View: 3741|Reply: 9
|
Adakah solat berjemaah itu wajib?
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum,
Saya ada terbaca beberapa hadis yang mengatakan betapa pentingnya solat berjemaah.Beberapa darinya adalah:
Hadis ini menyatakan solat tanpa jemaah tidak diterima:
Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.aw. bersabda "sesiapa yang mendengar azan dan tidak pergi menunaikan solat berjemaah tanpa sesuatu sebab yang menghalangnya (uzur) daripada menyertai solat jemaah maka solat yang dikerjakannya itu tidak akan diterima" Para sahabat bertanya "apakah uzur itu?" jawab Rasulullah "takut atau sakit"
(hadis riwayat Imam Abu Daud dan Ibnu Hibban)
Hadis ini menyifatkan seseorang yang tidak pergi berjemaah itu zalim,kufur dan nifaq:
Muaz bin Anas daripada Rasulullah bahawa baginda telah bersabda "sungguh zalim,kufur dan nifaq mereka yang mendengar penyeru allah yakni muazzin yang menyeru kepada solat tetapi mereka tidak menyertai solat berjemaah"
(hadis riwayat Imam Ahmad dan Tabrani)
Rasulullah teramat marah kepada mereka yang meninggalkan jemaah:
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda "sesungguhnya aku benar-benar berhasrat untuk menyuruh anak-anak muda mengumpul kayu api untukku,kemudian aku pergi kepada mereka yang bersolat di rumah tanpa sebarang keuzuran lalu membakar rumah mereka"
(hadis riwayat Muslim,Abu Daud,Ibnu Majah dan Tirmizi)
Mendirikan solat jemaah meskipun ada tiga orang sahaja:
Abu Darda bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda"sekiranya terdapat 3 orang di sebuah kampung atau padang pasir dan mereka tidak mendirikan solat berjemaah maka pasti syaitan akan menguasai mereka.Oleh itu,hendaklah kamu mengambil berat tentang solat berjemaah kerana seseungguhnya kambing yang bersendirian akan dimakan oleh serigala"dalam riwayat yang lain menerangkan bahawa serigala bagi manusia ialah syaitan.
(hadis riwayat Imam ahmad,abu Daud dan Nasai)
Tidak solat jemaah dan Jumaat adalah penghuni neraka:
Daripada Abdullah bin abbas,beliau telah ditanya mengenai seorang yang berpuasa sepanjang hari dan beribadat sepanjang malam tetapi tidak pergi solat jemaah dan solat Jumaat" Beliau menjawab "dia ialah penghuni neraka"
(hadis riwayat Imam Tirmizi)
Hadis-hadis dia atas merupakan amaran oleh Rasulullah tentang meninggalkan solat jemaah.Persoaalannya,adakah solat berjemaah itu wajib? Diharap para muslimin semua dapat berbincang tentang perkara ini,kerana jika kita tidak mempedulikan dan tidak mahu memahami segala peringatan-peringatan itu maka kitalah yang rugi :pray: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ada khilaf pada masalah ni.. bg mazhab syafie.. hukumnya fardhu kifayah.. kita pakai hujah hadis if ada 3 orang mesti semayang jemaah tu.. lain mazhab.. lain hujah yang dipakai..antaranya seperti hadis2 yang anda sebutkan tu.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dimana khilafnya?hadis-hadis diatas terang-terang menyatakan jika tidak solat berjemaah solat tidak akan diterima ataupun erti kata lain tidak sah.Menjadi kewajipan umat Islam menyempurnakan segala kewajipan yang diperintahkanNya.Dan kewajipan-kewajipan itu wajib dilakukan dengan sempurna agar kita mendapat ganjaran daripada Allah.
Diharap muslim-muslim lain dapat membantu dalam masalah solat ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by digweed at 30-10-2006 05:09 PM
Dimana khilafnya?hadis-hadis diatas terang-terang menyatakan jika tidak solat berjemaah solat tidak akan diterima ataupun erti kata lain tidak sah.Menjadi kewajipan umat Islam menyempurnakan segala ...
Salam unutk semua, sayapun pening!
Tapi Solat tu apa? Erti solat tu apa?
Nak ambil erti dan konsep solat dari dalam Al-Quraan ke nak ambil dari mana? |
|
|
|
|
|
|
|
ambil dari wikipedia pun boleh juga:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Solat
dan ingatlah "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)."
(al anfaal 27) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
rugi 27x pahalatu. Betullah tanda2 hari kiamat nak dekat banyak masjid tanpa orang sembahyang jemaah ramai2.
[ Last edited by juliet_86 at 31-10-2006 08:50 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan itu saja, banyak lagi kelebihan berjemaah ni.Muslim sekarang ni kalau mencari harta duniawi mereka bermati-matian,tapi tentang akhirat terlalu lalai.Apalah salahnya berjemaah sedangkan ianya terlalu banyak mendatangkan kebaikan.
(Nur hidayat petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.
(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
(an Nur 36-37)
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.
(at Taubah 18) |
|
|
|
|
|
|
|
Hadith yg sdr digweed post kan tu apa tarafnya?
Sebab hadith sahih dari Bukhari berbunyi begini :
Sahih Bukhari
Volume 1, Book 8, Number 466:
Narrated Abu Huraira:
The Prophet said, "The prayer offered in congregation is twenty five times more superior (in reward) to the prayer offered alone in one's house or in a business center, because if one performs ablution and does it perfectly, and then proceeds to the mosque with the sole intention of praying, then for each step which he takes towards the mosque, Allah upgrades him a degree in reward and (forgives) crosses out one sin till he enters the mosque. When he enters the mosque he is considered in prayer as long as he is waiting for the prayer and the angels keep on asking for Allah's forgiveness for him and they keep on saying: 'O Allah! Be Merciful to him, O Allah! Forgive him, as long as he keeps on sitting at his praying place and does not pass wind. (See Hadith No. 620).
Hadith kat atas ni tak kata pun tak boleh solat sendiri.. cuma dia kata solat wajib ni lebih elok dibuat berjemaah je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by juliet_86 at 31-10-2006 08:49 PM
rugi 27x pahalatu. Betullah tanda2 hari kiamat nak dekat banyak masjid tanpa orang sembahyang jemaah ramai2.
sahabat nabi ada skali tu termiss solat jemaah, jadi dia semayang (cth isyak) 27 kali pada mlm tu, kerana dia nakkan pahaa 27 darjat tu. Last2 nabi ckp pahalanya masih x sama spt semayang jemaah |
|
|
|
|
|
|
| |
|