View: 17302|Reply: 36
|
[Masalah] BRACES & P'bedahan RAHANG - Adakah Mgubah kejadian ALLAH?
[Copy link]
|
|
aku ada masalah gigi...dimana gigi aku di bahagian atas agak tidak tersusun skit..
so bila nak senyum...pun malu2 skit...ye lah gigi tak brapa lawa...
ini mgurangkan sedikit keyakinan dr aku.....![](http://i23.photobucket.com/albums/b383/polaris_pola_/icon/girl_cray.gif)
Gigi bawah aku agak kedepan skit, berbanding gigi atas....
so aku bercadang nak pakai braces....dan aku dah pun jumpa doktor nak buat pemeriksaan...
malang nyer doktor kata aku punyer masalah rahang gigi bawah tak fix dgn gigi atas..
rahang gigi bawah...agak panjang skit dr yg atas....
so kalo nak buat braces kena betulkan rahang terlebih dahulu...
dan kalo nak betulkan rahang, aku kena wat pembedahan rahang..
dimana rahang tersebut di potong sedikit pendek, supaya sama dgn rahang gigi atas...
baru leh pasang braces..
Tiba2 aku terpikir...ADAKAH PEMBEDAHAN INI DI KATEGORI KAN SEBAGAI MENGUBAH KEJADIAN ALLAH?
[ Last edited by polaris_girlz at 23-11-2006 09:23 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
masalah rahang ni tataulah plak... tapi kalau mengubah bukan utk menunjuk2 tak salah.. lagi2 plak kalu utk suami (dapat pahala)
camne yek... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 eiyoei's post
tu ar....aku nak buat ni tuk betulkan gigi aku jer....![](http://i23.photobucket.com/albums/b383/polaris_pola_/icon/girl_cray.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
entah yek macam mana ye....bukannya nak ambil jalan mudah tetapi aku punya justifikasi untuk kau buat pembedahan rahang..pertama tamanya kau bukan mengubah kejadian Allah. kau mengadjust sedikit je untuk mencantikkan rupabentuk gigi kau. tak de implikasi yang memudaratkan diri kau dan juga keadaan sekeliling kau. kita amik contoh kalau kau tukar jantina konfem kau ubah kejadian tuhan terhadap diri kau. dari kau seorang perempuan ke seorang lelaki atau seorang lelaki ke seorang perempuan. apa implikasi nye...bukan semua perubahan dapat dilakukan terhadap diri seseorang sekiranya ingin bertukar jantina. ini memudaratkan dan mnyukarkan diri nya dan juga org lain...ye lah yang mengorat lelaki yang dah jadi pompuan tentu ingat boleh kahwin dan ada anak tetapi rupa-rupanya sah sah bapok...
dan yang terbaru menggunakan botox ...alasan kebanyakkan nya nak mencantikkan, bagus nak mencantikkan tetapi bila menonjol sana dan menonjol sini maka tujuan itu dah jadi lain..mengancam nyawa lelaki yang melihatnya...ye lah untuk tontonan dah tentu tak elok implikasinya..
susah kita nak justify sesuatu tindakan yang mungkin tindakan itu terkeluar dari akidah ..selalunya kita justify ikut sedap pemikiran kita je...
kesimpulan aku borak panjang panjang ni...no problem kau buat pembedahan rahang..tetapi hujung hujung yang benar datang dari Allah S.W.T dan yang tak benar datang dari aku yang hina ni...
persoalan..? kalau cabut gigi mengubah kejadian tuhan ke? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mengubah kejadian Allah bermaksud mengubah demi kecantikan diri (melainkan untuk suami shj).kurang keyakinan cik polariz boleh diubah kerana ia termasuk dalam mengubah demi kecantikan diri juga.lainlah jika sebutan cik polariz lari pabila menyebut nama2 Allah atau ketika sedang mengaji.anyway gigi cecco pun tak betul juga,sebab ada gigi taring di bahagian atas.(macam joanie ANTM #6) :nyorok: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa boleh kot...
sbb benda ni utk kebaikan diri sendiri (tambahkan keyakinan diri, senang bergaul dll) mcm pakai braces la. Boleh kott... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam pakar pakar ugama ~
saya nak tumpang thread --- betul ke buat braces tu dah kira mengubah kejadian Allah juga? Saya baca dkt satu forum tu depa ckp salah) tapi saya pakai braces -- sebab pada saya mengubah kejadian Allah mcm buat plastik surgery supaya idung kemek nampak mancung, rambut lurus buat krinting, rambut hitam dikaler kaler and etc etc.
So guane gamok nya tu? ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
Arigato |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 DARSITA's post
ni pendapat yg pernh polar dgr...
Sekiranya pembedahan dilakukan bagi memperbaiki kecacatan, yang berkeadaan di luar tabi'i maka ianya bukanlah mengubah ciptaan Allah. Tindakan tu sama dengan membetulkan hidung yang bengkok atau bibir yang sumbing kerana semua tu memperbaiki bentuk anggota yang luar tabi'i atau cacat. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau itu membuatkan ko sulit utk makan dan jugak memalukan... aku rasa baik ko buat. |
|
|
|
|
|
|
|
yang penting " Nawaitu " mesti betul........ |
|
|
|
|
|
|
|
in some cases i think kalo tak pakai it can be harmful later. especially kalo ade gigi yang tak in line dengan gigi lain. later on adjacent gigi akan himpit and move that gigi yang tak in line tu further more. that can't be good. i know because i'm experiencing it. i need to get that soon. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam
Originally posted by polaris_girlz at 20-11-2006 11:45 AM
aku ada masalah gigi...dimana gigi aku di bahagian atas agak tidak tersusun skit..
so bila nak senyum...pun malu2 skit...ye lah gigi tak brapa lawa...
ini mgurangkan sedikit keyakinan dr aku..... ...
Berdasarkan yg I belajar...
Pembedahan tersebut boleh dikategorikan sbg mengubah ciptaan Allah swt n hukumnya adalah haram. Tujuan saudari adalah utk kecantikan.
Operasi kecantikan yang mengubah ciptaan Allah seperti memotong tulang rahang, memancungkan hidung, merampingkan pinggang & seumpamanya adalah dilarang,
Hukumnya adalah haram berdasarkan riwayat daripada Ibnu Mas 'ud Radhiyallahu Anhu, yang berkata,
"Saya pernah mendengar Rasulullah saw melarang wanita mencabut rambutnya, mengikir gigi, menyambung rambutnya dan bertatu, kecuali disebabkan penyakit."
(Diriwayatkan Ahmad).
wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 fleurzsa's post
kalo camtu tak leh la buat braces...![](http://i23.photobucket.com/albums/b383/polaris_pola_/icon/girl_cray.gif)
terpaksa lah kekal dgn keadaan skang ni....
Niat asal sy nak betulkan gigi je...tak sangka lak sampai kena wat pbedahan rahang...huhuhuhu... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku penah jumpa ustaz yg pakai braces.Lagipun aku rasa benda ni tak salah.Pakai braces cuma mengubah kedudukan gigi.Bukan merubah bentuk.Ia bukan utk tujuan kecantikan semata2.
Aku rasa hukum ttg mengubah ciptaan Tuhan ni perlu dikaji secara mendalam.Apakah yg dikata sbg mengubah ciptaanNya?Ini perlu penjelasan yg terang.Kalo camtu,pakai whitening cream pun haram la ye?:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun konpius
mula2 aku mmg rasa mengubah kejadian Allah
tapi then seseorg pointed pada aku
masalah gigi and gusi tu sendiri
pertama...adakah sbb keturunan
contohnya..mcm anak anak AR tompel
yg majiritinya mengikut bapaknya
jadi..aku rasa mmg genetik
tapi
some of the case
sbb kesilapan masa kecil
contohnya
sering hisap jari
ataupun
terlalu takut nak cabut gigi
hingga sbbkan gigi berlapis
hal ini bermaknak
kita sendiri yg telah terubah pertumbuhan gigi scr normal
maka adalah wajar kita membtulkkannya semula
tambahan pula...kalau2 boleh bertambah buruk
contohnya kes
lambat cabut gigi...gigi tu tumbuh senget
then..makin kita besar
maken senget (sbb gigi tepi menolak)
maka...selepas dgr penjelasan tu
aku mula mengubah tanggapan aku ttg pemakaian braces ini mengubah ciptaan Allah |
|
|
|
|
|
|
|
sekadar tambahan..
Islam meletakkan tiga dasar utama dalam isu kecantikan:
1. Merubah ciptaan Allah, dalil: AQ 4: 119
2. Ghassana (menipu/mengabui) , "Man ghassana falai saminna" (siapa yg
menipu kami bukanlah dari kami)
3. Tasyabbuh , "man tasyabbaha biqaumin fahuwa minhum" (sesiapa yg
menyerupai suatu kaum tergolong bersama mereka)
Kemudian Islam membahagikan pula dalam tiga kategori:
a. perubatan
b. pemulihan
c. kecantikan
Dari tiga dasar dan tiga kategori ini, para fuqaha' tidaklah sepakat
untuk menyenaraikan semua aktiviti perubatan, pemulihan dan
kecantikan kerana ia bersifat relatif. Setiap perkara yg bersangkutan
dgn perubatan atau pemulihan anggota atau kecantikan itu hendaklah
dijelaskan dengan lengkap utk dilihat illat (sebab) dari pelbagai
sudut, maslahat, istihsan dan tujuannya.
Dewasa ini sudah banyak kitab-kitab baru yg ditulis mengenai pelbagai
isu baik perubatan, pemulihan atau kecantikan, antaranya:
1. Dr Qardhawi, Fatawa Mu'asirat dan Qadhaya Mu'asirat
2. Dr Na'eem Yaasin, Abhath Fiqhiyah fi Qadhayaa Tibbiyah Mu'asirah
3. Syirbasi, Yas'alunak
4. Syawqi Abduh asSahi, Qadhaya atTibbiyah al Mu'asirat
5. Rumah Fatwa Mesir, Darul Ifta' alMisriyyah
6. Gedung Fatwa Islam Online
7. Kitab-kitab Fatawa spt Atiyah Saqr, Hasanain Makhluf, Ali Jad
alhaq, Albakhit, et al
8. Qarar Majma' Fiqh 'Alamiah yg berpusat di Riyadh, Kuwait,
Islamabad dan India.
Rumusan:
Kita ambil contok pembedahan kosmetik (cosmetic surgery) ada yg harus
dan ada yg haram:
Misalnya:
- pembedahan hidung dan membina cartilage dengan emas atau perak
sudah ada di zaman RasuluLlah saw (HR Abu Daud);
- pembedahan dan pengukuhan gigi sudah diputuskan harus di zaman Abu
Yusof, fuqaha Hanafi;
- pembedahan penyambung tulang manusia dengan haiwan sudah ada di
zaman Imam Nawawi (harus);
- Pemulihan kecacatan sudah dibahaskan di zaman Imam Bukhari; ada
fuqaha' yg mengharamkan dan ada yg mengharuskan
- Begitu juga dalam soal kecantikan dan busana perempuan sejak zaman
Nabi saw lagi: sudah ditetapkan hukumnya thabit dengan nas:<BR>-
perbuatan menyambung rambut
- pakai wig
- mencabut uban
- mewarnakan rambut dan kuku
- trim kumis dan memelihara janggut
- membotakkan kepala
- mencabut bulu kening
- taflij (kikir gigi)
- merampingkan pinggang
- tattoo
+ Manakala hukum-hukum baru spt membesarkan payu dara (breast
enlargement) , plastic surgery, weight loss program ini diputuskan
oleh rumah-rumah fatwa dan ijtihad fuqaha' yg melihat kepada maslahat
dan niat-niat pelakunya.
Maknanya setiap perkara baru yg belum ada nas yg meliputi urusan
perubatan, pemulihan angguta dan operasi kecantikan hendaklah
dikemukakan maklumat merangkumi bentuk, kaedah atau cara rawatan,
termasuk material yg digunakan dan tujuannya secara terperinci dan
lengkap. Allahu a'alam
P/s: Tp pasal kes aku ni..aku masih lagi xdpt jwpn yg tepat...![](http://i23.photobucket.com/albums/b383/polaris_pola_/icon/18.gif) |
|
|
|
|
|
|
syawall25 This user has been deleted
|
yang aku belajar dan faham..
pakai braces untuk cantikkan gigi supaya tersusun dan kelihatan cantik ..HARAM..maksudnya,jika tak buat braces ni,tak datangkan apaapa mudarat pada diri..masih boleh hidup macam biasa..
tapi kalau gigi tu sampai terkeluar ke..tembus bibir ke..susah nak makan ke..hukumnya jadi HARUS..
tapi sekarang ramai orang yang pakai braces untuk cantik..Ya Allah..sedih tengok.. |
|
|
|
|
|
|
unlock This user has been deleted
|
aku setuju pade fleurzsa ngan syawal ckp tuh.. kalo untuk tujuan kecantikan hingge boleh menimbulkan keburukan itu tak boleh la, same juge dengan tujuan utk menunjuk-nunjuk. tp cam plastik surgery tuh begantung plak pd keadaan. maksudnye kalo muke tebakar ke, sumbing kemudian kt buat utk tujuan betulkan boleh la. botox tu plak sbb ade kandungan yg boleh membahayekan kesihatan pemakai sbb tu la di haramkan. itu yg aku tau la.. sekadar berkongsi. |
|
|
|
|
|
|
unlock This user has been deleted
|
tp kalo untuk kepastian baik tanye org yg lebih arif, yg tau hukum hakam dengan sebetulnye. sekurang-kurangnya leh jd panduan. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak ada larangan yg jelas dalam hal memakai braces ni... banyak fatwa yg dikeluarkan mengharuskan pemakaian braces untuk memperbaiki imperfection ni... apa lagi kerana manusia ni rata-rata suka mengejek dsb bila ada gigi orang yg terkeluar sikit..
yg jelas ada larangan adalah taflij, i.e mengikir gigi... |
|
|
|
|
|
|
| |
|