View: 4052|Reply: 2
|
Nukilan merapu dari amatur...........
[Copy link]
|
|
Kerja
Hari hari ku paksa
Untuk makan minum keluarga
Juga untuk bersuka suka
Dan Untuk hidup sampai ke tua
Anak-anak perlukan ilmu
Menempuh hidup bila tanpa ku
Sampai berkerut tua sepertiku
Semua pekerjaan ku tak mahu
Kerja bagai bagai yang ada
Susah ada senang pun ada
Gaji banyak semua suka
Gaji sikit tak puas hati sentiasa
Cabaran kerja sentiasa ada
Cabaran luaran diterima
Cabaran dalam diselesaikan bersama
Pekerja-pekerja, boss kena jaga厖 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hidup berkomuniti
Aku kau mereka hidup setempat
Aku kau mereka berjiran tetangga
Aku kau mereka duduk sekampung
Aku kau mereka bekerja bersama
Aku kau mereka tinggal senegara
Aku kau mereka tinggal sebenua
Aku kau mereka tinggal sedunia..
Aku kau mereka kita bersaudara
Dari kecil hingga dewasa
Makan bersama bermain bersama
Belajar bersama berkelahi bersama
Mak sama dan juga sama bapa
Aku kau mereka kita bersahabat
Kadang kadang berjumpa kadang kadang tidak
Mungkin juga berkomunikasi dengan telipon
Mungkin juga berkomunikasi melalui email
Aku kau mereka kita bermusuh
Kadang kadang bertekak kadang kadang tidak
Mungkin juga bertegang urat bila berjumpa
Mungkin juga bermasam muka bila bersua
Aku kau mereka kita berperang
Lain bangsa lain ugama
Lain bahasa lain Negara
Aku menang kau kalah
Kau menang aku kalah
Perang perang tidak sudah
Bila aku kau mereka mati semua
Barulah aman dunia hidup berkomuniti |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
terbayang pian habib bila baca puisi kau ni |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|