Raja_Dewa This user has been deleted
|
Hi....
Ni aku tepekkan siri cerpen-cerpen yang pernah aku buat sebelum ini. Aku pernah lah keluarkan di satu forum dengan nama yang lain so bila yang berkenaan terdetik "Eh, macam pernah baca jer ni..", anggaplah itu le aku dengan nama yang lain. Ahh.. aku pun penyegan gak orangnya.. Hik hik hik...
Aku tak banyak menulis sebenarnya. Banyak merepek. Lebih kuah dari isi. Lebih intro dari isi. Lebih benih dari bunga. Ahaks... Ntah apa-apa!
So harap korang enjoy dan sekomen-dua dari koranglah juga. Sekarang aku dah tak menulis. Oh.. Ada.. Tinggal satu cerita yang aku nak habiskan. Entah bila Tuhan nak kurniakan ilham atau aku sebenarnya pemalas nak memikir. Oleh itu, aku kembali mencari seru untuk menulis.
Terima kasih. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
Raja_Dewa This user has been deleted
|
BOLA
Aku bagai pernah mengenalinya sebelum ini. Tapi di mana ya..? Aku cuba membuka laut fikirku untuk mengingati dia tapi nampaknya aku gagal.
Hari ini, sepertimana kelazimannya, aku menghadiri latihan di Jalan Ampang. Banyak muka-muka baru yang ku temui memandangkan latihan minggu ini menjanjikan suatu kepuasan yang jarang ditemui. Minggu ini ada latihan menembak. Kedatangan para ahli pun luar biasa banyaknya.
Antara ramai-ramai anggota, hanya dialah yang tak pernah lari dari mataku. Pandanganku akan lama jatuh tertancap kepadanya. Dia seperti pernah ku lihat, ku temui dan pernah menjadi sebahagian dari diari hidupku. Tapi aku lupa |
|
|
|
|
|
|
Raja_Dewa This user has been deleted
|
揝aya sudah tahu apa yang berlaku.擺/i]
揓adi?擺/i]
揝aya tahu tentang kes pecah bilik Pendidikan Seni itu. Saya tahu siapa punya angkara. Tapi saya tak tahu bagaimana kamu boleh jadi macam ni.擺/i]
揗engapa aku perlu beritahu kau?擺/i]
揝aya melihat perkembangan kamu. Berceritalah kepada saya. Sekurang-kurangnya, saya tempat kamu berbicara.擺/i]
揃uat apa?擺/i]
揝aya lihat, kamu agak menjauhkan diri dari kawan-kawan yang lain. Saya tak tahu tentang dunia luar kamu tapi yang saya tahu, apa yang saya lihat, kamu mempunyai masalah. Kalau saya tak dapat membantu, sekurang-kurangnya saya boleh mendengar. Kita perlukan tempat untuk meluahkannya.擺/i]
揂ku sudah mampu menjauhkan diri dari mereka semua.擺/i]
揈rmm.. baguslah. Tapi, siapa pula yang pukul kamu?擺/i]
揟entulah budak-budak tu. Aku menghalang mereka dari membaling batu. Kalau mereka buat kacau, habislah aku. Aku suka lukisan.擺/i]
揔enapa mereka memberontak?擺/i]
揝andy dirotan Cikgu Zainab. Tak siap kerja rumah.擺/i]
揙h! Kalau dirotan, kemudian amukkan bilik lukisan. Habis, kalau mak dia rotan, apa yang dia balas?擺/i]
揝andy tu kan anak emas. Mana pernah kena rotan, Cubit pun tak pernah. Kau tak tahukah, bila Cikgu Sazali pernah melempang Sandy dulu, bapanya datang serang Cikgu Sazali kemudiannya?擺/i]
Huh! Mengada-ngadanya Sandy.
揌abis, kalau kamu yang kena rotan dengan cikgu, mak kamu tak serang cikgukah? |
|
|
|
|
|
|
Raja_Dewa This user has been deleted
|
Tak de dik.. Itu ajer... Nama dia cerpen.
Ok tak..? |
|
|
|
|
|
|
Raja_Dewa This user has been deleted
|
EGO DALAM CINTA
Ada nada marah di balik telingaku. Aku tahu dia marah. Aku pun marah! Aku tahu dia duka. Aku pun duka! Tapi marahnya menambah kedukaanku... Aku.. sampai hatimu berkata begitu...
Kamu, aku ingin bercerita seperti masa-masa silam. Gelak tawamu, rajuk manjamu sering hadir menggugat emosi kini. 5 tahun bersama... 5 minit sebentar tadi telah berlalu semudah kata. Antara kau dan aku.. kini tiada apa.
Egolah yang harus dipersalahkan. Ego menyebab kita berantakan. Aku kehilangan kau dalam perhitungan yang kita tak tersangkakan. Aduh.. Jiwaku dipanah asmara kesakitan!
"Awak.. saya telah ditunangkan tempohari. Pertunangan yang ditetapkan tanpa memberi peluang kepada saya..."
- Dengan siapa..?
"Seorang saudara. Tapi sampai sekarang kami tak pernah bersua muka..."
- Dia tak pernah hubungi awak..?
"Ada, malam nak bertunang. Semuanya dah terlambat.. Kalau saya nak bantah sekalipun semuanya dah siap.. Tinggal nak sarung cincin di jari sahaja..."
- Awak suka..?
"Kalau suka, takkan saya sengsara.."
Kau bagai tenang menerimanya walau nampak riak gelora di muka. Tak daya aku nak bercerita di malam pertunangan itu aku akan di tunangkan. Nanti lebih parah hati ku di sini dan lebih luka hati mu di sana.
- Keluarga awak dah nampak mana kebahagiaan yang akan awak kecapi. Terimalah dia dengan hati terbuka. Tak semestinya awak dan dia tiada bahagia..
"Awak...."
- Jangan jadi anak durhaka. Ikutlah kata ibu bapa. Tak bahagia rumah tangga andai tiada restu mereka...
"Awak..."
Aku kelu lidah berbahasa. Kau bagai jujur menyusun kata. Jujurkah kamu mendoakan kebahagiaanku?
"Awak... saya tak suka macam ni... Mereka patut bercerita pada saya terlebih dahulu. Tak patut menetapkan jodoh saya begini.. Saya ada hak membuat pilihan... Tapi bila balik.. semuanya tersedia... saya tak mampu berkata apa...."
- Nak salahkan siapa..? Dulu lagi saya cuba memberi jalan kepada awak. Tapi awak bagai mengelak...
"Awak tak pernah mengaku..."
- Takkan awak tak fahamkannya yang saya sukakan awak. Saya cintakan awak sedari dulu...
"Saya kira sekarang masa yang sesuai buat kita..."
- Tapi dah terlambat, kan..?
Dia salahkan ku. Katanya aku tidak memahami perasaannya padaku. Mengapa tidak diluahkan saja. Suka kata suka, tidak aku tergila-gila. Cinta kata cinta, tidak aku tertanya-tanya. Kini aku dalam dilemma dan aku terpenjara dalam dunia cinta. Aku terpaksa menggadai cinta yang ku suka kepada cinta terpaksa. Aduh.....
Kamu... Tidak perasankah kamu bahawa ego kita menebal dari dulu. Kamu menolak aku kerana katamu dulu kamu ini tiada apa di sisiku. Jauh bagai langit dengan bumi. Beda bagai pipit dengan enggang. Tapi bilangku... tak salah kita berkawan terlebih dahulu.. jodoh, Tuhan Yang Esa menentukan. Itu tatkala sayang berputikkan...
Kemudian hatiku berbunga cinta...
Ego pulak hatiku mengatakan perigi tidak perlu mencari timba. Biar timba datang menyerah diri waktu timba memerlukan perigi. Tapi asalnya, kami tetap bersama. Riak kami seperti memang bercinta.. Tapi tak pernah mengaku ya!
"Awak... saya masih perlukan awak. Jangan elak dari bertemu dengan saya... Saya tak sanggup kecewa..."
- Cukuplah setakat ini. Kita tak usah menambah luka dalam jiwa..
"Awak tinggalkan saya kecewa sendirian...."
- Sendiri lebih baik berdua tapi tak boleh bersama...
"Awak kejam...."
- Kejam lebih elok dari simpati yang memakan diri....
"Awak......!"
Aku menangis lagi...
Cinta. Perlukah diluahkan? Tak fahamkah dengan gerak geri kita yang memang kita bercintaan. Aduh.... aku karam dalam gelora yang kita ciptakan!
- Terimalah dia seadanya, tak semestinya tiada bahagia dengan orang yang awak tak suka...
Cinta tak boleh dipaksa....
"Saya bahagia dengan awak...."
- Dia lebih baik dari saya yang tiada apa...
"Awak menilai cinta saya dengan harta..? Awak melihat saya dengan apa..?"
- Cukuplah... saya tiada apa yang nak dibangga....
"Kita berkawan aja...?"
- Tak boleh.... usah buang masa...
"Lima tahun berlalu itu apa..?"
- Kamu kepunyaannya sekarang!
Aku terkesima... Tak sedarkah aku tunangan orang sekarang..??? Bancau!!!!!
Ya! Aku tunangan orang. Lantaran itu aku berterus terang dengan mu kerana tak mahu ada rasa tak menentu berkocakan di jiwa. Lagi lama ku rahsiakan, lagi tebal dosa rasanya.
Tapi kau membiarkan aku sendiri. Katamu aku akan bahagia kerana mendapat seorang pengganti. Pengganti yang lebih baik lagi. Tahukah kamu... aku bagai badan tidak bernyawa.. bagai akal tidak berjalan memikirkan hari2 ku di masa hadapan... Dan aku juga yang kau salahkan...
13022003
[ Last edited by Raja_Dewa at 2-2-2007 01:15 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 Raja_Dewa's post
Mcm kisah hidup aku....tika kami bahagia,dia tepon kata nya dah ditunang'n ngan pempuan pilihan fmly....pedih wooo...aku kata...pergi lah kau jauh dari hidup ku...hahaha....jgn kau kembali lg....tatkala aku b'temu ngan seseorg yg menyayangi diriku,kau hadir dan b'kata...aku xdpt menipu diri ku lantas aku putuskan pertunangan itu dan ingin kembali kepada mu.....bg mu diriku seolah2 barang permainan:@ :@ |
|
|
|
|
|
|
Raja_Dewa This user has been deleted
|
Reply #7 thah's post
Arrr ini mungkin le kisah hidup kau... Ehh.. pinjam yer jalan cerita kau... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 Raja_Dewa's post
hampeh tol ko neh......:@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 thah's post
hihiihihi, betapa aku amat memahami nyer... |
|
|
|
|
|
|
Raja_Dewa This user has been deleted
|
Reply #10 shah_jehan's post
Mana-mana pengalaman hidup yang best tu, bley la share, pastu aku nak berangan... baru le bley merepek... |
|
|
|
|
|
|
Raja_Dewa This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
Raja_Dewa This user has been deleted
|
Ziha akui, Wi pandai ambil hati semua orang. Pagi-pagi kalau Wi malas pergi ke sekolah, Wi akan excercise menyangkul, menjirus kebun sayurnya di belakang. Kalau rasa rajin sangat, Wi akan menebas-nebas pokok-pokok yang tumbuh meliar hingga ke rumah Pok Ya Gigi dan Mek Senah. Wi pun rajin bagi sayur-sayurnya kepada Mek Senah. Hendak di buat apa sayur yang banyak itu. Kalau lebih rajin lagi, Wi akan menjual sayur di pasar malam. Semuanya bergantung kepada darjah kerajinan Wi. Tapi kalau dilanda demam pemalas, Wi lebih suka main catur dengan Budin. Alah, Wi bukan pandai sangat main catur, papan catur tu dimainkan secara dam aji je.
Kerana kerajinan Wilah maka rezeki di rumah Ziha tidak pernah putus-putus. Kerana Wi rajin juga, semua orang sayang padanya sehinggakan Pok Ya ajar Wi cara-cara memandu kereta. Tak ada anak muda dalam kampung seusia 15 tahun boleh memandu seperti Wi. Pok Ya kata, manalah tahu kalau-kalau ada kecemasan, Wi bolehlah memandu kereta Datsunnya.
Semasa Ziha terpacak di atas tanah kelihatan Pok Ya Gigi dan Son Cheng Mekanik sedang tersengih2 berpuas hati. Loh |
|
|
|
|
|
|
|
thah org ganu ker? |
|
|
|
|
|
|
Raja_Dewa This user has been deleted
|
Reply #15 milanhawkin's post
Saya pung orang Ganu.. Awok musti org Ganu kan, Milan....? |
|
|
|
|
|
|
Raja_Dewa This user has been deleted
|
Reply #17 milanhawkin's post
ala.. bukannya setahun tak balik... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|