CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30410|Reply: 124

PERNIAGAAN BARANGAN KEMAS ( TIRUAN ) EMAS CELUP

 Close [Copy link]
Post time 10-10-2006 05:28 PM | Show all posts |Read mode
salam semua... aku ada satu idea lah... dan aku nak tanya org perempuan.. mcmana kalau aku nak jual brangan kemas tiruan lah... buka kedai barangan kemas ni... seperti emas celup ( celup sendiri ), steel gelang n cincin ( bleh kilatkan ) kristal dan lain2...

tapi aku nak fokuskan jual emas celup je... macam zhulian tu lah.. dan sapa2 yg beli ngan aku tu ada waranti setahun 3 bulan .. kalau luntur aku celup sehingga 10 karat... agak2 jualan benda ni berbaloi ke... ataupun aku nak buat promosi pembukaan kedai aku tu... setiap pembelian satu jenis gelang atau rantai bleh diganti sehingga 4x sekiranya hilang....

[ Last edited by  sinar_inspirasi at 15-9-2007 01:03 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


terang This user has been deleted
Post time 10-10-2006 05:33 PM | Show all posts
awak trylah dulu...sebab perempuan ni memang suka beli barang tu.... murah dan selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 05:36 PM | Show all posts
Aku tak paham daaa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2006 05:39 PM | Show all posts
Originally posted by terang at 10-10-2006 05:33 PM
awak trylah dulu...sebab perempuan ni memang suka beli barang tu.... murah dan selamat.


insyaALLAh tahun depan aku nak buka kedai kemas tiruan (emas) nih... nanti aku war warkan bila aku dah buka kedai nih... tapi mmg aku nak buka... aku rasa mmg berbaloi... sebab ramai skrng yg buka gerai2 kristal dan jual gak emas celup nih... so kali ni aku nak bagi borong gelang2 nih....insyaALLAH..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 09:15 PM | Show all posts
sinar,

kat jalan TAR tak jauh dari masjid india ada kedai jual brg brg kemas tiruan ni. thn lps i beli gelang tgn, harga lbh kurang zhulian gak la. tapi kualiti brg kemas diaorg kureng sket la. tak sampai sethn, gelang tu dah sebam....jadi nak itam.

kalau harga brg u jual ni murah dari zhulian, insyaAllah laris mcm goreng pisang. tapi mesti ada outlet/cawangan utk celup brg.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 09:36 PM | Show all posts
sinar...
semoga berjaya...:solute:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2006 09:44 PM | Show all posts
Originally posted by rani at 10-10-2006 09:15 PM
sinar,

kat jalan TAR tak jauh dari masjid india ada kedai jual brg brg kemas tiruan ni. thn lps i beli gelang tgn, harga lbh kurang zhulian gak la. tapi kualiti brg kemas diaorg kureng sket la.  ...


:setuju:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2006 03:07 AM | Show all posts
Originally posted by rani at 10-10-2006 09:15 PM
sinar,

kalau harga brg u jual ni murah dari zhulian, insyaAllah laris mcm goreng pisang. tapi mesti ada outlet/cawangan utk celup brg.

.  ...


insyaALLAH murah 3 kali ganda dari tu.... yes.. sedang cari outlet... dan skrng pun dah belajar2 sikit ttg mas celup nih... dah dapat ilmu sikit... insyaALLAh tak lama dah akan bermula.. lepas raya ni akan belajar lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-10-2006 03:26 AM | Show all posts
ada sapa2 tau ttg bisnes n nak buat benda nih... aku nak belajar....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 06:06 AM | Show all posts
Sinar kalau dah ada warranty setahun & boleh celup balik , Suka2 dpt. rasakan sambutannya ok. Macam Zhulian yg. mahal pun...org.pompuan suka beli...inikan pulak murah......
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 06:22 AM | Show all posts

Reply #1 sinar_inspirasi's post

Waalaikumsalam ...

Macam2 idea sinar nie ... :solute:
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 07:55 AM | Show all posts
Bagus idea ko ni... Nanti ko story lagi ek. bulehlah aku kembangkan binsis tu kat sini...

Aku bagi offer lagi bagus. Kalau tak puas hati, dengan orang-orang sekali buleh celup...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 10:05 AM | Show all posts
kat mana ko amik stok sinar..kat mana ko nak celup mas tue..
memang laku..ada satu kiosk kat tesco kajang..
cantik2 giler emas dia...cam orginal sungguh emas dia...
harga memang murah..

for those yang suka tukar ganti barang kemas elok sangat la tue...
haku nak beli jugak aritue...tapi fikirkan tak leh nak redeem balik tue yang terpk-pk tue..
eheh..emas tengah tinggi nieh..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 10:28 AM | Show all posts
Hi,

Kalau aku memang nak jauhkan dari barang2 tiruan ni, bukan apa banyak timbulkan masalah nanti. Jangan mulakan bisnes dengan produk tiruan, palsu carilah original. Biar mahal sedikit tapi puashati pelanggan dan ada jaminan serta nilai jual semula oleh pelanggan. Fikirkan seandainya kita sendiri sebagai pengguna mahukah kita produk tiruan dan palsu? Mungkin murah tapi mahukah kita produk 2nd grade atau reject item?

Kita di Malaysia banyak disogok oleh lambakan produk luar yang tiruan dan palsu, jadi janganlah ditambah bebanan kepada pengguna hanya kerana penjual yang ingin mengaut keuntungan lebih. Jadilah usahawan yang berhemah dan jujur dalam perniagaan, insyaallah hasilnya berkat dan toyyibah.

Usaha yang baik hasilnya baik.

Wasalam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2006 11:12 AM | Show all posts
Originally posted by sambablacen at 11-10-2006 10:28 AM
Hi,

Kalau aku memang nak jauhkan dari barang2 tiruan ni, bukan apa banyak timbulkan masalah nanti. Jangan mulakan bisnes dengan produk tiruan, palsu carilah original. Biar mahal sedikit tapi pua ...


aik apa menda plak ko ckp nih.... baik bunyinya.... ... kalau ko tanya aku pakai tak brng tiruan... aku pun jawab... PAKAI..... aku tanya ko balik....  semua pakaian ko pakai tu ori ke?.... utk pengatuan ko plak... mmg ini brg emas gold plated... so tak tiru jenama orng...

maksud sebenar ko apa eh?... nak soh beli emas ko tu lah... nak soh cari downline.... kekekkeke
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 12:47 PM | Show all posts
Sinar,

Ko janganlah kecil hati..kalau nak kata brg aku tak de lah suma yang ori...tapi aku dah mula sedar dan cuba mengurang sedikit demi sedikit beli barang tak ori. Maksud ori bukan sahaja produk jenama, produk dsb, made in Malaysia.

Sbg contoh, lanun jual VCD Haram..apakah kau sanggup beli walau harga murah sedangkan kau tahu itu tak ori? Kau sanggup ke bayar kat diaorang tu untuk tipu ko balik? Secara tak langsung ko jadi pembiaya bisnes diaorang. Lepas tu duit yang ko bayar kat dia, dia bg loan along. Tah siapa-siapa yang ambik loan tu...tak bayar, kena belasah...Jangan ko hidup dalam kepalsuan. Sedangkan orang yang berkarya, mengeluarkan modal yg byk untuk menghasilkan produk tidak mendapat pulangan, yang usahanya dirampas oleh lanun-lanun tersebut.
Di manakah usaha kita untuk martabat barangan ori, hak intelektual, copyrights?

Kalau kita biarkan, nanti anak-anak cucu akan hidup dengan barangan palsu, yang mereka percaya dulu ibubapa beli tu betul. Takkan nak buat harta peninggalan anak cucu dengan barangan yang tak bernilai, buat apa. Orang dulu-dulu tinggal tanah, emas, wang, kereta dsb jadikan harta warisan supaya anak cucu bangga. Boleh dia tolong doakan nanti.

Jadi pada pandangan aku, kalau nak mula bisnes carilah barangan yang ori dan asli. Jual nasi ayam pun ok asalkan ayam yang ori. Lapo pulak rasanya..cite pasal nasi ayam.

Wasalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2006 01:33 PM | Show all posts
aku pernah makan nasi ayam x ori..sedap dia mcm ori..tp tetap x ori..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 01:52 PM | Show all posts
tapi rasanya kalau dah awal2 cakap yg itu bukan emas sebenar dan cuma tiruan takkan ler kita menipu pelanggan kan?? Kalau ikutkan nak cari made in malaysia ada ker??
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 01:55 PM | Show all posts
tak aku rasa ni salah faham kecil je.

1) sinar jual barang kemas celup. pembeli TAHU barang tu barang kemas celup. so takde masalah tak puas hati. u get what u pay for. tu je.

2) sambablacen maybe teringat sinar nak jual barang emas palsu and tipu consumer sebagai barang betul? kalau camtu aku pun tak suka.

3) in terms of lanun vcd tu, maybe lain sikit kut. sbb itu of course direct violation of copyrighted artwork. tp aku rasa kalau sinar buat gelang celup design sendiri and whatnot, ok je. kalau camtu org buat sabah pearls semua takleh buat kalau dah ada org start jual sabah pearls awal2 and terus copyrightkan sabah pearls.

4) kalau barang tak ori yang memang betul2 tiru the real brand, pendapat aku ye la maybe unfair to the brand owner. tp still aku rasa tak tipu consumer except kalau ikut point 2).

it's also a good thing to note how 'valuable' a brand is kan kan kan.

anyway sambung la pasal barang kemas celup dan aksesori2 pompuan ni. ish tgk cam leh buat banyak duit. perempuan memang suka membeli yerrrrrrrr.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 01:58 PM | Show all posts
...di belakang tabir lelaki sbnrnya yg beli..sbb laki yg bayar..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.109092 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list