CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3005|Reply: 9

KISAH-KISAH YANG MENYAYAT HATI

[Copy link]
ummi_nuur This user has been deleted
Post time 9-3-2007 09:22 PM | Show all posts |Read mode
Mari kita bercerita di sini kisah-kisah anbiya/ulama yang menyayat hati sebagai pedoman kita bersama..


Imam Malik Diheret Dan Didera
                ...

Imam Malik dilahirkan di sebuah perkampungan kecil yang bernama Ashbah,yang terletak di dekat Kota Himyar jajahan Yaman. Nama aslinya ialahMalik bin Anas bin Malik bin Abi Amir Al-Ashabally. Beliau adalahseorang ulama besar yang lahir di Madinah serta mempunyai pengaruh yangsangat besar terhadap dunia Islam.
Ketika Imam Malik berusia 54 tahun, pemerintahan berada di tanganbaginda Al-Mansur yang berpusat di Bagdad. Ketika itu di Madinahdipimpin oleh seorang gabenor bernama Jaafar bin Sulaiman Al-Hasymi.Sementara itu Imam Malik juga menjabat sebagai mufti di Madinah. Disaat timbulnya masalah penceraian atau talak, maka Imam Malik telahmenyampaikan fatwanya, bahawa talak yang dipaksakan tidak sah, ertinyatalak suami terhadap isteri tidak jatuh. Fatwa ini sungguh berlawanandengan kehendak gabenor, kerana ia tidak mahu hadith yang disampaikanoleh Imam Malik tersebut diketahui oleh masyarakat, sehingga akhirnyaImam Malik dipanggil untuk mengadap kepada gabenor.
Kemudian gabenor meminta agar fatwa tersebut dicabut kembali, danjangan sampai orang ramai mengetahui akan hal itu. Walaupun demikianImam Malik tidak mahu mencabutnya. Fatwa tersebut tetap disiarkankepada orang ramai. Talak yang dipaksanya tidak sah. Bahkan Imam Maliksengaja menyiarkan fatwanya itu ketika beliau mengadakanceramah-ceramah agama, kerana fatwa tersebut berdasarkan hadithRasulullah SAW yang harus diketahui oleh umat manusia.

Akhirnya Imam Malik ditangkap oleh pihak kerajaan, namun ia masih tetapdengan pendiriannya. Gabenor memberi peringatan keras supaya fatwatersebut dicabut dengan segera Kemudian Imam Malik dihukum dengan deradan diikat dengan tali dan dinaikkan ke atas punggung unta, lalu diarakkeliling Kota Madinah. Kemudian Imam Malik dipaksa supaya menarikkembali fatwanya itu.
Mereka mengarak Imam Malik supaya Imam merasa malu dan hilangpendiriannya. Tetapi Imam Malik masih tetap dengan pendiriannya itu.Kerana ketegasannya itu, dia dihukum dengan sebat sebanyak 70 kali,yang menyebabkan tulang belakangnya hampir patah. Kemudian ia berkatakepada sahabat-sahabatnya:
揂ku dihukum dera begitu berat lantaran fatwa ku. Demikian SaidAl-Musayyid, Muhamad Al-Munkadir dan Rabiah telah dijatuhi hukumandemikian lantaran fatwanya juga.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2007 01:12 AM | Show all posts
Jika membaca saja kisah-kisah Ahlul-Bait AS sebaik saja ketiadaan Rasulullah saaw pasti akan tersentuh jiwa bagi orang-orang yang mahu menghayatinya.
Reply

Use magic Report

ummi_nuur This user has been deleted
 Author| Post time 10-3-2007 01:31 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 10-3-2007 01:12 AM
Jika membaca saja kisah-kisah Ahlul-Bait AS sebaik saja ketiadaan Rasulullah saaw pasti akan tersentuh jiwa bagi orang-orang yang mahu menghayatinya.


kita lampirkan di sini....
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2007 10:15 AM | Show all posts
x pernah dengar lagi kisah ni...TQ
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2007 10:20 AM | Show all posts
so mcm maner ending citer tuu..what happened to imam malik...
Reply

Use magic Report

ummi_nuur This user has been deleted
 Author| Post time 10-3-2007 07:40 PM | Show all posts
Originally posted by jpl_fan at 10-3-2007 10:20 AM
so mcm maner ending citer tuu..what happened to imam malik...


Dipetik dr buku '1001 Duka - Himpunan Kisa-Kisah Menyayat Hati'
Reply

Use magic Report

Follow Us
ummi_nuur This user has been deleted
 Author| Post time 10-3-2007 08:03 PM | Show all posts
Imam Abu Hanifah Diracun

Imam Abu Hanafi adalah seorang imam Mazhab yang besar dalam dunia Islam. Dalam empat mazhab yang terkenal tersebut hanya Imam Hanafi yang bukan  orang Arab. Beliau keturunan Persia atau disebut juga dengan bangsa Ajam. Pendirian beliau sama dengan pendirian Imam yang lain, iaitu sama-sama menegakkan Al-Quran dan sunnah Nabi SAW.               
Imam Hanafi dilahirkan pada tahun 80 Hijrah bertepatan tahun 699 Masehi di sebuah kota bernama Kufah. Nama sebenarnya ialah Nu抦an bin Tsabit bin Zautha bin Maha. Kemudian masyhur dengan gelaran Imam Hanafi.
Kemasyuran nama tersebut menurut ahli sejarah ada beberapa sebab:
1. Kerana ia mempunyai seorang anak laki-laki yang bernama Hanifah, maka ia diberi julukan dengan Abu Hanifah.
2. Kerana semenjak kecilnya sangat tekun belajar dan menghayati setiap yang dipelajarinya, maka ia dianggap seprang yang hanif (kecenderungan/condong) pada agama. Itulah sebabnya ia masyhur dengan gelaran Abu Hanifah.
3. Menurut bahasa Persia, Hanifah bererti tinta. Imam Hanafi sangat rajin menulis hadith-hadith, ke mana ia pergi selalu membawa tinta. Krn itu ia dinamakan Abu Hanifah.
Waktu ia dilahirkan, pemerintah Islam berada di tangan Abu Malik bin Marwan, dr keturunan Bani Umayyah kelima.Kepandaian Imam Hanafi tidak diragukan lagi, beliau mengerti betul tentang ilmu fikih, ilmu tauhid, ilmu kalam, dan juga ilmu hadith. Di samping itu beliaujuga pandai dalam ilmu kesusasteraan dan hikmah.Imam hanafi adalah seorang hamba Allah yang bertaqwa dan soleh, seluruh waktunya lbh byk diisi dgn amal ibadah.Jika beliau berdoa matanya bercucuran air mata demi mengharapkankeredhaan Allah SWT. Walaupun demikian orang-orang yang berjiwa jahatselalu berusaha untuk menganiaya beliau.
Sifat keberanian beliau adalah berani menegakkan dan mempertahankankebenaran. Untuk kebenaran ia tidak takut sengsara atau apa bahaya yangakan diterimanya. Dengan keberaniannya itu beliau selalu mencegahorang-orang yang melakukan perbuatan mungkar, kerana menurut ImamHanafi kalau kemungkaran itu tidak dicegah, bukan orang yang berbuatkejahatan itu saja yang akan merasakan akibatnya, melainkan semuanya,termasuk orang-orang yang baik yang ada di tempat tersebut.

Sebahagian dilukiskan dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bahawa bumiini diumpamakan sebuah bahtera yang didiami oleh dua kumpulan. Kumpulanpertama adalah terdiri orang-orang yang baik-baik sementara kumpulankedua terdiri dari yang jahat-jahat. Kalau kumpulan jahat ini mahumerosak bahtera dan kumpulan baik itu tidak mahu mencegahnya, makaseluruh penghuni bahtera itu akan binasa. Tetapi sebaliknya jikakumpulan yang baik itu mahu mencegah perbuatan orang-orang yang mahumembuat kerosakan di atas bahtera itu, maka semuanya akan selamat.

Sifat Imam Hanafi yang lain adalah menolak kedudukan tinggi yangdiberikan pemerintah kepadanya. Ia menolak pangkat dan menolak wangyang dibelikan kepadanya. Akibat dari penolakannya itu ia ditangkap dandimasukkan ke dalam penjara. Di dalam penjara ia diseksa, dipukul dansebagainya.
Gabenor di Iraq pada waktu itu berada di tangan Yazid bin HurairahAl-Fazzari. Selaku pemimpin ia tentu dapat mengangkat danmemberhentikan pegawai yang berada di bawah kekuasaannya. Pernah padasuatu ketika Imam Hanafi akan diangkat menjadi ketua urusanperbendaharan negara (Baitul mal), tetapi pengangkatan itu ditolaknya.Ia tidak mahu menerima kedudukan tinggi tersebut. Sampai berulang kaliGabenor Yazid menawarkan pangkat itu kepadanya, namun tetap ditolaknya.

Pada waktu yang lain Gabenor Yazid menawarkan pangkat Kadi (hakim)tetapi juga ditolaknya. Rupanya Yazid tidak senang melihat sikap ImamHanafi tersebut. Seolah-olah Imam Hanafi memusuhi pemerintah, keranaitu timbul rasa curiganya. Oleh kerana itu ia diselidiki dan diancamakan dihukum dengan hukum dera. Ketika Imam Hanafi mendengar kataancaman hukum dera itu Imam Hanafi menjawab: 揇emi Allah, aku tidakakan mengerjakan jabatan yang ditawarkan kepadaku, sekalipun aku akandibunuh oleh pihak kerajaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2007 08:35 PM | Show all posts

Reply #6 ummi_nuur's post

buku ni terbitan darul nu'man kan??klau betul sy ada buku ni bhg 1 punya best buku ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


ummi_nuur This user has been deleted
 Author| Post time 10-3-2007 08:39 PM | Show all posts
Originally posted by pinKy180 at 10-3-2007 08:35 PM
buku ni terbitan darul nu'man kan??klau betul sy ada buku ni bhg 1 punya best buku ni


yuup....
Reply

Use magic Report

ummi_nuur This user has been deleted
 Author| Post time 10-3-2007 08:42 PM | Show all posts
Sambungan kisah Imam Hanafi....

Pada suatu hari Imam Hanafi dikeluarkan dari penjara kerana mendapatpanggilan dari Al-Mansur, tetapi ia tetap menolak. Baginda bertanya,揂pakah engkau telah suka dalam keadaan seperti ini?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.061661 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list