View: 7556|Reply: 26
|
Dengar azan dalam hutan
[Copy link]
|
|
HARIAN METRO
Selasa, 14 November 2006
KAJANG: Tiga gadis yang sesat 20 jam dalam hutan tebal berhampiran Hulu Langat, petang kelmarin, mendakwa mengalami pengalaman pelik apabila terdengar laungan azan berkumandang dari dalam hutan belantara itu.
Mangsa, Deti Java, 25, berkata suara azan itu dapat didengarnya dengan jelas ketika dia dan dua rakan dalam ketakutan selepas keadaan sekeliling gelap gelita.
Menurutnya, suara azan itu didengar sekitar jam 8 malam, namun mereka gagal mengesan dari mana arahnya.
?ami yang tidak membawa sebarang kelengkapan asas dan makanan hanya mampu menghantar SMS untuk memberitahu pasukan penyelamat,? katanya ketika ditemui di sebuah warung di Taman Saga, Ampang, di sini, selepas diselamatkan, pagi semalam.
Menurutnya, sepanjang berada dalam hutan, dia dan rakannya tidak dapat melelapkan mata kerana bimbang ancaman binatang buas selain kesejukan.
?amun kami sekali lagi terdengar bunyi azan Subuh sekitar jam 6 pagi semalam sebelum mengambil keputusan untuk mencari jalan keluar selepas matahari naik,? katanya.
Menurutnya, berpandukan helikopter penyelamat yang berlegar di udara, mereka nekad meredah hutan hampir lima kilometer bagi mencari jalan keluar.
Dia yang tersesat dalam hutan bersama dua rakan bagaimanapun gembira apabila usaha mereka berhasil apabila menemui jalan keluar berhampiran Taman Saga, Ampang sekitar jam 11.20 pagi semalam.
Deti bersama Lim Kooi Gaaik, 38, serta Wong Siau Wee, 25, kemudian menemui penduduk di situ dan bertanyakan lokasi taman berkenaan.
?aya kemudian menghubungi teman lelaki saya untuk memaklumkan lokasi terbabit sebelum kami minum dan makan di warung berhampiran,? katanya.
Kelmarin, tiga wanita termasuk seorang pengurus tersesat di Hutan Simpan Taman Wangsa, Hulu Langat selepas gagal menemui jalan keluar ketika menjalankan tinjauan bagi program perkhemahan yang akan diadakan syarikat mereka tidak lama lagi.
Mereka yang tidak membawa bekalan makanan kecuali telefon bimbit memulakan perjalanan kira-kira jam 6 pagi, dilaporkan hilang pada 3 petang.
Serentak itu pasukan penyelamat yang dianggotai kira-kira 130 anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), bomba, Smart, Rela dan Pasukan Gerakan Am (PGA) ditubuhkan bagi mencari mangsa.
?epanjang bermalam di hutan berkenaan, saya terus berhubung dengan teman lelaki menerusi SMS dan memberitahu kedudukan kami sehingga jam 3 pagi.
?am 7 pagi kami berjalan dan empat jam kemudian kami akhirnya menemui jalan keluar. Dengan bantuan orang ramai saya menghubungi teman lelaki dan memberitahu kami selamat. Kami kemudian ke warung berdekatan bagi menikmati sarapan pagi selepas tidak menjamah sebarang makanan dan minuman semalaman,? katanya.
Selepas diberi bantuan perubatan oleh petugas JPA3, ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagi mendapatkan rawatan lanjut. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
3 mangsa - 1 india 2 chinese.... |
|
|
|
|
|
|
|
azan dari masjid jin tu... (azan isya') |
|
|
|
|
|
|
|
kemungkinan azan dilaungkan oleh pasukan pencari? |
|
|
|
|
|
|
|
@ azan dari perkampungan bunian dalam hutan belantara tuuu....Misteri Nusantara.... |
|
|
|
|
|
|
|
ala.. kalo malam mmg jarak pendengaran bleh pegi jauh.. takde la pelik sangat citer ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku mula mula baca tu...rasa pelik gaks..
part last tu yang paling best..
berenti makan kat warung lepas keluar dari utan...sebab lapar.....
kesiaaannnnn + nak gelak (lepak kat warung)...
paiseh... |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik sesat kat negara yang dibenar kan azan...cuba bayang kan kalau azan tak dibenarkan.....semoga terbuka hati diorang ... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalian jangan terlalu mudah sangat membuat konklusi. Hutan di hulu Langat tu bukanlah hutan tebal bener sehingga termasuk dalam hutan yang dikenali sebagai hutan primer. Ia cuma hutan sekunder yang di kelilingi oleh petempatan-petempatan awam termasuk petempatan pendatang warga asing.
Kalian juga mungkin enggak pernah masuki hutan kerana jika kalian pernah tentunya tidak tertanya-tanya tentang suara-suara dalam hutan. Buat umum kalian, di dalam hutan bunyi suara boleh jelas kedengaran berkilometer-kilometer terutama jika malam-malam sunyi. Jika hutan di Hulu Langat maka tiada mustahil suara azan dari pensantren,surau dan masjid di sekelilingnya mudah kedengaran. Waduh...jangan mudah sangat berprasangka binatang-binatang yang melaungkan azan tersebut.
Satu hal lagi yang gue tertarik ialah di dalam hutan juga masih bisa ber SMS. Memang maju bener negara Malaysia ini kan Pak? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 15-11-2006 09:43 AM
Kalian jangan terlalu mudah sangat membuat konklusi. Hutan di hulu Langat tu bukanlah hutan tebal bener sehingga termasuk dalam hutan yang dikenali sebagai hutan primer. Ia cuma hutan sekunder yang ...
idok la teman tau...ciss...tertipu temannn.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 15-11-2006 09:43 AM
Kalian jangan terlalu mudah sangat membuat konklusi. Hutan di hulu Langat tu bukanlah hutan tebal bener sehingga termasuk dalam hutan yang dikenali sebagai hutan primer. Ia cuma hutan sekunder yang ...
Jika hutan sekunder sekali pun , mereka tidak dapat mencari punca arah azan tu. Bukan seorang tetapi bertiga. Jika benar dari mkampung berhampiran. Sudah tentu dipastikan kedudukan kiri dan kanannya.
Tetapi yang jelas ketiga2 mereka tidak pasti. Mungkin Allah nak beri taufik dan hidayah pada mereka. Dan mungkin selepas peristiwa tersebut akan menjadikan mereka kreatif mencari kebenaran dalam Islam?
:pray: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hari2mau at 16-11-2006 09:30 AM
Jika hutan sekunder sekali pun , mereka tidak dapat mencari punca arah azan tu. Bukan seorang tetapi bertiga. Jika benar dari mkampung berhampiran. Sudah tentu dipastikan kedudukan kiri dan kan ...
tak betul. keadaan dia dalam hutan memang amat sukar untuk mencari arah perpandukan suara azan. aku pasti suara azan tersebut berpunca dari masjid berhampiran. bukan bunian@makhluk halus@binatang@pasukan penyelamat?
mereka yg sesat dalam hutan biasanya akan berkeadaan panik. jadi akan lebih cacamarba la jadiknye.
sesapa yg tersesat tanpa apa² peralatan di tangan, ikutlah laluan anak sungai.... biasa akan jumpa denai ke luar.... |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kalau dah jalan 5km baru keluar dari hutan jauh tu. Camana azam bleh dgr jauh cam tuh dan dlm hutan acoustic restriction byk sebabkan pokok2. ...Wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
kalau boleh sms,maknanyer dekat dgn kawasan penempatanlah tu, line mana tu?012 ker,016 ker 019?
Boleh buat iklan nih, heheheheh |
|
|
|
|
|
|
|
salam
kekadang teringat
kata seorang hamba ALLAH tuuuu
katanya : aku dengar AZAN tak kira dimana aku berada
dan tak pernah sesaat pun tanpanya..................
betoi ka lagu tuuuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
itulah harian metro... suka sangat highlight benda2 camni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sedondon at 18-11-2006 12:13 PM
kalau boleh sms,maknanyer dekat dgn kawasan penempatanlah tu, line mana tu?012 ker,016 ker 019?
Boleh buat iklan nih, heheheheh
Kui kui kui.......TIDAK SEMESTI nya, sedondon
Teman masuk utan belantara.........pun dapat TEPON dan SMS.
Sebelum tu............line pun tarak.
Komer kena ler belajor INOSPERIC LAYER terlebey dahulu.
Malam camana.....siang camana.
Tanah datar camana...........bukit bukau camana plak PANTOLAN FREQUENCY nya.
Apa itu LOS (Line-Of-Sight)
Sila rujuk di bawah tajuk PROPAGATION.
TAPI camana yer.......mengikut sulat kabar perdana Ahad lepaih, ada sowang tu yg KOMA tapi terdengar sora yg mengatakan....bla bla bla.
Bbrp bulan lepaih tu...........dier pun memeluk Agama Islam!!
Kot kot ada oghang dok berbisik kat tinger dier kot semasa dier KOMA?? :hmm:
Amcm??
Saper nak terangkan pada teman dgn memakai logik akal nya spt azan di dalam hutan kerana dekat dgn penempatan or di waktu malam? |
|
|
|
|
|
|
|
Abis tu mcm mana dia boleh sms atau call kalau masih berada diluar liputan? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sedondon at 21-11-2006 09:36 AM
Abis tu mcm mana dia boleh sms atau call kalau masih berada diluar liputan?
Nie SAHIH lum pi tengok website PROPAGATION . sedondon |
|
|
|
|
|
|
|
Alah ....ko terangkan jelah secara ringkas disini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|