CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3760|Reply: 3

Kefahaman seks di kalangan anak-anak

[Copy link]
Post time 8-8-2006 01:47 PM | Show all posts |Read mode
Kefahaman seks di kalangan anak-anak


SEBAHAGIAN besar ibu bapa kurang selesa untuk bercakap soal seks dengan anak-anak kerana mereka tidak dibesarkan dalam keadaan sedemikian.

Tentunya kita masih ingat ibu bapa kita pernah suatu masa dahulu menegur apabila kita membuka mulut mengenai seks - ``Ishhh kamu budak-budak, tak elok cakap soal tu!''

Keadaan berubah. Persekitaran di mana anak-anak kita membesar tidak sama dengan persekitaran dahulu. Hari ini anak-anak mudah mendapat maklumat mengenai seks - melalui media massa dan rakan-rakan.

Seks dan kehamilan luar nikah adalah fakta kehidupan remaja hari ini. Selain itu, AIDS dan HIV juga menjadi isu yang terpaksa dihadapi oleh remaja.

Oleh itu, pendekatan ibu bapa juga harus berubah. Ibu bapa tidak lagi boleh menjadi seperti burung kasawari yang menyorokkan kepalanya di dalam pasir dan tidak mahu menerima hakikat bahawa seks adalah satu isu penting dalam kehidupan anak-anak.

Sesetengah ibu bapa mempunyai tanggapan bahawa pendidikan seks menggalakkan anak-anak melakukan seks asalkan ia dilakukan dengan cara yang selamat. Itu adalah tidak tepat.

Pendidikan seks bertujuan menjadikan anak-anak bermaklumat, mempunyai harga diri dan menghargai tubuh badan dan kesihatan mereka. Dengan pendidikan seks, anak-anak lelaki pula dididik untuk menjadi manusia yang bertanggungjawab, dan tidak melihat perempuan sebagai objek seks semata-mata.

Kegagalan ibu bapa untuk berkomunikasi dengan anak-anak dalam soal seks akan menyebabkan mereka mendapat maklumat yang salah mengenainya. Selain itu, ibu bapa juga tidak dapat menerapkan nilai-nilai agama dan sosial keluarga kepada anak-anak.


Untuk itu, langkah pertama yang boleh diambil ialah mula bercakap soal seks dengan anak-anak apada awal usia. Kajian menunjukkan apabila anak-anak inginkan maklumat dan nasihat pada awal usia, mereka akan merujuk kepada ibu bapa.

Tetapi apabila meningkat usia, mereka akan bergantung kepada kawan-kawan, media dan lain-lain sumber untuk mendapatkan maklumat tersebut. Ibu bapa harus mengambil kesempatan untuk memberikan anak-anak maklumat yang betul dengan nilai yang sewajarnya sebelum mereka dikelirukan dengan sumber luar keluarga.

Kedua, ibu bapa hendaklah memulakan perbualan dengan anak-anak. Elakkan menunggu anak-anak mengambil langkah pertama.

Katakanlah anda sekeluarga menonton drama televisyen yang mempunyai plot mengenai kehamilan remaja. Mulakan dengan bertanya mengenai apa pendapat anak-anak mengenai drama tersebut. Adakah mereka bersetuju dengan cara remaja itu bertindak. Dari situ, ibu bapa boleh memulakan perbualan mengenai seks dengan anak-anak.

Ketiga, wujudkan suasana yang lebih terbuka. Anak-anak akan lebih sedia berbincang sekiranya mereka merasakan ibu bapa menyayangi mereka secara tanpa syarat (unconditional). Elakkan menunjukkan rasa curiga, menghukum dan menyalahkan anak-anak apabila mereka bertanya soal seks. Hadapi soalan anak-anak tanpa prejudis.

Keempat, apabila bercakap dengan anak-anak dalam soal seks (malah dalam semua hal), tentukan ibu bapa juga berkomunikasi soal nilai keluarga. Sesetengah ibu bapa enggan bercakap soal nilai kerana bimbang anak-anak akan menolak nilai yang cuba diterapkan itu. Mereka juga bimbang anak-anak menganggap mereka sebagai kolot jika bercakap soal agama dan nilai.

Kajian menunjukkan anak-anak memerlukan dan mengharapkan ibu bapa memberikan panduan nilai. Oleh itu, jangan keberatan berbuat demikian. Terangkan mengenai seks dan kaitkannya dengan nilai agama dan budaya.

Sebagai pendidik yang pertama dan utama, ibu bapa harus memainkan peranan penting dalam pendidikan seks anak-anak. Cubalah! Dan, lakukanlah mulai sekarang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


nurreza This user has been deleted
Post time 5-1-2007 06:45 PM | Show all posts

Seksa sangat ke ...?

Hai

Nur nak tanya sikit seksa sangat ke bila nak ajak berbincang atau beri pandangan pada anak2 remaja mengenai SEK ni.

Sesiapa yg ada pengalaman atau ada anak remaja boleh lah kasi pendapat skit.Thx you!
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2007 12:14 PM | Show all posts

Reply #1 nurreza's post

anak pompuan biasa nya cerita masalah sek dgn ibu nya....anak lelaki dgn bapa nya. Walaupun saya ada anak lelaki & pompuan yg dah dewasa (ada yg dah kawin)..tapi tak pernah bincang pun masalah sek ni. Dia orang lebih banyak dapat info dari bacaan, kawan2 & internet. Masalah besar nya mereka malu nak tanya dan kita sebagai parents pun sama juga. Kalau anak2 ni yg mula buka topik...baru agaknya kita berani nak cakap pasal sek ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2007 09:24 AM | Show all posts
aku seorang yang amat terbuka..
bila bincang dgn budak2 yang aku rasa
dia mampu paham dah
apa yang aku ingin sampaikan
dan mampu paham ttg apa yang ada persikataran..

kekadang mak aku ke, makcik2 aku
mmg seriau kalau budak2 nih
start tanya itu ini..

aku rasa dah cukup2 dah
kita semua nih diajar benda yang salah dan bohong
waktu kita kekecik bila tanya itu ini

dan sampai waktunya dah
kita kena ckp benda yang terus terang
dgn bahasa yang sesuai dgn umo budak2 nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.039151 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list