|
Ikatan cinta rentasi budaya
Oleh Nor Akmar Samudin
[email protected]
JURANG usia, perbezaan bahasa, bangsa dan budaya tidak menyekat hasrat anak bujang gitaris utama Lefthanded, Man Kidal iaitu Shefflee Rahman (Elly), 22, menyunting Siti Nurhaliza Kazuyo (Siti), 32, sebagai permaisuri hidupnya.
Elly dan Siti selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri pada 7 Disember lalu di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Menurut Elly, memandangkan Siti saudara baru dan menggunakan wali hakim, Jawi menyarankan pernikahan itu dilangsungkan di pejabat itu saja. Siti berasal dari Shiga, Jepun.
Bagaimanapun, selepas itu diadakan kenduri doa selamat dan bertukar-tukar dulang hantaran di rumah keluarga Elly di Taman Kosas, Ampang. Majlis sederhana tetapi meriah itu turut dihadiri saudara mara dan rakan taulan.
Sementara majlis persandingan mereka diadakan di Dewan Bankuet, Menara Kuala Lumpur (KL), Ahad lalu. Ramai rakan lama Man Kidal hadir termasuk Nash Lefthanded yang datang bersama isteri barunya, Susilowati Lowiah, bakal pengantin baru, Aziz Sattar, Ramli Sarip, Yusni Jaafar, Joe dan Black daripada kumpulan Wings serta Nabila Shuhaimi.
揝yukur ke hadrat Ilahi segalanya berjalan lancar. Saya tak kisah di mana sekali pun pernikahan itu berlangsung kerana yang penting mendapat restu kedua-dua belah keluarga.
揗emandangkan Siti saudara baru, adalah lebih elok ia diadakan di Jawi. Apa saja kemusykilan yang timbul boleh rujuk terus kepada mereka di sana.
揔enangan yang paling saya tidak boleh lupakan, empat kali lafaz nikah baru sah. Sebaik saja berjabat tangan tok kadi, tiba-tiba rasa gementar dan gugup.
揗ujurlah waktu itu hanya dihadiri keluarga saya, bapa (Minaro Matshusita) dan kakak Siti (Iyoko) yang datang dari Jepun. Sejurus tok kadi berkata sah, gembira betul rasanya. Rupanya bukan senang hendak menggalas tanggungjawab sebagai suami, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|