apa?"
Hikayat Awang Larat
~ Shamsul Daihaqi ~
Harga: RM23
Informasi lanjut di awang_larat
Karya sulung seorang penulis cyber yang mula menceburi bidang penulisan secara terbuka. Sebelum ini karyanya hanya untuk tatapan peribadi, tetapi kini beliau telah mengorak langkah dengan menghasilkan antologi cerpen untuk tatapan umum. Karya ini masih baru lagi dan hanya boleh didapatkan dari Pesta Buku Kuala Lumpur di booth Silverfish Books atau memesan terus kepada penulis.
Antologi cerpen ini terdiri dari beberapa sub-subjek yang saling berkait secara tak langsung beserta beberapa buah puisi. Gaya tulisan berbeza dengan penulis sedia ada, dimana penulis ini lebih berani mengutarakan susunan bahasa dan frasa frasa yang unik dan jarang diperdengarkan dimasa kini. Perjalanan emosi ketika membaca antologi ini pastinya berbeza dari membaca karya kreatif yang lainnya, kerana selari dengan pembacaan pastinya terpesona dengan gaya penulisan yang unik ini.
[ Last edited by lost_angel at 27-4-2007 12:25 PM ] |