CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13954|Reply: 25

Beruk mahir petik kelapa makin kurang

[Copy link]
Post time 30-3-2007 12:27 PM | Show all posts |Read mode
Khidmat kian pupus dengan kemunculan benih baru lebih rendah, permudah manusia ambil buah

MAHIR: Beruk memilih kelapa untuk dipetik pada pertandingan
di Kampung Telaga Ara
KOTA BHARU: Beruk yang membantu memetik kelapa satu ketika dulu menjadi kebanggaan masyarakat luar bandar kerana ia memudahkan pemiliknya mencari rezeki.
Ini kerana penggunaan beruk dianggap kaedah paling selamat untuk membantu usaha memetik kelapa dari pokok yang tinggi dan berbahaya jika dipanjat manusia.

Bagaimanapun, khidmat beruk kini kian pupus kerana pengurangan kawasan tanaman kelapa serta kemunculan benih tumbuhan itu yang tumbuh rendah membolehkan buahnya dipetik dengan mudah.

Selain itu, ketiadaan minat generasi muda meneruskan aktiviti pemeliharaan beruk memanjat kelapa, menyebabkan pemilik beruk ketika ini terdiri daripada warga tua.

Bagi pemilik beruk kini, selain membantu memanjat kelapa, pemeliharaan haiwan itu lebih kepada hobi mengisi masa lapang kerana kesukaran mengajar mamalia itu memetik kelapa dengan baik.

Bagi mereka, penggunaan beruk memanjat kelapa sekadar kerja sampingan mengisi masa terluang kerana kadar upah tidak sepadan, kecuali memiliki kebun kelapa sendiri.

Upah beruk memetik kelapa kini iaitu RM10 bagi 100 biji, dianggap tidak sesuai kerana proses melatih beruk untuk mahir memetik kelapa memakan masa lama dan sukar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelawat, Datuk Dr Ilias Hussin, berkata pemilik beruk perlu diberi ganjaran sewajarnya kerana proses memetik kelapa menggunakan haiwan itu kini sukar diperoleh.

"Tidak semua beruk kini pandai memetik kelapa jika tidak melalui latihan yang lama. Pemilik beruk biasanya penduduk yang memeliharanya untuk memetik kelapa dan upahnya dapat menyara keluarga.

"Jika upahnya tidak setimpal, mungkin pada masa depan teknik memetik kelapa menggunakan haiwan ini akan pupus apabila tiada yang berminat memeliharanya," katanya.

Beliau berkata, pusat latihan beruk perlu diwujudkan di negeri ini bagi memudahkan pemilik haiwan itu melatih haiwan mereka serta memastikan tradisi beruk memetik kelapa tidak dilupai generasi akan datang.

Katanya, penggunaan beruk untuk memanjat kelapa serta pusat latihan beruk sebenarnya berpotensi sebagai tarikan pelancong luar yang melawat negeri ini kerana ia adalah sesuatu yang menarik untuk ditonton.

Pemilik beruk, Salleh Ismail, 50, dari Sri Aman, Pasir Puteh, yang memiliki beruk memanjat kelapa sejak 35 tahun lalu, berkata beliau menempuh pelbagai pengalaman pahit manis bersama mamalia itu.

"Sepanjang tiga dekad mengambil upah memetik kelapa dengan tiga beruk, saya mampu menyara sembilan anak. Dengan pendapatan RM30 sehari, saya menyara persekolahan anak-anak hingga mereka berjaya dalam pelajaran.

"Saya tidak jemu dengan beruk kerana inilah yang saya mampu lakukan," katanya yang kini turut meraih kelapa daripada penduduk untuk dijual di sekitar Pasir Puteh.

Sepanjang pengalaman mengendali beruk, beliau pernah dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) selama 16 hari kerana cedera diserang beruk yang tiba-tiba mengamuk.

Salleh berkata, beliau mengambil masa kira-kira tiga minggu untuk melatih beruknya mengenal pasti dan memetik kelapa. Kemahiran itu juga mendorong beliau membawa beruk menyertai pertandingan dan setakat ini sudah 10 kali muncul juara pertandingan.

Katanya, sebagai balasan kepada beruk peliharaan yang banyak berjasa kepada dirinya dan keluarga, setiap hari, haiwan itu diberi makan nasi serta pelbagai buah-buahan.

Bagi Mansor Abu Bakar, 30, dari Kampung Kelewek, Tanah Merah, berkata minat memelihara beruk itu sekadar mengisi masa lapang selepas menerimanya sebagai hadiah daripada abangnya.

"Ketika ini, saya mempunyai dua beruk. Seekor daripadanya mahir memetik kelapa. Jadi, ia juga menjadi penyumbang pendapatan tambahan apabila dipanggil oleh penduduk untuk memetik kelapa.

"Saya mengambil masa sebulan untuk mengajarnya memetik kelapa. Keupayaan beruk ini menarik beberapa daripada beberapa pihak yang berminat untuk membelinya pada harga tinggi tetapi saya enggan menjualnya," katanya yang menyajikan peliharaannya itu dengan roti dan susu setiap hari.



FAKTA:

Beruk


Mampu petik 100 kelapa sehari.

Upah RM10 bagi 100 kelapa

Tempoh 3 - 4 minggu latihan petik kelapa

Hidangan beruk - nasi, roti, susu dan buah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2007 09:20 PM | Show all posts

Reply #1 putra_bengal's post

hari ahad lepas orang tua aku gunakan khidmat beruk utk petik buah kelapa. buah kelapa yg gugur dibahagikan dua.itulah upahnya. sian jugak pada beruk tu. mula2 ok jer panjat.masuk pokok kedua mulalah curi tulang. tuan dia ambik pelepah kelapa pukul pangkal pokok kelapa. barulah dia kerja semula. tuan dia berkomunikasi dgn beruk dia dalam loghat kelantan. tuan dia orang perak.hehehe.....nama beruk dia salleh.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2007 10:01 PM | Show all posts

Reply #2 azam2066's post

hehehe.. penat tol.. aku baru gi jumpa abg jamil td
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2007 10:15 PM | Show all posts

Reply #3 putra_bengal's post

dia orang mana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2007 10:20 PM | Show all posts

Reply #4 azam2066's post

ala yg thread kucing jamil tu la.. kat bukit bintang
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2007 10:24 PM | Show all posts

Reply #5 putra_bengal's post

aku tau.dia orang perak. tapi dari belah mana? kau tak tanya aker?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2007 03:23 PM | Show all posts
eloklah kalau kementerian pendidikan bukak sekolah ajar beruk panjat kelapa
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 04:30 PM | Show all posts
sekarang yg ader pon beruk mat yeh kategori pob rock ajer...hehehehe.. kat kg Bub karng pon da pupus specis beruk nek pokok nyok nie..huhuhuuu..yg banyak nya manusia perangai beruk ader ler...heheee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2007 02:29 PM | Show all posts
kat kelantan senang nak cari beruk yg pandai nih....
cik &ayah sayang ada bela utk kutip kelapa...

one thing perangai beruk ni dia kuat jealous...
kalau dia nampak ayah ngan cik duduk dua2 dekat,
alamak bising le dia jerit...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 02:09 PM | Show all posts
Originally posted by sayang_papa at 5-5-2007 02:29 PM
kat kelantan senang nak cari beruk yg pandai nih....
cik &ayah sayang ada bela utk kutip kelapa...

one thing perangai beruk ni dia kuat jealous...
kalau dia nampak ayah ngan cik duduk du ...



Lagi satu perangai beruk ne, dia suker buat muka and tunjuk buntut kat orang...hehehehee.. ..tul tak?...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 02:41 PM | Show all posts

Reply #3 putra_bengal's post

Penat tak pe.anggap itu sebagai excercise,senaman.
Reply

Use magic Report

Yellowcat This user has been deleted
Post time 7-5-2007 05:04 PM | Show all posts
Originally posted by Hetfield at 30-4-2007 03:23 PM
eloklah kalau kementerian pendidikan bukak sekolah ajar beruk panjat kelapa


heee heeeee
Reply

Use magic Report

Yellowcat This user has been deleted
Post time 7-5-2007 05:08 PM | Show all posts
perlu masa lama juga utk train beruk supaya pandai
panjat pokok kelapa





darsita di lahirkan untuk menjadi seekor ibu babi pemakan kredit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2007 09:58 PM | Show all posts

Reply #13 Yellowcat's post

takut beruk tu yg train kita balik
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2007 08:38 AM | Show all posts
Originally posted by Yellowcat at 7-5-2007 05:08 PM
perlu masa lama juga utk train beruk supaya pandai
panjat pokok kelapa


beruk tidak perlu di train tok panjat pokok kepala...hehehhee..mmng dia da pandai pon..yg kene train tu ialah petik kelapa ukut kemahuan kita...heheheeee....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2007 07:25 PM | Show all posts

Reply #15 bubpallo's post

kemahuan kita melampau kehendak kita.. hehehehe bagi betis nak peha.. hehehehe beruk2.. sekali ngap mati siot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2007 03:40 AM | Show all posts
ada kelas mengajar berok kat kelantan
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2007 08:30 AM | Show all posts
tapi beruk ni ader msalah mental sket, pantang nampak pompuan...mule lah menggatal. ader yg sampi tunjukkan anu.....tunjukkan buntut tu mmng da jadik acara rasmi beruk nie....buat muke ape lagi...huhuhuuh..yg tak bestnyer time beruk nie bukak mulut.....ngeri siot tgk siong beruk...huhuhuuu
Reply

Use magic Report

JIWA_LUKA This user has been deleted
Post time 4-7-2007 10:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2007 08:14 AM | Show all posts

Reply #18 bubpallo's post

hehehe. biasalah.. satu lagi kalau beruk jantan yg kita bela ni dah dapat betina utk mengawan.. dia takkan berpisah ngan betinanya itu.. kalau berpisah mengamuk gilalah jawabnya..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.837645 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list