CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8186|Reply: 65

Ibu Sawat Internet Malaysia

[Copy link]
Post time 14-12-2006 09:46 AM | Show all posts |Read mode
Ibu Sawat Internet Malaysia Dilancar 15 Dis

SERI KEMBANGAN, 7 Dis (Bernama) -- Malaysia akan melancarkan Ibu Sawat Internetnya pada 15 Disember ini, kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik.

Ibu sawat Internet itu ialah satu poin untuk jaringan-jaringan komunikasi disaling hubungkan secara terus tanpa melalui pihak ketiga. Dengan kewujudan ibu sawat berkenaan, kos yang dikenakan kepada pelanggan akan dikurangkan sementara kelajuan penghantaran jalur lebar akan ditingkatkan.

Perancangan untuk menubuhkan Ibu Sawat Internet Malaysia yang dicadangkan tiga tahun lepas tidak menjadi kenyataan setelah pengendali telekomunikasi utama TM Net Sdn Bhd dan Jaring, gagal untuk bekerjasama melaksanakannya.

Penubuhan ibu sawat itu akan membolehkan jaringan telekomunikasi antarabangsa dihubungkan ke Malaysia dan negara-negara terbabit boleh memulakan sambungan internet ke Malaysia berbanding menerusi Singapura.

Dr Lim juga membangkitkan potensi dan pengembangan pasaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang besar di China ketika berucap merasmikan Forum Perniagaan Asean-China 2006 di sini hari ini.

"Setiap kali saya melawat China, satu perkara yang mengejutkan saya selalu ialah sambungan telekomunikasi mudah alih mereka yang tiada had sempadan. Liputan mereka nampaknya memenuhi setiap ceruk dan sudut bandar-bandar, malah termasuk beberapa kawasan luar bandar. Saya hampir tidak menghadapi sebarang gangguan sambungan panggilan." kata Dr Lim.

Katanya perkara itu mungkin disebabkan hakikat yang China mengeluarkan peralatan telekomunikasinya sendiri.

"Syarikat-syarikat di China seperti Huawei dan ZTE, mereka cipta, mengeluar dan menghasilkan peralatan telekomnya sendiri dan oleh sebab itu, perbelanjaan modal bagi pembelian peralatan untuk pembekal-pembekalnya mungkin lebih rendah berbanding negara lain, contohnya, di Malaysia," kata Dr Lim.

Menurut beliau, syarikat-syarikat ini boleh memanfaatkan pasaran domestik yang besar untuk mengurangkan kos melalui pengeluaran secara ekonomi berskala yang membolehkan juga mereka bersaing di pasaran global.

China telah mengambil langkah ke hadapan untuk melaksanakan projek lebuhraya maklumat, di mana sambungan komunikasi berkapasiti tinggi diwujudkan di antara Asean dan China.

Pada forum Minggu ICT Asean-China yang diadakan di Malaysia pada Mac lepas, komuniti perniagaan ICT di Asean dan China telah membincangkan pelbagai peluang untuk bekerjasama dan beberapa inisiatif telah dapat dihasilkan.

"Selain sokongan diberikan kepada inisiatif itu, kita juga boleh mempergunakannya untuk laluan Internet. Pada masa ini, kita tidak mempunyai kemudahan pertukaran internet Asean-China dan Lebuh Raya Maklumat ini boleh menjadi pengantara atau pemudahcara kepada Ibu Sawat Internet Asean-China," katanya.

BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2006 10:32 AM | Show all posts
Kalau begitu, segala?ya jadi turun harga la? :mll:
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 10:38 AM | Show all posts
yay..this is great news.selama ni duit kita mengalir ke Singapura..So kalo kita ada sendiri, save la sket.kalo harga broadband tak turun gak, hampehlah.hope speed leh naik lagi...
ini kira backbone utk pegi international punye connection ke?

somebody explain plz..
Reply

Use magic Report

Minah_Flunxy This user has been deleted
Post time 14-12-2006 10:38 AM | Show all posts
welcome!, esok lah yer MIX tu berfungsi yer... harap2x boleh laa surf ngan pantas..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2006 10:58 AM | Show all posts
Originally posted by bb_nessa at 14-12-2006 10:32 AM
Kalau begitu, segala?ya jadi turun harga la? :mll:

Rasanya harga sure turun. lagipun kos dah berkurangan dengan wujudnya MIX ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2006 11:08 AM | Show all posts
Originally posted by MulutBecok at 14-12-2006 10:38 AM
yay..this is great news.selama ni duit kita mengalir ke Singapura..So kalo kita ada sendiri, save la sket.kalo harga broadband tak turun gak, hampehlah.hope speed leh naik lagi...
ini kira backbon ...

Rasanya dua2 kot. local dan international.. harap2 lepas lagginess masa browsing website berkurang. tmnet pun reti2 la nak mengurangkan harga..

Lagi satu harap2 p2p speed balik ke asal. :pray:
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-12-2006 11:10 AM | Show all posts
Originally posted by Minah_Flunxy at 14-12-2006 10:38 AM
welcome!, esok lah yer MIX tu berfungsi yer... harap2x boleh laa surf ngan pantas..

Yep, Harap2 la. tapi basicly internet exchange ni berfungsi sebagai apa? sape tau? minah?
Reply

Use magic Report

Minah_Flunxy This user has been deleted
Post time 14-12-2006 11:41 AM | Show all posts

Reply #7 Zep's post

An Internet exchange point (IX or IXP) is a physical infrastructure that allows different Internet Service Providers (ISPs) to exchange Internet traffic between their networks (autonomous systems) by means of mutual peering agreements, which allow traffic to be exchanged without cost

cam nie laa
satu network access point yang menyambungkan berjuta computers seluruh malaysia nie, sebelum nie kita sewa dari company luar untuk menyeliakan xchange point dalam malaysia nie... so dengan adanyer MIX nie, satu xchange point baru di bangunkan, so kita tak perlu laa nak bayar mahal2x kat provider luar.

sebelum nie kita dah ada internet exchange cam
ARIX = Asia Internet Exchange Network Access Point Malaysia
KLIX = Kuala Lumpur Internet Exchange

so MIX nie first untuk kegunaan awam... ntah laa we all tgk esok cam mana.best ker tak guna MIX tu

i pun tak baper pandai nak explain this topic.. maybe ada yang lain nak betulkan? or nak tambah?

[ Last edited by  Minah_Flunxy at 14-12-2006 11:52 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2006 12:32 PM | Show all posts
Originally posted by Minah_Flunxy at 14-12-2006 11:41 AM
An Internet exchange point (IX or IXP) is a physical infrastructure that allows different Internet Service Providers (ISPs) to exchange Internet traffic between their networks (autonomous systems)  ...

Oo. so kiranya ni backbone untuk ISP la? macam gitu? :nerd:

Ape pun kita tunggu esok..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 01:49 PM | Show all posts
Originally posted by Zep at 14-12-2006 12:32 PM

Oo. so kiranya ni backbone untuk ISP la? macam gitu? :nerd:

Ape pun kita tunggu esok..


rasanyer bukan backbone.sebab setiap ISP dah ade backbone sndr..ni cuma mcm mixer la..yg mcm minah ckp..inter operator mixing ngan untuk connection ke International link..

just my 1/4 seng..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 03:24 PM | Show all posts
aku malas & menyampah dengar kos akan turun la, speed akan lebih laju la.. buat dulu, streamix laju & harga kasi turun & service bagi tip top, baru bole percaya... ni memang la pelancarannye esok.. tapi nak take effect speed laju & kos morah tu ntah bile...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2006 03:51 PM | Show all posts
Originally posted by nizam_syah82 at 14-12-2006 01:49 PM


rasanyer bukan backbone.sebab setiap ISP dah ade backbone sndr..ni cuma mcm mixer la..yg mcm minah ckp..inter operator mixing ngan untuk connection ke International link..

just my 1/4 seng..

Oo. kiranya tempat data dipoint la? macam gitu? :nerd:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2006 03:52 PM | Show all posts
Originally posted by d34n at 14-12-2006 03:24 PM
aku malas & menyampah dengar kos akan turun la, speed akan lebih laju la.. buat dulu, streamix laju & harga kasi turun & service bagi tip top, baru bole percaya... ni memang la pelancar ...

:setuju::setuju:

Tak mungkin kos akan diturunkan dalam masa terdekat ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 03:53 PM | Show all posts
memang betul dilancarkan esok......
tapi nak setting lagi pastu ngan error lagik,ngan nak jadik beta lagik,ingat boleh guna besok ker??
kalau boleh guna besok pun,tah bagus ker x broadband ni..
tah tah lagi teruk,yer la,ibu sawat buatan haper tah,tah tah diperbuat daripada bahan kitar semula...hahahhahaa
pastu tetiba ibu sawat tu runtuh......
aahahhahaha.............jgn risau,mulut aku x masin deh..:nerd:  :nerd:  :nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 06:18 PM | Show all posts
pukul brapa esok tu? 12 malam ke? :nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 07:00 PM | Show all posts
Originally posted by jimbait at 14-12-2006 03:53 PM
kalau boleh guna besok pun,tah bagus ker x broadband ni..
tah tah lagi teruk,yer la,ibu sawat buatan haper tah,tah tah diperbuat daripada bahan kitar semula...hahahhahaa
pastu tetiba ibu sawat tu runtuh......
aahahhahaha.............jgn risau,mulut aku x masin deh...
...



:siok:jee ko nih..:lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2006 08:04 PM | Show all posts
aku memang dah x sempat  nak menguji benda ni coz modem aku still rosak.tmnet kate nak datang tp sampai sekarang x datang datang,,,,,,,,hampehnya tmnet........dah 3 hari dah aku x guna streamyx,dah berapa dia untung,berapa aku rugi.....***** betullah tmnet ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 09:13 PM | Show all posts
Harap apa yg diperkatakan akan menjadi nyata dan bukan hanya kata2 birokrat yang tidak ada ape maknenya..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 09:25 PM | Show all posts
dia baru lancarkan ke atau dah siap and tinggal nak rasmi je?
terKONPIUS jap...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2006 07:52 AM | Show all posts
Originally posted by MulutBecok at 14-12-2006 09:25 PM
dia baru lancarkan ke atau dah siap and tinggal nak rasmi je?
terKONPIUS jap...

Tinggal nak rasmi jer.

Ni dah rasmi ke blom? macam takde beza pun dengan semalam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.145018 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list