View: 39288|Reply: 308
|
APA ISTIMEWANYA MENJADI WANITA ?[mgd] karengkang, cekpoin, winamp05
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum,
Di sini mari kita bincangkan apa istimewanya menjadi wanita....
Tatie bertuah dilahirkan sebagai seorang wanita. Kerana WANITA banyak keistimewaannya. Alhamdulillah.
Tak perlulah kita ikut-ikutan perjuangan WOMEN LIBERATION stail barat itu atau seperti yg dilaung-laungkan oleh SISTER IN ISLAM itu. Itu adalah cara perjuangan Yahudi dan Nasrani...
Mari kita bincang apakah ISTIMEWANYA WANITA DI SISI ISLAM....
TERBUKA KEPADA SEMUA GENDER....TAK KIRA LELAKI ATAU PEREMPUAN...
![](static/image/smiley/default/smile.gif) ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
[ Last edited by antiQue at 18-11-2006 01:59 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
PEMBUKA KATA
ANTARA wanita dengan lelaki memang banyak bezanya, sama ada lahir mahupun batin. Tenaga lahir wanita jauh lemahnya daripada lelaki. Manakala kekuatan nafsu wanita umumnya sembilan kali lebih kuat 'power'nya daripada lelaki. Sebaliknya, ketajaman akal wanita umumnya cuma satu jika dibandingkan dengan lelaki yang punya sembilan ketajaman akal. Hal ini meletakkan wanita di satu kedudu-kan yang jauh jaraknya daripada lelaki.
Ertinya kedudukan wanita sebenarnya tidak boleh setaraf dengan lelaki. Gelanggang perjuangan wanita tidak boleh sama dengan gelanggang lelaki. Tugas wanita juga sepatutnya jauh ber-beza dengan tugas lelaki. Justeru itu dalam pandangan Islam, wanita tarafhya makmum, manakala lelaki adalah imamnya. Haram hukumnya jika wanita menjadi imam kepada lela-ki. Dengan kata lain wanita adalah pengikut, manakala lelaki adalah pemimpin atau pemerintahnya.
Firman Allah:
Terjemahannya: Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum uianita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebohagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menaf-kahkan sebahagian daripada harta mereka. Sebab itu wanita solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika ketiadaan suami sebagaimana yang Allah telah tetapkan.
(An Nisa': 34)
Justeru demikianlah fttrahnya, maka sepanjang umur dunia hinggalah ke saat ini wanita secara umum memang tidak kelihatan menonjol sebagai pemimpin masyarakat sama ada dalam urusan politik, ekonomi, keagamaan atau lain-lain lagi.
Sekalipun memang diperjuangkan oleh sete-ngah-setengah orang agar wanita disetarafkan dengan lela-ki namun bilangan kaum lelaki yang jadi pemimpin masih jauh lebih ramai dibandingkan dengan kaum wanita.
Ini bererti kuasa memerintah atau memimpin masyarakat serta rumahtangga pada lahirnya kelihatan sentiasa berada dalam tangan lelaki. Wanita seolah-olah tiada peranan atau kecil sekali peranannya dalam pemerintahan dan kepimpinan.
Soalnya, betulkah wanita tiada kuasa atau tidak berpera-nan dalam kepimpinan atau pemerintahan negara atau dalam rumahtangga? Untuk menjawabnya mari kita tinjau realiti pemerintahan yang sudah dan sedang berlaku dalam masyarakat seluruh dunia, Islam atau bukan Islam.
[ Last edited by serihartatie on 18-3-2005 at 11:54 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
CONTOH-CONTOH WANITA SEBG PEMERINTAH TANPA KUASA
1. Napoleon Bonaparte, seorang ketua negara dan panglima tentera Perancis yang gagah dan hebat, pernah secara mengejut membatalkan rancangan yang sudah diatur untuk berangkat ke medan perang; bukan kerana sesuatu muslihat perang, tapi kerana didesak oleh isterinya (Josephine), yang waktu itu memerlukannya.
2. Dalam sejarah, terdapat raja-raja di dunia yang membunuh seseorang bukan kerana kemahuannya tapi adalah kerana kemahuan isterinya.
3. Pada zaman jahiliah seorang perempuan mensyarat-kan pada lelaki yang mahu mengahwininya agar memenggal kepala seorang lelaki. Apabila kepala itu dibawa kepada-nya baharulah wanita itu dapat dikahwini. Perkara ini telah jadi budaya sesetengah daripada kabilah Arab waktu itu.
BERSAMBUNG.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan lupa jika anda seorang wanita, maruah perlu dijaga dari segi rupa diri, pergaulan, percakapan hingga ke segala perbuatan termasuk penulisan jika itu yang anda libatkan diri.
Malang sungguh ada Muslimah yang menjaga pakaiannya yang menutup aurat tapi lupa suara percakapannya meleret-leret menggoda sehingga menimbulkan ghairah pada lelaki.
Begitu juga yang terlibat dengan penulisan yang gayanya seolah-olah nak belagak manja agar ia boleh menawan lelaki yang membacanya. Ini juga maksiat yang ramai wanita lupa padanya.
Wanita Muslimah yang ku kagumi adalah wanita yang tegas percakapannya serta berhemah budibicaranya terhadap bukan muhrimnya.
Bukan nak puji tapi cuba lihat penulisan sdri mod. kita yang boleh dijadikan contoh baik bagaimana nak menulis dalam forum ini dan contoh tatie sendiri yang tulisannya meleret-leret yang orang arqam mungkin menggemarinya.
|
|
|
|
|
|
|
|
terimakasih kerana memberi nasihat yang baik.
segala teguran saya jadikan satu peringatan.
alhamdulillah.
Mungkin sdr/sdri gravedigger boleh ceritakan apakah KEISTIMEWAAN seorg wanita yg dari pendapat sr/sdri grave...
![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
sauber This user has been deleted
|
Salam serihartatie,
Menjadi lelaki atau perempuan bukanlah satu pilihan tetapi itu adalah kehendak Allah.
75:37. Bukankah dia setitis mani yang ditumpahkan?
75:38. Kemudian dia setitik dadih darah, dan Dia menciptakan, dan Dia membentukkan,
75:39. Dan Dia membuatkan daripadanya dua jenis, lelaki dan perempuan.
Tiada keistimewaan antara lelaki dan perempuan. Mereka adalah sama iaitu hamba Allah yang punya tanggungjawab menyembah Allah Tuhan Sekalian Alam.
Terjemahan ayat (An Nisa': 34) yang anda bawa juga kurang tepat. Begitu juga penafsiran ayat tersebut jauh tersasar. Sila rujuk terjemahan berikut
Bacaan: 4:34. Lelaki-lelaki adalah pengurus-pengurus urusan perempuan, dengan sebab Allah melebihkan sebahagian mereka di atas sebahagian yang lain, dan kerana mereka menafkahkan daripada harta mereka. Maka wanita-wanita yang salih ialah yang patuh, yang menjaga yang rahsia kerana Allah menjaganya, dan mereka yang kamu takut akan menjadi derhaka, tegurkanlah mereka, dan asingkanlah mereka daripada tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Jika mereka kemudiannya mentaati kamu, maka janganlah mencari-cari sebarang jalan terhadap mereka; sesungguhnya Allah adalah Tinggi, Besar.
Y.Ali: Men are the protectors and maintainers of women, because Allah has given the one more (strength) than the other, and because they support them from their means. Therefore the righteous women are devoutly obedient, and guard in (the husband's) absence what Allah would have them guard. As to those women on whose part ye fear disloyalty and ill-conduct, admonish them (first), (Next), refuse to share their beds, (And last) beat them (lightly); but if they return to obedience, seek not against them Means (of annoyance): For Allah is Most High, great (above you all).
Pickthal: Men are in charge of women, because Allah hath made the one of them to excel the other, and because they spend of their property (for the support of women). So good women are the obedient, guarding in secret that which Allah hath guarded. As for those from whom ye fear rebellion, admonish them and banish them to beds apart, and scourge them. Then if they obey you, seek not a way against them. Lo! Allah is ever High, Exalted, Great.
Shakir: Men are the maintainers of women because Allah has made some of them to excel others and because they spend out of their property; the good women are therefore obedient, guarding the unseen as Allah has guarded; and (as to) those on whose part you fear desertion, admonish them, and leave them alone in the sleeping-places and beat them; then if they obey you, do not seek a way against them; surely Allah is High, Great.
Pendapat yang mengatakan lelaki adalah sebagai pemimpin wanita adalah kurang tepat. Lelaki adalah pengurus, penjaga, mencukupi keperluan dan pelindung wanita.
Ini bukan satu pilihan tapi tanggungjawab bagi kaum lelaki. Tanggungjawab wanita kepada lelaki ialah patuh iaitu mentaati dan tidak derhaka dan menjaga rahsia.
Pendapat bahawa wanita hanya duduk rumah dan jaga anak sahaja juga kurang tepat malah bercanggah dengan Alquran. Sila rujuk ayat berikut;
9:71. Dan orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, adalah wali-wali (sahabat-sahabat) satu sama lain;mereka menyuruh yang baik, dan melarang kemungkaran; mereka melakukan solat, dan memberikan zakat, dan mereka mentaati Allah dan rasul-Nya. Mereka itu, kepada mereka Allah mengasihani; sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.
16:97. Dan sesiapa yang membuat kerja kebaikan, lelaki atau perempuan, dan dia mukmin, sungguh Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan Kami akan membalas mereka dengan upah mereka mengikut yang paling baik daripada apa yang mereka telah buat.
27:23. Aku mendapati seorang perempuan memerintah mereka, dan dia diberi segala sesuatu, dan dia mempunyai singgahsana (arasy) yang besar.
28:23. Dan apabila dia sampai di perairan Madyan, dia mendapati satu umat manusia di sana yang memberi minum, dan dia mendapati, selain daripada mereka, dua orang perempuan sedang menahan ternak mereka. Berkata, "Apakah urusan kamu berdua?" Mereka berkata, "Kami tidak dapat memberi minum sehingga penggembala-penggembala menghalau, dan bapa kami telah lanjut usia tuanya."
33:35. Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim, dan lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh, dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar, dan lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar, dan lelaki yang merendah hati dan perempuan yang merendah hati, dan lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan perempuan yang menjaga, dan lelaki yang mengingat Allah dengan banyak dan perempuan yang mengingat - bagi mereka, Allah menyediakan keampunan dan upah
yang besar.
9:103. Ambillah daripada harta mereka sedekah untuk membersihkan mereka, dan untuk menyucikan mereka dengannya, dan rahmatilah mereka; salawat kamu adalah kerehatan bagi mereka; Allah Mendengar, Mengetahui.
33:58. Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, tanpa apa yang mereka mengusahakan, mereka memikul pengumpatan dan dosa yang nyata.
40:40. Sesiapa yang membuat kejahatan akan dibalas hanya dengan yang serupa dengannya, tetapi sesiapa membuat satu kerja kebaikan, lelaki atau perempuan, dan dia mukmin - mereka itu akan masuk ke Taman, di dalamnya diberi rezeki tanpa
perhitungan.
49:13. Wahai manusia, Kami mencipta kamu lelaki dan perempuan, dan membuat kamu berbangsa-bangsa, dan bersuku-suku, supaya kamu mengenali satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari.
57:18. Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah, dan orang-orang perempuan yang bersedekah, dan mereka meminjamkan kepada Allah satu pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan untuk mereka, dan bagi mereka upah yang mulia.
Sila bawakan dalil yang perempuan tak boleh jadi pemimpin.
Seorang pemimpin menyuruh kepada yang baik dan melarang kemungkaran.
Sila bawakan dalil perempuan tak boleh mencari rezeki dan berharta.
Perempuan yang berharta bersedekah dengan rezeki yang diterimanya.
Sila bawakan dalil yang perempuan tidak boleh dikenali dan berkomunikasi dengan masyarakat.
Perempuan mempunyai akal fikiran, kemahiran, kebolehan, imaginasi dan sebagainya sebagaimana dimiliki oleh lelaki. Justeru itu mereka juga berperanan besar dalam masyarakat dari segi kepimpinan, mencari nafkah bagi menunaikan perintah zakat, mendidik dan lain-lain lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sauber at 18-3-2005 02:21 PM:
Sila bawakan dalil yang perempuan tak boleh jadi pemimpin.
Seorang pemimpin menyuruh kepada yang baik dan melarang kemungkaran.
Sila bawakan dalil perempuan tak boleh mencari rezeki dan berharta.
Perempuan yang berharta bersedekah dengan rezeki yang diterimanya.
Sila bawakan dalil yang perempuan tidak boleh dikenali dan berkomunikasi dengan masyarakat.
Perempuan mempunyai akal fikiran, kemahiran, kebolehan, imaginasi dan sebagainya sebagaimana dimiliki oleh lelaki. Justeru itu mereka juga berperanan besar dalam masyarakat dari segi kepimpinan, mencari nafkah bagi menunaikan perintah zakat, mendidik dan lain-lain lagi..
Setuju pandangan saudara ini.
Kepada tatie saya nasihatkan supaya berhati-hati terhadap kaum lelaki terutama daripada kawan-kawan tatie sendiri yang berselindung di sebalik jubah dan sarban. Remember...they will always take advantage kononnya atas nama ugama. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by BikerLady at 18-3-2005 03:47 PM:
Setuju pandangan saudara ini.
Kepada tatie saya nasihatkan supaya berhati-hati terhadap kaum lelaki terutama daripada kawan-kawan tatie sendiri yang berselindung di sebalik jubah dan sarban. R ...
laaa...bila pulak ada kata perempuan tak boleh cari rezeki, tak boleh belajar tinggi, tak boleh berharta, tak boleh jadi pemimpin di kalangan perempuan dan sebagainya...
sabar..kakak-kakak semua...
belum habis lagi cerita kat sini....apapun terima kasih, sebb tetap berdiri teguh di sebalik kefemininan anda semua...
I AM PROUD TO BE A WOMAN....Terimakasih Tuhan... |
|
|
|
|
|
|
|
Baiklah kita pi tengok sat kenapa timbul persoalan-persoalan seperti yg diperkatakan oleh BikerLAdy dan Sauber itu...
Ini bertitik tolak dari 2 pandangan umum iaitu :
Yang pertama, oleh kerana cerita tentang peranan wanita dalam sejarah islam sedikit sangat, itupun berlaku waktu darurat, waktu perang atau waktu cemas. Seolah-olah kalau tidak ada waktu cemas, kaum WANITA tidak boleh berperanan.
Di samping itu, waktu zaman dulu, oleh kerana orang sangat takut dengan Tuhan, mereka menjadikannya alasan untuk tidak berperanan. Rasa takut bercampur dengan fakta sejarah menyebabkan mereka membuat satu keputusan atau satu konklusi bahawa kaum ibu tidak perlu ada peranan di
tengah masyarakat. Mereka lebih baik di rumah. Sejarah itu sudah didengar tetapi mungkin tidak tahu bagaimana hendak mengambil hikmah dari sejarah itu.
Akhirnya sampai sekarang ada golongan ulama yang tetap mempertahankan yang kaum ibu tidak boleh bergelanggang. Tidak boleh mencampuri hal masyarakat dan tidak boleh mencampuri hal negara. Banyak duduk rumah lebih baik. Tetapi golongan ini sudah tinggal sedikit. Siapa yang larat hendak berkurung di rumah atau hendak disimpan di rumah? Tidak ada siapa yang larat kerana zaman sudah terbuka. Jadi golongan ini sudah tinggal sedikit, hanya di hujung-hujung.
ITU PENDAPAT GOLONGAN PERTAMA...
KALAU TATIE PUN TAK LARAT JUGA...SEBAB CAM NER NAK BELAJR TINGGI, KALAU DOK KAT RUMAH AJE..LAIN LE ORG KAYA BOLEH CARI PENSYARAH PERIBADI...
[ Last edited by serihartatie on 18-3-2005 at 05:16 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
PENDAPAT GOLONGAN KEDUA PULA..
Golongan yang kedua memberi hujah juga dengan merujuk kepada fakta sejarah islam silam juga.. Oleh kerana ada peranan kaum ibu di zaman Rasulullah, maka sebab itu kaum ibu di zaman ini mesti berperanan di tengah masyarakat.
Berperanan untuk ikut membangunkan negara, memajukan masyarakat dan membangunkan ummah.
Di sini boleh dilihat, fakta sejarah yang sama tetapi hasilnya tidak sama. Itu belum lagi dari Quran dan Hadis. Baru dari cerita sejarah. Walaupun itu termasuk dalam hadis juga, tetapi banyak bercorak sejarah.
Kalaulah ayat Quran itu betul-betul Al Quran dan Hadis itu betul-betul Hadis, lagi susah hendak diambil intipatinya. Malah hendak diamalkan juga susah padahal ada nas dan ada fakta. Hendak dijadikan tindakan sangat susah. Kerana ia tidak bersifat hukum, halal atau haram dan Qat抜 (yang putus dan yang jelas serta yang tidak boleh dipertikaikan lagi).
Jadi kalau begitu, kita orang umum ini, hanya terpaksa mengikut salah satu daripada pendapat tersebut. Bagaimana? Hendak ikut pendapat pertama atau yang kedua?
NAMPAKNYA PENDAPAT KEDUA LEBIH RELEVAN DGN SITUASI SEMASA BETUL TAK?.. |
|
|
|
|
|
|
|
MARI KITA PK SAMA-SAMA...
Bila kita mengkaji, kita akan dapati golongan kedua sebenarnya mengambil kesempatan kerana adanya fakta sejarah ini. Kaum ibu itu boleh mencampuri hal negara dan masyarakat.
Maka golongan kedua ini mengambil kesempatan. Lebih-lebih lagi mereka mengambil kesempatan itu di waktu dunia sudah terbuka, maju dan bertamadun. Dengan alasan umat Islam perlu maju. Kalau tenaga lelaki tidak cukup mesti dicampurkan dengan wanita. Alasannya kuat.
Tetapi malangnya apabila ia bercampur nafsu dan fitrah semulajadi yang memang hendak maju. Kalau tidak membahasnya secara halus, kita pun boleh menerima.
Maka akhirnya, digalakkanlah kaum ibu ikut membangun, maju tanpa mengikut halal atau haram. Yang fitrah mengatakan bahawa mentang-mentanglah kemajuan itu sesuai dengan nafsu, maka dia pun terus membangun tanpa memikirkan apa syarat rukun sah batal dan haramnya. Mereka fikir kerana ada alasan, bertindaklah. Kerana ada untung, soal disiplin yang Islam tetapkan, mereka buat tidak tahu saja. Tentang syarat rukun buat-buat tidak tahu. Inilah golongan kedua.
JADI BERSETUJUKAH KITA KALAU MAHU MAJU WANITA HARUS MEMBANGUN DAN MENGENEPIKAN HUKUM HALAL DAN HARAM ASAL SESUAI DENGAN LOGIK DAN RASIONAL AKAL SEMATA-MATA AJE?...
cONTOHNYA, PI TENGOK SARANAN SISTER IN ISLAM TU ATAU SARANAN WOMEN LIBS YG MENUNTUT KESAMARATAAN HAK DGN LELAKI... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 2005-3-18 17:02:
laaa...bila pulak ada kata perempuan tak boleh cari rezeki, tak boleh belajar tinggi, tak boleh berharta, tak boleh jadi pemimpin di kalangan perempuan dan sebagainya...
sabar..kakak-kakak ...
abih lah dik yatie, itu golongan anti serban janggut sudah masuk. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 18-3-2005 09:27 PM:
abih lah dik yatie, itu golongan anti serban janggut sudah masuk.
Apa MAKNA kalau anti serban janggut tu ?...
Serban dan Janggut tu termasuk sunnah rasulullah SAW.
Apakah maksudnya Anti Rasulullah ke ?...
Sekadar bertanya berdasarkan logik akal sahaja.
Sebab bila anti Sunnah (serban dan janggut) secara tidak langsung mengikut logiknya membawa maksud anti Rasulullah SAW lah... |
|
|
|
|
|
|
|
SAMBUNGAN....
Ada golongan menengah iaitu golongan ketiga. Hujah ini boleh kita terima. Selain ada fakta sejarahnya, ia berlaku di zaman Rasulullah. Sesuai pula dengan fitrah maka kita boleh terima. Tetapi kita mesti terima ini, bahawa benar kita ikut bersama dan maju tetapi biarlah bersama disiplin Islam, maju bersama takutkan Tuhan, maju atas dasar cintakan Allah. Jadi kalau begitu setelah dibahas-bahas, lahirlah golongan ketiga.
Inilah yang sebenarnya iaitu golongan pertengahan.
Kenapa? Kalau kita hendak menerima hujah golongan yang pertama, atas alasan aktiviti kaum wanita tidak banyak di zaman Rasulullah. Malah, tiga kisah itupun hanya berlaku di waktu darurat. Kalaupun ada para sahabat bertanya kepada Saiyidatina Aisyah tentang hadis-hadis, itu bukanlah sesuatu yang dirancang.
Hanya sekali-sekala secara kebetulan. Gambarannya, seolah-olah sahabat datang ke rumah Rasulullah. Kebetulan Rasulullah tidak ada, jadi para sahabat
bersembang-sembang dan bertanya-tanya dengan isteri Rasulullah tentang hadis-hadis. Bukannya diatur begitu rasmi. Jadi, nampaknya macam kuat juga hujah untuk tidak membenarkan wanita keluar rumah.
Yang kedua pun kita tidak boleh terima kerana itu hanya dibiarkan terus, tanpa fikirkan Tuhan dan halal haram. Yang penting maju dan membangun.
Hujah tentang mengapa di zaman Rasulullah tidak banyak aktiviti wanita dan nampak seperti kaum wanita tidak berperanan adalah kerana waktu itu, bidang-bidang kemajuan kepada umat Islam sangat terbatas. Oleh kerana terbatas, tenaga lelaki pun berlebihan jadi buat apa hendak mengambil kaum ibu? Sebab itu nampaknya kaum ibu duduk di rumah, pasif dan tidak ada kerja. Sebab bidangnya tidak ada. Masa itu tidak ada kementerian.
Sedangkan kalau ada satu kementerian pun, sudah berapa ramai orang diperlukan. Tetapi waktu itu tidak ada jabatan dan tidak ada sekolah rasmi. Siapayang mempunyai anak, mak dan ayah akan mengajar anak sendiri di rumah. Sekolah rasmi tidak ada. Anak-anak bersekolah di rumah sendiri. Ini hujah mengikut fakta sejarah.
BERSAMBUNG
[ Last edited by serihartatie on 19-3-2005 at 11:24 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 19-3-2005 11:08 PM:
SAMBUNGAN....
Ada golongan menengah iaitu golongan ketiga. Hujah ini boleh kita terima. Selain ada fakta sejarahnya, ia berlaku di zaman Rasulullah. Sesuai pula dengan fitrah maka ...
Yang tulis ni wanita ker atau lelaki bagi pihak wanita atau lelaki sendiri atau abuya?:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 20-3-2005 12:39 PM:
Yang tulis ni wanita ker atau lelaki bagi pihak wanita atau lelaki sendiri atau abuya?:hmm:
Yang post ni memang perempuan tulen 100 %.....
naper tak percaye?..![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 20-3-2005 01:21 PM:
Yang post ni memang perempuan tulen 100 %.....
naper tak percaye?..
Yang nak dipersoalkan ialah isi tulisan dan bukan nak tahu siapa yang buat posting. Nak tanya sekali lagi cut&paste ker atau penulisan sendiri? Kalau cut&paste siapa penulis sebenarnya? Lelakikah ataupun perempuan atau lelaki mewakili perempuan?
Sekadar nak memperingati bahawa ciri-ciri orang munafik ialah apabila ia bercakap ia berbohong. Ingatkan saja. |
|
|
|
|
|
|
| |
|