CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 124260|Reply: 460

Sejauh Mana Al Quran Perlu Ditafsir Menggunakan Akal

[Copy link]
Post time 3-11-2006 04:03 PM | Show all posts |Read mode
Salam,

Tgh dpt idea ni... sekarang agak sebuk so I buka thread dulu.... nanti lupa lak.

So sesiapa ada pandangan sila kemukakan utk perbincangan bersama.

Ada masa nanti I kasi pandangan lagi

Thanks n take care
Single Polls, Total 23 Users voted
75.86% (22)
13.79% (4)
0.00% (0)
6.90% (2)
0.00% (0)
3.45% (1)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2006 04:42 PM | Show all posts
Al-Quran telah pun ditafsirkan dengan sempurna dan lengkap oleh para Immah yang dilantik. Itulah antara tugas dan tanggungjawab mereka agar melindungi kitab suci tersebut daripada diselewengkan daripada pengertian sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 08:34 PM | Show all posts
ada saya, ulama yg muktabar lah yg layak menafsir dan mengistinbadkan apa yg ada dlm Quran. Ulama adalah pewaris nabi, pembawa agama. mereka menafsir berpandukan syariat, dan bukan kerana nafsu...... Malah sesiapa yg ingin menafsir quran bukan setakat pandai dalam bahasa arab. syarat yg layak menafsir quran hendaklah ia memiliki ilmu2 yg berkaitan seperti Balaghah, nusus, mantik, nahu, saraf, asbabunnuzun, fiqah, tauhid, hadis, dan juga tahu selok belok 4 mazhab ahli sunnah waljamaah..... kerana setiap ilmu yg disebutkan tadi saling berkait rapat apabila kita menafsir atau mengistinbatkan hukum yg ada dlm quran.......... berbanding dengan muslimin muslimagt atau orang kebanyakan yg hanya tahu bahasa arab dan serba sedikit selok belok ilmu. Kerana nafsu itu tidak kenal sesiapa. dikhuatiri akan menyebabkan kita menafsir mengikut kehendak kita sendiri dan di jadikan nas atau dalil dalam kita berhujjah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

jubahkuhitam This user has been deleted
Post time 3-11-2006 08:39 PM | Show all posts
salam...quran adalah satu qalam dari ALLAH yg maha tinggi yg diturunkan pada manusia melalui perantaraan rasul yg mulia.suci dan sempurna sebagai utusanNya.nabi muhammad saw yg sempurna akan sifat dari segala segi zahir maupun batin dan dari segi akal nahupun nafsu  ditugaskan utk menyampai,menterjemah dan menafsirkan pada ummatnya.'tiada ia berkata menurut hawa nafsu nya. dan beliau adalah suri teladan yg baik'.keseluruhan isi quran telah ditafsirkan dgn baik oleh rasul baik ayat mukammat atau mutasyabihat-'tiada yg ketahui tafsirnya kecuali Allah ,rasul dan uil amri antara kamu'.selepas ketiadaan rasul,tugas tersebut terletak kpd manusia yg paling alim antara ummat iaitu ahlul bait beliau.kita sbagai ummat tidak mempunyai autoriti utk menafsir mengkaji tanpa merujuk  kpd mereka kerana mereka adalah yg paling alim dan terpilih.posisi rasulullah dan ahlul bait nye ibarat  berada di tengah2.sesiapa yg tertinggal harus pergi mendapatkan nya manakala sesiapa yg terkedepan harus kembali pada mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 11:11 PM | Show all posts
SALAMUN ALAIKUM semua.......................

Apakah medium yang digunakan oleh mereka yang terdahulu sekiranya aqal bukanlah faktornya?:hmm:

Sedangkan banyak firman-firman ALLAH suruh hambaNya gunakan aqal untuk berfikir............Maka tidakkah kamu memikirkannya?

Sebagai contoh:

ada 25 hasil pencarian yang menyentuh mengenai akal
ada 24 hasil pencarian menyentuh mengenai berakal
ada 10 hasil pencarian mengenai fikir
ada 28 hasil pencarian mengenai berfikir
ada 3 hasil pencarian mengenai fikirkan................
(ini baru sebahagian yang saya rujuk dari link ini
:http://dictionary.al-islam.com/e ... I=3315&IF=Quran
Lihat berapa banyak ayat-ayat yang berkahir dengan

Afala Taq khiluun............
Maka tidakkah kamu mahu berfikir?


Mungkin ayat ini boleh kita 'digest'..........Nak guna apapun boleh


Faatir....
[37]
Dan mereka menjerit-jerit di dalam Neraka itu: Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami; kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul yang memberi amaran oleh itu, rasalah, kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan.

Apakah suruhan ALLAH itu hanya valid untuk orang-orang terdahulu sahaja?  Orang sekaran ni tak layak langsungkah?
komposisi otak mereka yang terdahulu tu lainkah dari komposisi otak orang sekarang ini sehingga begitu sekali ianya menjadi taboo?  Marilah kita..........hmm.......ahh........eehhh.....hmfhmfhmf.......lihat sajalah..........
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 11:12 PM | Show all posts
SALAMUN ALAIKUM semua.......................

Apakah medium yang digunakan oleh mereka yang terdahulu sekiranya aqal bukanlah faktornya?:hmm:

Sedangkan banyak firman-firman ALLAH suruh hambaNya gunakan aqal untuk berfikir............Maka tidakkah kamu memikirkannya?

Sebagai contoh:

ada 25 hasil pencarian yang menyentuh mengenai akal
ada 24 hasil pencarian menyentuh mengenai berakal
ada 10 hasil pencarian mengenai fikir
ada 28 hasil pencarian mengenai berfikir
ada 3 hasil pencarian mengenai fikirkan................
(ini baru sebahagian yang saya rujuk dari link ini
:http://dictionary.al-islam.com/e ... I=3315&IF=Quran
Lihat berapa banyak ayat-ayat yang berkahir dengan

Afala Taq khiluun............
Maka tidakkah kamu mahu berfikir?


Mungkin ayat ini boleh kita 'digest'..........Nak guna apapun boleh


Faatir....
[37]
Dan mereka menjerit-jerit di dalam Neraka itu: Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami; kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul yang memberi amaran oleh itu, rasalah, kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan.

Apakah suruhan ALLAH itu hanya valid untuk orang-orang terdahulu sahaja?  Orang sekaran ni tak layak langsungkah?
komposisi otak mereka yang terdahulu tu lainkah dari komposisi otak orang sekarang ini sehingga begitu sekali ianya menjadi taboo?  Marilah kita..........hmm.......ahh........eehhh.....hmfhmfhmf.......lihat sajalah..........

ma'af terhantar 2x, firefox tembak ie..............

[ Last edited by  ayyohpeen at 3-11-2006 11:14 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
syifa This user has been deleted
Post time 4-11-2006 01:50 PM | Show all posts
Salam

7:204 - Dan apabila dibacakan Al Qur'an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.

3:190-191-
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal
(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.

7:179 - Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.


Sesungguhnya maknanya telah jelas, tapi kebanyakan org sekadar meletakkan AQ ditempat yg terlalu tinggi, suci, sampai nk pegang pun takut, so macammana nk dapat rahmat?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2006 11:30 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 3-11-2006 04:03 PM
Salam,

Tgh dpt idea ni... sekarang agak sebuk so I buka thread dulu.... nanti lupa lak.

So sesiapa ada pandangan sila kemukakan utk perbincangan bersama.

Ada masa nanti I kasi pandangan la ...



Salam untuk fluersza dan semua..........................
Sebagai penyambung perbincangan, Mohon ma'af jika post saya yang ke#5,6 terlalu sinis bunyinya, Semuga ALLAH mengampunkan keterlanjuran saya.  Jadi kembali kepada persoalan, pada anda pula sejauh mana perlu kita menggunakan aqal untk MEMAHAMI Al-Quraan dahulu, kerana inilah the very first step yang kita perlu ambil and for another round maybe we can upgrade to another stage with a same question as per topic.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2006 12:11 PM | Show all posts
Salam fleurzsa dan semua;

Persoalan yang dikemukan iaitu "Sejauh Mana Al Quran Perlu Ditafsir Menggunakan Akal?" sebenarnya telah terjawab dari dari mula Al-Quran diturunkan. Malah penggunaan akal untuk mentafsirkan perintah atau larangan Allah atau beragama telah berlaku sejak manusia pertama diciptakan.

Pada hari ini semua manusia yang mencari jalan Allah dan mengaku diri mereka Islam sememangnya menggunakan akal untuk mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran. Ada yang melakukannya secara langsung dan ada yang secara tidak langsung. Yang melakukannya secara langsung, mentafsirkan ayat-ayat Allah dengan menggunakan keupayaan ilmu dan akal mereka sendiri. Manakala mereka yang mentafsir secara tidak langsung, sebenarnya menggunakan akal mereka untuk menilai tafsiran yang dibuat oleh manusia lain yang dianggap sebagai tokoh-tokoh ilmuan agama atau ulama-ulama.

Secara keseluruhannya, hanya manusia yang berakal dan menggunakannya sahaja yang beragama. Sejauh mana akal perlu digunakan untuk mentafsirkan Al-Quran pula bergantung kepada matlamat masing-masing. Ada yang mengambil ayat-ayat Allah menurut lafaznya dan ada pula yang mengambil ayat yang sama secara simbolik. Ada yang mengambil untuk beramal dan ada pula yang menggunakan untuk berhujah. Ada yang mentafsirkan ayat-ayat Allah untuk beriman kepadaNya dan ada juga yang memperolok-olokannya. Hanya Allah sahaja yang mengetahui siapa yang lebih benar dan mendapat petunjuk dari Al-QuranNya.

Sekianlah dulu. Insyaallah, semoga bertemu lagi.

Salam.


[ Last edited by  damat at 5-11-2006 12:15 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2006 10:15 PM | Show all posts
Originally posted by damat at 5-11-2006 12:11 PM
Salam fleurzsa dan semua;

Persoalan yang dikemukan iaitu "Sejauh Mana Al Quran Perlu Ditafsir Menggunakan Akal?" sebenarnya telah terjawab dari dari mula Al-Quran diturunkan. Malah pen ...


Salam untuk damat dan lain-lain............

Melihat dari bentangan anda terasa begitu segar dan tidak stereotype, namun

Secara keseluruhannya, hanya manusia yang berakal dan menggunakannya sahaja yang beragama.


diatas saya percaya akan mengundang satu perlebaran pandangan dari forumners yang lain, saya percaya kenyataan ini akan dilihat dari pelbagai perspektif...........kita tunggu dan lihat........
Allahu A'laam.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2006 05:29 PM | Show all posts
salam

adakah salah atau berdosa
seseorang MENAFSIRKAN AYAT TUHAN
untuk kegunaan sendiri/AMALAN SENDIRI????

dan adakah TEPAT SEKALI sebarang TAFSIRAN dari
SATU MAKHLUK YANG DICIPTAKAN bahkan
DITURUNKAN KALAM YANG MAHA SUCI sebagai PEDOMAN????

dan adakah boleh kita bincang sikit.....sikitt.......sikit......
bab niiiiiiii
kalau salah tu
tak maulah saya,   nanti kena pelengkung!!!!!!!

pertanyaan dan pertanyaan kpd sesiapa yg sudi menjawab
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2006 08:43 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 6-11-2006 05:29 PM
salam

adakah salah atau berdosa
seseorang MENAFSIRKAN AYAT TUHAN
untuk kegunaan sendiri/AMALAN SENDIRI????

dan adakah TEPAT SEKALI sebarang TAFSIRAN dari
SATU MAKHLUK YANG DICIPTAKAN bahka ...


Salam OB, salah atau  berdosa hanya ALLAH yang menentukan: itu Hak progrativeNya.

Al-Quraan untuk semua - BETUL
Terjemahan untuk memahami Al-Quraan - PERLU dan PENTING
seseorang MENAFSIRKAN AYAT TUHAN untuk kegunaan sendiri/AMALAN SENDIRI???? - Hak individu, SO TAK PAYAH PUBLISHED, bila published ia jadi public view dan mengundang public opinion

Sebarang Tafsiran - menunjukkan banyak, jadi banyaklah pendapat
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2006 09:30 PM | Show all posts
Salam ayyohpeen, orangbesi dan semua,

Originally posted by ayyohpeen

.......... akan mengundang satu perlebaran pandangan dari forumners yang lain, saya percaya kenyataan ini akan dilihat dari pelbagai perspektif...........kita tunggu dan lihat........
Allahu A'laam.

Harap-harap begitulah. Insyaallah.

Originally posted by orangbesi

adakah salah atau berdosa
seseorang MENAFSIRKAN AYAT TUHAN
untuk kegunaan sendiri/AMALAN SENDIRI????

Terpulang kepada sejauhmana keikhlasan seseorang itu. Hanya dia dan Allah mengetahui. Berdosa adalah apabila seseorang itu menghalang manusia dari mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran untuk dijadikan amalan. Hanya dia dan Allah jugalah yang mengetahui.

Originally posted by orangbesi

dan adakah TEPAT SEKALI sebarang TAFSIRAN dari
SATU MAKHLUK YANG DICIPTAKAN bahkan
DITURUNKAN KALAM YANG MAHA SUCI sebagai PEDOMAN????

Insyaallah, tafsiran seseorang yang ikhlas mencari jalan Allah adalah tepat untuk dirinya.
Soalan: Kalau begitu, banyaklah nantinya tafsiran-tafsiran Al-Quran?
Jawapan: Sekiranya laut adalah dakwat untuk Kata-Kata Yang Pemurah, tentulah laut itu habis sebelum Kata-Kata Yang Pemurah habis, walaupun Yang Pemurah mendatangkan pengisian semula yang serupa dengan itu.

Sekianlah dulu. Insyaallah, semoga bertemu lagi.

Salam.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 11:07 AM | Show all posts
salam

terima kasih kerana sudi menjawab
tak lah BERPELUH SAYA
mana tau nanti ada yg kata saya SESAT SESESAT SESATNYA!!!!!
dan mana tahu ada saudara yg lain lagi yg sudi memberi PANDANGAN
atau LARANGAN
dan HANYA KITA MOHON KEBAIKAN DIATAS MUKA BUMI INI
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 09:24 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 7-11-2006 11:07 AM
salam

terima kasih kerana sudi menjawab
tak lah BERPELUH SAYA
mana tau nanti ada yg kata saya SESAT SESESAT SESATNYA!!!!!
dan mana tahu ada saudara yg lain lagi yg sudi memberi PANDANGAN
at ...



Salam untuk OB dan semua..............

Biar berpeluh kerana orang kata kita SESAT!!!!!!
BAGAIMANA PULA NANTI DIHADAPAN ALLAH KITA ADALAH DIPIHAK YANG BETUL????

ALLAHU A'LAAM





[size=-4]APA DITAKUT MURKA MANUSIA BERBANDING MURKA ALLAH?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2006 10:44 AM | Show all posts
salam

bukan BERPELUH kerana diKATAKAN SESAT
tapi PALING TAKUT kalau MENYESATKAN MAKHLUK YANG LAIN
sungguh TAKUT di HADAPANNYA NANTI

teringat PESAN NABI:
MAKIN BANYAK PENGIKUTNYA MAKIN BANYAK SYAITANNYA?????dan
SESUNGGUHNYA BERBICARA ITU SIHIR(yakni utk mencari pengaruh)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2006 10:47 AM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 6-11-2006 08:43 PM

Al-Quraan untuk semua - BETUL
Terjemahan untuk memahami Al-Quraan - PERLU dan PENTING
seseorang MENAFSIRKAN AYAT TUHAN untuk kegunaan sendiri/AMALAN SENDIRI???? - Hak individu, SO TAK PAYAH PUBLISHED, bila published ia jadi public view dan mengundang public opinion

Sebarang Tafsiran - menunjukkan banyak, jadi banyaklah pendapat  


Apakah anda bermaksudkan bahawa sesiapa saja tidak kira orang yang berilmu ataupun tidak, orang yang rendah IQnya ataupun kurang siuman bebas melakukan tafsir sendiri?? Adakah tidak salah lah jika ada hukum-hukum yang berkaitan dengan kemasyarakatan maka setiap individu tersebut berhak memilih jalannya sendiri berdasarkan tafsirannya sendiri terhadap ayat-ayat al-quran???

[ Last edited by  Gravedigger at 8-11-2006 10:49 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2006 12:15 AM | Show all posts
Salam semua,

Seseorang yang mendekati Al-Quran dengan niat ikhlas sebenarnya telah dibekalkan oleh Allah ilmu yang mencukupi untuk memulakan proses memikirkan, merenungkan dan mengamalkan Al-Quran.

Pendidikan asas, pengalaman hidup, kematangan berfikir, keupayaan untuk menilai pandangan manusia lain dan memproses maklumat-maklumat dari pelbagai sumber adalah perkara-perkara yang membolehkan seseorang mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran sesuai dengan tahap pemikiran yang dibekalkan kepadanya untuk dia beramal. Dari masa ke semasa, insyaallah, akan dipertingkatkan tahap pemikirannya untuk mentafsir dan menerima ayat-ayat yang lebih berat yang terdapat dalam Al-Quran. Insyaallah, seseorang yang terus beramal dengan konsisten dan sabar akan dapat mempertingkatkan kualiti imannya dan mampu melihat Al-Quran dari perspektif yang berbeza dan lebih luas.

Yang penting sekali adalah untuk seseorang itu memberi peluang kepada dirinya untuk melakukan tafsiran kepada ayat-ayat Allah. Selebihnya, hendaklah dia bertawakal kepada Allah dan berdoa memohon untuk diberikan petunjuk dan hidayah. Insyaallah, Allah tidak akan mempersiakan usaha dan doa manusia yang ikhlas mahu kembali kepadaNya.

Jika seseorang itu tetap tidak mahu mengubah cara pendekatannya kepada Al-Quran, Allah juga tidak akan mengubah untuknya. Jika dia tidak mahu menyakini kemampuannya untuk mentafsir Al-Quran dan beramal dengannya, Allah tidak akan mengubahnya juga. - tafsiran ayat 8:53 dan 13:11. Jika tafsiran ini salah mohon diperbetulkan.

Sekianlah dulu. Insyaallah, semoga bertemu lagi.

Salam.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2006 12:43 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 8-11-2006 10:47 AM


Apakah anda bermaksudkan bahawa sesiapa saja tidak kira orang yang berilmu ataupun tidak, orang yang rendah IQnya ataupun kurang siuman bebas melakukan tafsir sendiri?? Adakah tidak salah lah j ...


Bukan saya yang kata, saya hanya memberi respon kepada saudara OB, tetapi saya akan cuba menjawab sekadar termampu.  Namun jika orang yang rendah IQnya itu rendah yang bagaimana? Mental retarded(Downsindrom  @ Mongoloid?) dan kalau tidak berilmu, tidakkah kita disuruh mencari ilmu? Ilmu bukannya datang bergolek, kita kena usaha mencari.  U as a Graphic  Designer cum Engineer? MasyaALLAH sungguh bernasib baik kerana anda, ilmu yang pada pendapat saya cukup sophiscated n demanding.  OK, if u can return to the past and take a Islamic Study as your major, now at least who are you?  Oklah, since we still alive Ynot we take a rest of this temporary life period to learn deeply about ISLAM directly from Al-Quran!!! Is it possible? Dari kita duduk merintih kenapalah aku tak belajar bidang ini dahulu. Saya tidak mahu merendah-rendahkan potensi aqal saya tambah-tambah dalam memahami ilmu ALLAH dari dalam Al-Quran selagi saya masih bernyawa, kerana dahulu saya tidak mengambil kesempatan ini, maka apakah sekarang patut saya biarkan?  Tepuk dada tanya selera!!!!

Dan apakah orang kurang siuman itu bertanggungjawab terhadap perbuatannya?  Dia bukan sahaja bebas menyatakan pendiriannya, malah dia bebas melakukan apa sahaja yang orang siuman tak patut melakukan.  Saya tidak hendak mengganggu orang kurang siuman, biarlah mereka, tetapi dari segi kebajikan mereka(orang kurang siuman dan mental retarded) kitalah yang bertanggungjawab!!!

Adakah tidak salah lah jika ada hukum-hukum yang berkaitan dengan kemasyarakatan maka setiap individu tersebut berhak memilih jalannya sendiri berdasarkan tafsirannya sendiri terhadap ayat-ayat al-quran???


Pada pandangan saya jawapannya telah terpackage sekali dalam soalan tu, cuma buangkan perkataan Adakah.

Terima kasih kerana bertanya soalan yang BERNAS.  Dan saya hanya menjawab setakat saya mampu kerana saya masih memburu ilmu sebelum tiub oksigen maya dicabut dari rongga pernafasan dan inipun hanya untuk pertimbangan sahaja............
ALLAHU A'LAAM...........
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2006 01:01 AM | Show all posts
Originally posted by damat at 9-11-2006 12:15 AM
Salam semua,

Seseorang yang mendekati Al-Quran dengan niat ikhlas sebenarnya telah dibekalkan oleh Allah ilmu yang mencukupi untuk memulakan proses memikirkan, merenungkan dan mengamalkan Al-Qur ...


Salam untuk damat dan gravedigger.............juga untuk semua!!!

Nah aturan tulisan sebegini, mungkin diluar kemampuan saya, namun isi kandungan dari apa yang damat bentangkan adalah juga luahan dari pandangan serta pertimbangan saya yang kurang perbendaharan kata, tetapi dengan jelas saya dapat menangkap apa yang damat perbentangkan disini.

Memang dizaman Nabi Muhammad SAW belum ada universiti. Sahabat menyerap apa yang dipelajari hanya didalam perjalanan merentasi hidup. Lalu pada zaman sahabat sudah ditubuhkan universiti? Mungkin pada zaman Umaiyahpun belum, kerana masing-masing masih dalam keadaan memperkukuhkan kedudukan politik mereka sambil pegangan kepada 'tali' ALLAH semakin longgar.  Betulkan kata-kata saya jika salah, iaitu hanya pada zaman-zaman selepas itu baru ada sekolah pengajian yang resmi dan bersistem.  Jadi buku mana yang mereka rujuk untuk menjadi orang yang beriman? Karya-karya manusia agung mana yang mereka taklidkan? Jemaah mana yang mereka tarekatkan?(rujuk zaman selepas wafatnya Baginda Rasulullah SAW)

Maka bukankah biola kita mempunyai niat yang ikhlas tidak akan dizalimi oleh ALLAH!! TIDAK!TIDAK!TIDAK! Hatta seorang butapun.  Jangan pula ditanya sekiranya orang itu bisu, pekak dan buta sekaligus adakah iapun bertanggungjawab!
Jika kombinasi bisu dan pekak atau kombinasi bisu dan buta atau kombinasi pekak dan buta bagaimana ya ????

Minta ma'af, bukan niat nak menyinggung sesiapa..........Ampunkan aku ya ALLAH!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.081793 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list