View: 3106|Reply: 11
|
Internet tanpa wayar di R&R
[Copy link]
|
|
Internet tanpa wayar di R&R
KEMUDAHAN 24 JAM: Mohamad Tajol Rosli (kiri)
melancarkan perkhidmatan Internet Tanpa Wayar
di R&R Tapah, baru-baru ini.
PELANGGAN lebuh raya di Perak kini boleh menggunakan kemudahan melayari Internet Tanpa Wayar di semua kawasan rehat dan rawat (R&R) Plus di negeri itu.
Sebagai satu daripada langkah merealisasikan hasrat Perak mencapai status K-Negeri menjelang 2010, PLUS baru-baru ini menawarkan kemudahan Internet Tanpa Wayar di semua R&R di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan di Perak.
Usaha itu turut mendapat kerjasama pembekal perkhidmatan Internet utama negara, TM Net Sdn Bhd.
Majlis pelancaran perkhidmatan itu disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali di R&R Tapah (Arah Selatan) awal minggu ini.
Turut hadir, Pengerusi plus Expressways Bhd, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim dan Pengarah Urusan, Datuk Idrose Mohamed serta Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sumber Manusia dan Teknologi Maklumat ne?eri, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.
Dengan pelancaran kemudahan itu, orang ramai yang berkunjung di semua R&R Plus di Perak berpeluang menikmati kemudahan Internet secara percuma 24-jam sehari dengan menggunakan komputer riba, telefon bimbit atau PDA (Personal Digital Assistant) yang dilengkapi fungsi melayari internet tanpa wayar.
Selain R&R Tapah, kemudahan perkhidmatan itu juga boleh dinikmati di R&R Sungai Perak dan Gunung Semanggol di Perak dan Restoran Jejantas Sungai Buloh.
Kemudahan Internet Tanpa Wayar ini akan juga disediakan di semua kawasan R&R di sepanjang lebuh raya Plus sebelum akhir tahun ini.
[ Last edited by qash at 10-7-2006 03:50 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
sesapa yg NAK guna, sila bawak/beli leptop atau PDA yg ada wifi. sekian, timakaseh. :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
kebetulan aku jarang lalu sana dlm masa terdekat
so tak leh cuba lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Pree mcm yg Time buat kat Starbuck tu laaaa, tetapi napa Time tak buat dekat R&R hah? Bukan ker PLUS & Time tu adik beradik bawah UEM? Hehee pelik betul laa Time nihh.... lambat bertindak ... hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
camni aku nak lepak kat R&R le |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by illa at 10-7-2006 04:44 PM
camni aku nak lepak kat R&R le
Surf sambil makan jambu pun best gakkk ye....:setuju::setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi hati2 laa nanti, pasal sure ader pemerhati yg dok perati saper yg bawak notebook & tinggal dalam keta....
jgn ader yg pecah tingkap keta dah laaa...... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by qash at 10-7-2006 03:34 PM
Pree mcm yg Time buat kat Starbuck tu laaaa, tetapi napa Time tak buat dekat R&R hah? Bukan ker PLUS & Time tu adik beradik bawah UEM? Hehee pelik betul laa Time nihh.... lambat bertindak . ...
rasanya tak semua Starbuck free access kan? |
|
|
|
|
|
|
student2um This user has been deleted
|
lebuh raya belah selatan biler lagi nih... |
|
|
|
|
|
|
wai1460 This user has been deleted
|
Originally posted by student2um at 14-7-2006 07:34 AM
lebuh raya belah selatan biler lagi nih...
Lebuh raya ke selatan masih belum siap lagi!so kenaler tunggu...lagipun banyak R&R kat selatan tengah buat ubahsuaian. |
|
|
|
|
|
|
| |
|