View: 3473|Reply: 3
|
Hamparan Kasih - Amy Batrisya
[Copy link]
|
|
selak smpai last page x de lagi review buku ni...
Dia terlalu menaruh harapan terhadapku walaupun telah ku katakan aku takut menerima cintanya. Hakimi... memang aku menerima kehadiranmu dalam hidup ini, namun aku takut kehilangan Bani. Dia memerlukan kasih sayangku. Dia adalah hak aku.
"... yang penting Kim nak pikat Ina sehingga Ina jadi milik Kim"
Hakimi, sayang... bukan semudah itu kau lafazkan. Kita berkawan sejak kecil dan berpisah begitu lama sehingga kau berdiri di hadapanku kini. Namun, aku yang bernama Marina takut menyerahkan segala jiwa dan ragaku kepadamu. Kerana apa? Kerana aku takut perhubungan kita tidak direstui oleh orang tua setelah apa yang terjadi kepada Idham dan Soraya. Mungkin mereka dapat menerimamu, tetapi dapatkan mereka menerima Bani sedangkan dia adalah sebahagian hidupku?
"Bani sayangkan Cik Marina. Jangan tinggalkan Bani."
TUHAN! Aku benar-benar buntu. Aku perlukan mereka dalam hidupku. Hakimi, Bani, mama dan abah... aku sayangkan mereka. Aku tidak mahu melukai hati mereka. KAU satukan mereka dalam hidupku. KAU kembalikan keceriaan kami seperti dahulu. Itu yang kuharapkan.
Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Mampukah Marina berhadapan dengan kenyataan ini? Siapakah yang terbaik buat Marina untuk menghamparkan kasihnya? Marina pasrah...
Komen aku : ok le citer ni utk menghilangkan boring.. aku bagi 3 1/2 *.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pernah baca buku ni isi ceritanya memang bagus, segar dan menyentuh hati. Ini pendapat aku sebagai orang yang jarang baca buku malay. Ada part kelakar, ada part sedey, ada part romantik..... tak rugi baca buku ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|