CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16239|Reply: 118

Review: Death Note - The Last Name (SPOILER ALERT)

[Copy link]
Post time 28-1-2007 07:03 AM | Show all posts |Read mode
Hello korang...!!!

Semalam aku berkesempatan tengok citer Death Note - The Last Name kat TGV Mines dengan jijysquall. Citer tu merupakan sekuel drp citer Death Note yang kitorang tengok hujung tahun lepas. Sekuel citer Death Note ni lebih panjang sket laa drp filem yang 1st nyer.

Plot dier starts dr mana Amane Misa, pelakon dan selebriti yang suker pakai kostum gothic lolita kena kejar dgn pengarah utk salah satu program dier yang nak rogol dier tapi ntah camaner si pengarah tu tetiba jer mati, dan dari situ laa Misa dapat buku Death Note dan jadik Kira kedua. Tapi Misa nyer abiliti lagi best sebab dia siap dapat Mata Shinigami yang bleh tau nama orang dan gak bila ajal diorang. So ntah camaner pada suatu hari dia guna Mata Shinigami dan dapat tau Kira pertama ialah Raito sebab takder tarikh ajal kat kepala Raito time guna abiliti tu. Dengan serta-merta dia terus jatuh cinta pandang pertama dgn Raito, sebab Raito dah bunuh perompak yang bunuh sumer ahli keluarga dier.

Dalam masa yang sama, Yagami Raito baru jer berkabung pasal kematian awek lama kat filem pertama aritu dan dia start join team penyasat Kira, dengan niat sebenar nak hapuskan L. Bila dier baru jer join, ntah camaner banyak kes orang mati pasal Kira kedua. Kira kedua siap hantar tape rakaman suara untuk disiarkan kat Sakura TV so berlipat kali ganda ramai orang sokong Kira.

Daripada website database yang dihack oleh Misa, dia dapat tau Raito study kat ner, so bila Raito balik dari kelas dia pun muncul depan Raito, perkenalkan diri dan ikut Raito balik sampai bilik. Kat bilik, dia confess yang dia suka kat Raito dan merayu untuk jadik awek baru dier, siap nangis2 lagi tuu... Tapi Raito perlukan Misa untuk cover identiti diri supaya diorang dua2 tak kantoi dengan pasukat penyiasat. Misa setuju untuk tolong Raito dan sebagai balasan diorang dating sekurang2nya seminggu sekali laa.

L syak Misa sebagai Kira kedua so bila baru jer lepas Misa jumpa Raito pasal nak melepaskan rindu, dier kena tangkap dengan pasukan penyiasat. Dengan senyap2 Raito buat deal untuk selamatkan Misa dengan tanam Death Note dier kat satu tempat dan gak bagi buku Death Note Misa kat seseorang untuk jadi Kira ketiga, kali ni pemberita Sakura TV lak yang sokong Kira. Tapi dia ni tak pro, dia buat kejer dier terang2an so senang jer la kantoi dengan kamera CCTV tersembunyi kat bilik dier.

So camaner nasib diorang...? Sapa nama terakhir tertulis dalam Death Note...? Korang gi la tengok sendiri ek, best sesangat tau... :bodek:  part aku paling suker tu part Misa express perasaan sayang dier kat Raito laa :love:

[ Last edited by  Comic_King at 28-1-2007 07:12 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


ninjamerah This user has been deleted
Post time 28-1-2007 08:57 AM | Show all posts
aku tak pernah lagi tengok Death Note edisi movie? adakah dia buat sebijik macam dalam manga yang dah tamat tu? daripada penceritaan sequel di atas tu, nampak macam sama dengan yang  dalam manga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2007 09:15 AM | Show all posts
2 movie yang dier buat tu bleh dikatakan compress drp citer dalam manga, tapi ada beberapa perbezaan yang aku perasan:-
  • Dalam manga, Misa berambut perang tapi dalam movie lak berambut hitam.
  • Awek Light yang mati time penghujung movie pertama Death Note langsung takder dalam manga, tapi sengaja direka oleh pencipta Death Note untuk siri movie ni.
  • Citer dier continuous, takder masa selang macam dalam manga
  • Dalam manga, Misa bunuh diri lepas dapat tau Light mati, tapi dalam movie lak dia tak bunuh diri, cuma hilang ingatan pasal nota maut tu kecuali perasaan sayang dier ket Light yang tak padam walaupun Light dah mati. Oh yes, dalam movie Light mati depan mata Misa sendiri.
  • Kira ketiga adalah wartawan bernama Takada dan bukannya Higuchi macam dalam manga.
  • Dalam manga, L mati dulu sebelum Light, tapi dalam movie lak Light yang mati dulu, lepas seronok layan tengok Light mati sambil makan coklat baru la dia mati dalam iman... eh silap, mati dalam aman... :bgrin:


[ Last edited by  Squall-Leonhart at 28-1-2007 09:17 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2007 02:18 PM | Show all posts
alaaa..nak tengok.....    

start tau citer nie sbb tgk movie first dia...org kt TM upkan...mmg best sgt2aa..

nak sgt tengok sequel dia nie..nak tgk mainan psykologi L ngan Raito....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2007 07:09 PM | Show all posts
Wuih, ni bukan review, ni SPOILER!

Kena bagi label 'spoiler' kat thread ni, kesian orang yg belum tengok movie ni... (cam ore)
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2007 07:13 PM | Show all posts

Reply #5 meitantei's post

done.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-1-2007 09:38 PM | Show all posts
Ishh... ye ker...? Sorry ek... Anyway korang tengok laa, rugi kalau tak tengok sebab jijysquall bagitau, ni filem last untuk citer Death Note...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2007 01:48 AM | Show all posts
hehe...aku tak nampak apa2 review pun...yg aku nampak hanyalah sinopsis....review adalah pandangan kita terhadap filem tu dengan cara tersendiri.....

Adaptasi yg dibuat utk Death Note 2 ni bagus banget tapi....cuma pengarahan dia je yg naik turun sikit...mujur babak2 terakhir dibuat dengan baik....dari awal sampai tengah aku agak bosan dan terfikir err..bila la nak habis ni...resah memikirkan perlu menungu sampai 2 jam lebih....tapi babak2 klimaks dan akhir selamatkan keadaan..bagaimanapun dari segi lakonan memang tak boleh dimaafkan....terutamanya watak Yagami Raito(Light) tu.....tak kira bertapa kita memujuk diri sendiri utk menerimanya, tetap tak boleh....hancusss.....

Death Note Last Name nampak lain....tapi sebenarnya masih mengikut bentuk yg sama dgn manga...cuma diubah suai utk menepati durasi yg pendek.....tapi aku rasa kerja adaptasi dah cukup menjadi kerana berjaya membawa bentuk asal dantak lari jauh....

Kiyomi Takada dlm manga adalah teman universiti Raito kan ? kemudiannya dia jadi pembaca berita di Tv(bukan Sakura Tv)....tapi dlm DN2 ni nama itu adalah watak yg lain...menggantikan peranan Higuchi dlm manga...peranannya masih sama..iaitu sebagai seorag yg menggunakan Death Note utk mencapai kepentingan diri sendiri dlm mengejar cita2 dlm karier....sama saja dengan Higuchi, cuma dlm manga Higuchi cuba menguasai agensi Yotsuba manakala Takada dlm filem cuba menguasai perhatian di Sakura Tv....

Bagaimanapun aku rasakan adegan menangkap Higuchi dengan helikopter dlm manga lebih menarik dari adegan menangkap Takada dlm filem....

Babak klimaks di akhir sangat menarik....walaupun tak sama dengan manga tapi sebenarnya dlm bentuk yg hampir sama...klimaks manga ialah Near mendedahkan Raito....manakala dlm filem L yg masih hidup mendedahkan Raito.....trick nota palsu itu memang seakan2 manga.....cuma dlm manga yg memutar-mutarkannya ialah Near dan bukanya L....malah adegan Matsuda menembak Raito tu pun sama ja dengan manga....tapi dlm manga Soichiro Yagami tak ada dlm situasi tersebut...Sebaik sahaja anda habis tengok filem ni, sila singgah kat mana-mana kedai majalah...cari ARENA yg ada gambar Prince of Tennis tu,,,dan baca Death Note...anda akan lihat siri yg dipaparkan itu ada beberapa kesamaan dengan adegan akhir filem....

walaubagaimanapun, aku kira dari segi lakonlayar memang sudah berjaya menterjemahkan Death Note ke filem....mereka berjaya mengubahsuai plot kedalam bentuk yg sesuai utk rangka filem tanpa menjejaskan penceritaan dan matlamat asal cerita aslinya.....

Sayang juga tak dapat lihat Near dan Mello dlm versi filem, tapi memandangkan Watari pun dah di-Jepunkan(Watari dlm Manga adalah org puteh), maka make-sense jugalah utk ditiadakan watak Near dan Mello, bagaimanapun.....aksi L makan choclate tu memang sebijik-bijik mengingatkan kita kepada Mello.....yg agresive dan suka makan coklat.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2007 11:19 AM | Show all posts
Nak tengok gak sequel cite nie...tapi tunggu cd kuar jek laaa...malas ah nak tengok kat panggung tuu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2007 11:25 AM | Show all posts

Reply #9 Eastern's post

yeap.. wait 4 cd/dvd ori kluar..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2007 03:11 PM | Show all posts
nampak gaya kena tunggu vcd/dvd dua2 movie ni baru faham.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2007 03:26 PM | Show all posts
Walaupon dah tau ape kesudahannya.. tapi aku tetap akan tengok gak... he!he!he!  tapi aku tak suke light mati dulu.... cis tak guna!!!!... aku penyokong KIRA ha!ha!ha!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2007 05:43 PM | Show all posts

Reply #12 Redxerr's post

samela cm aku...dh tau kesudahan..tp still nk tgk...tp aku tkdela smgt cm ko..aritu dh dpt tiket...tp cancel..sbb maleh nk p wakakakaka

tp aku bkn penyokong kira
sokong watari je bleh dak??
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2007 06:18 PM | Show all posts
aku dah tengok ngan osmets aku sumer..
manarik gaks ah..
since aku x baper bc sngt manga die..
jadik x byk yg aku tau ah..
tp aku tau si L tuh sepatutnyer mati d bunuh kira dlm manga kan?
time plg lawak aku tgk maser time si L tuh terperajat sampai jatuh kerusi bler dega psl shinigami..ehehe..comel :love:

tp sedih ah tgk si L tuh mati cam tuh..wuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2007 09:15 PM | Show all posts
Hahaa... tu la pasal, dalam manga kan L yang mati dulu, pastu baru Light mati. Tapi dalam citer tu aku paling suka Misa tu, especially part dier merayu nak jadik awek Light la tu... kawaii sesangat awek Gothic Lolita tu...!!! :love:
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2007 03:14 AM | Show all posts
hmm walaupun da baca spoiler n ramai kekawan haku da pergi tgk DeathNote 2 tapi haku masih nak tgk hehe pasal DeathNote 1 da tgk hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2007 09:48 AM | Show all posts

Reply #13 lin_okinawa's post

Watari pon ko suker ker??
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2007 09:49 AM | Show all posts

Reply #15 Squall-Leonhart's post

Misa dalam movie tuh tak cute cam dalam Manga la... aku ader rase sedikit kuciwa...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2007 09:54 AM | Show all posts
Originally posted by Redxerr at 30-1-2007 09:49 AM
Misa dalam movie tuh tak cute cam dalam Manga la... aku ader rase sedikit kuciwa...

aha...aku setuju sesangat.....kekadang terasa annoying tengok ader la.....semacam dia tak cukup berjaya menonjolkan perwatakan Misa yg kita kenal dari manga.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2007 10:08 AM | Show all posts

Reply #19 GAIA's post

Lagi satu dier kurang comel dari manga, tak seperti yang tergambar dalam imaginasi aku....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.140446 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list