View: 14629|Reply: 52
|
Tarekat sufi Malaysia Zikir Menari
[Copy link]
|
|
astaghfirullah.. terkedu aku |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mahathirGX at 16-6-2006 03:46 PM
Nanti ada yang berdiri dan menari..
Salam,
bukan bermaksud menyinggung ataupun menyebelahi mana-mana.
Tetapi, adakah mereka benar-benar menari? ataupun "menari" (kelihatan seperti menari)?
Apa yang dilihat menerusi rakaman tersebut, mereka seolah-olah mahu "berlari" a.k.a. nak kejar sesuatu disebabkan terlalu excited; ghairah; teruja; etc.
Langsung tidak kelihatan seperti tarian inang; zapin; cak kuk cak; joget pahang; mahupun tarian kuda kepang muar.
Walaupun agak tergamam melihat perbuatan itu; namun musti ada sebab musabab terjadinya sebegitu :hmm:
sekian |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pipi at 16-6-2006 05:52 PM
Salam,
bukan bermaksud menyinggung ataupun menyebelahi mana-mana.
Tetapi, adakah mereka benar-benar menari? ataupun "menari" (kelihatan seperti menari)?
Apa yang dilihat mener ...
Salam,
saya membuka thread bukannya nak memburukkan sesiapa,
di mana salahnya perbuatan tersebut kepada kita semua,
yang salah hanya sebab luar dari kebiasaan kita aje,
kerana kita tak didedahkan dgn amalan golongan taraket ni ....
mari kita semua membincangkan perkara tersebut ..... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam
hmmmm
Dlm video tersebut terdpt beberapa org yg mempunyai kamera. Majlis zikir tersebut tidak disembunyikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mahathirGX at 16-6-2006 07:37 PM
Salam,
saya membuka thread bukannya nak memburukkan sesiapa,
di mana salahnya perbuatan tersebut kepada kita semua,
yang salah hanya sebab luar dari kebiasaan kita aje,
kerana kita tak dide ...
jadi, alangkah baiknya "Nanti ada yang berdiri dan menari" ditukar kepada "Nanti ada yang berdiri dan "menari""
kerana adakah anda benar-benar yakin mereka menari? ataupun.... kelihatan seperti menari?
dan teguran saya hanya kepada penyataan yang anda keluarkan; kenyataan yang mungkin anda sendiri tidak mengetahuinya.
bersumberkan website al-ahkam; yg merupakan "markas" sama seperti darulkautsar dan BCM bg mereka yang "tidak meminati" dengan tarekat2 mahupun tahlil;zikir sebegitu rupa.
-------
masjid berkenaan seakan-akan di kwsn kuala lumpur; atau...ada sesiapa yg pernah ke majlis tersebut? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pipi at 16-6-2006 08:50 PM
jadi, alangkah baiknya "Nanti ada yang berdiri dan menari" ditukar kepada "Nanti ada yang berdiri dan "menari""
kerana adakah anda benar-benar yakin mereka menari? ...
Salam,
Memandangkan saya pun tak pernah menyertai mana2 pergerakan taraket ni,
apatah lagi melihat amalan mereka ni,
pendapat saya, amalan mereka tak salah, amalan zikir ni boleh dibuat pelbagai cara duduk, berdiri, baring...
saya pun tak nampak apa yg bercanggah, cuma nampak agak "luar biasa" aje...he he he
memang saya pengikut setia forum al-ahkam ni, memang saya tau al-ahkam ni agak anti dgn taraket & sealiran dgnnya..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mahathirGX at 16-6-2006 10:12 PM
Salam,
Memandangkan saya pun tak pernah menyertai mana2 pergerakan taraket ni,
apatah lagi melihat amalan mereka ni,
pendapat saya, amalan mereka tak salah, amalan zikir ni boleh dibuat p ...
sepatutnya jika tidak mengetahui... tidak perlu nyatakan "berdiri dan menari" sedang anda tidak ketahui mereka BENAR-BENAR MENARI ataupun TIDAK. tidak mengapalah...... agak istimewa dan bernasib baik sekurang-kurangnya anda tidak mengatakan mereka berjoget (sptmana sebahagian di forum2 yg sealiran al-ahkam).
natijahnya, pembaca akan "terikut-ikut" rentak anda pada masa anda menganggap mereka menari walaupun anda masih menganggap (menurut pendapat anda), amalan mereka tidak salah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pipi at 16-6-2006 09:25 PM
sepatutnya jika tidak mengetahui... tidak perlu nyatakan "berdiri dan menari" sedang anda tidak ketahui mereka BENAR-BENAR MENARI ataupun TIDAK. tidak mengapalah...... agak istimewa dan ...
Salam,
maaf ... sekira saya meletakkan perkataan yg tak sesuai kat situ, tapi itulah yg saya nampak....
persoalannya apakah benda macam ni diajar oleh Nabi & Para Sahabat?
nampak macam bidah aje.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mahathirGX at 16-6-2006 10:43 PM
Salam,
maaf ... sekira saya meletakkan perkataan yg tak sesuai kat situ, tapi itulah yg saya nampak....
persoalannya apakah benda macam ni diajar oleh Nabi & Para Sahabat?
nampak ...
Salam,
pipi juga memohon maaf kepada anda. pipi bukanlah memihak kepada sufi dan sama sekali tidak menyokong amalan-amalannya. tetapi, adalah molek sekiranya ada bekas-bekas pengikut tareqat ataupun penggerak tareqat yg masih aktif menjawabnya. diharap tidak menjadi seperti forum2 sana. soal-jawabnya daripada orang-orang yg "sama". dan cara "hukuman" dijatuhkan berdasarkan kajian "sebelah mata".
apa-apa yg dibawa di al-ahkam juga di forum2 sekawanan dengannya adalah berteras kepada "aliran muda". ataupun........ mungkin anda adalah peminat mereka.
wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pipi at 16-6-2006 10:11 PM
Salam,
pipi juga memohon maaf kepada anda. pipi bukanlah memihak kepada sufi dan sama sekali tidak menyokong amalan-amalannya. tetapi, adalah molek sekiranya ada bekas-bekas pengikut tareqat ata ...
Salam,
Takpe ..anda boleh menyatakan pendapat mengikut fahaman anda .....
saya sentiasa akan berusaha mencari maklumat dari pelbagai sumber....
cuma saya post di sini supaya kita sumer boleh berkongsi maklumat tentang benda2 macam ni....
kata org, jauh merantau luas pengalaman
[ Last edited by mahathirGX at 17-6-2006 06:52 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fawabi at 16-6-2006 05:51 PM
astaghfirullah.. terkedu aku
kenapa? Anda terasa pelik ke?
oh..mungkin sbb anda x pernah lihat sblm ni..
Biasa jer ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru hari ni dapat peluang download. Ingatkan apa ke tadi. Rupa-rupanya ada udang disebalik batu. Tak perlu la risau, saya dengar dia orang sebut lailahaillallah. tak ada syirik apa pun.
Bagus jugak perbincangan tak menyimpang, kalau tidak keana pindah bod pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Biarlah yg ahli bercerita...yg bukan dengar dan tanya..
Kalau tak salah saya ..Si Darwis di Turki itu asalnya dari amalan sufi...tapi dah lupa nama pengasas nya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by UFWL at 18-6-2006 10:04 AM
Biarlah yg ahli bercerita...yg bukan dengar dan tanya..
Kalau tak salah saya ..Si Darwis di Turki itu asalnya dari amalan sufi...tapi dah lupa nama pengasas nya.
Maulana Jalaluddin Rumi ker? Kalo tak silap saya ...kan |
|
|
|
|
|
|
|
Itu boleh dimaksudlan sebagai luahan atau ekspresi terhadap rasa kecintaan pada Ilahi.Sepertimana orang mabuk bercinta teruna dan dara,kan pelik2 perlakuannya,kadang2 yang empunya diri pun tak sedar dia berkelakuan pelik.
Kadang2 terzahir juga sifat2 mazmumah yg ada dlm diri semasa berzikir ini.Ini adalah perkara biasa dlm proses pembersihan atau penyucian hati.
Itu sebab biasa kita mendengar org2 tarekat atau aliran sufi berzikir di tempat2 yg terlindung dan jauh dr pandangan masyarakat umumnya.Ini adalah semata2 untuk mengelakkan fitnah.
Sekian pandangan saya,mungkin ada yg dpt menerangkannya dgn lebih baik.
WA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tak pelik pun... saya biasa tengok (dalam TV lah...) penonton konsert (biasanya rock) pun akan menggunakan bentuk ekspressi kecintaan yang sama.
personally saya tak berapa faham psychology nya tindakan sebegini, mungkin sbb tak pernah cuba (tak minat pun)
wassalam
:geram: |
|
|
|
|
|
|
|
Ada kemungkinan orang2 yang berdiri itu adalah kerana berasa lenguh kerana sudah duduk sekian lama untuk berzikir.
Jelas berdiri itu bukanlah satu prosedur dalam majlis zikir tersebut, kerana pemimpin2 yang di depan tak berdiri pun. Dan
kerana tidak ada hukum melarang berzikir sambil berdiri, mereka pun berdiri. Pergerakan yang nampak macam 'menari'
itu bukan menari, tetapi pergerakan biasa ketika berzikir.
Sesiapa pernah berzikir la ila ha illallah 3-4 jam straight tahula kot macam mana lenguhnya kaki. Saya tak pernah, tapi baca
yasin 3 kali (~45 minutes) pun dah kebas habis...
Zikir ni senjata umat islam untuk menguatkan resolusi hati dan minda kepada pentauhidan Allah. Saidina Bilal bin Rabah
dulu berzikir Ahad! Ahad! ketika batu besar diletak di atas dadanya (tak tahu selama berapa jam). Siapalah kita nak perlekehkan
perbuatan berzikir ini?
Orang Islam sekarang ramai yang "phobia" dengan perbuatan berzikir terutama secara "jahr" ataupun kuat. Mereka
nampak perkara ni pelik dan menjurus kepada ajaran sesat malah bidah.
Bagi saya, orang yang percaya sebegini kurang sedar dengan keupayaan zikir secara jahr itu untuk "menendang"
dan "menghalau" keluar syaitan-syaitan yang telah berkampung dalam hati kita..cuba berdiri depan speaker concert yang dipasang kuat
dan dengar lagu kegemaran anda tengok, menusuk ke dalam hati tak? Apa salahnya kita tusuk hati kita dengan kalimah tauhid? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
BERZIKIRLAH SEPERTI RASULULLAH S.A.W.
oleh : alitantawi
Tuntutan berzikir adlh tuntutan Al Quran dan hadith sahih. Tiada siapa dpt menafikan tuntutan ini di dlm ayat2 Al Quran spt firman Allah SWT di dlm surah al Ahzab, ayat 41 dan 42 yg bermaksud: 搘ahai orang2 yg beriman, berzikirlah (ingatlah) Allah dgn banyak dan bertasbihlah kepadanya di waktu pagi & petang |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin ada yg akan berkata: tunjukkanlah kpd kami cara Rasulullah SAW berzikir utk kami contohi. Maka saya akan menjawab seperti berikut:
a) Perkara pertama yg perlu kita tahu utk mencontohi cara Rasulullah SAW berzikir ialah mengetahui zikir2 yg telah dibaca oleh Rasulullah SAW (begitu juga doa kerana doa juga termasuk dlm zikir). Imam al Nawawi telah berusaha mengumpulkan zikir2 tersebut (berbeza mengikut keadaan dan masa) dlm bukunya al Adzkaar yg ada dijual di mana2 dlm bahasa arab, indonesia & melayu. Beliau telah mengumpulkan sebanyak 1100 hadith yg mengandungi doa & zikir dpd hadith. Cuma para pembaca perlulah membeli buku al Adzkaar yg telah disemak oleh pengkaji hadith kerana di dlm buku al Adzkaar terdapat hadith2 yg sahih dan juga hadith-hadith yg tidak sahih. Namun begitu sebilangan besar hadith2 yg ada di dlm buku itu adlh sahih setakat pengetahuan saya. Terdapat juga buku2 lain yg boleh digunakan spt Riyadhussolihin juga karya Imam al Nawawi dan lain2 lg.
b) Di dlm hadith2 yg menceritakan tentang zikir Rasulullah SAW itu sudah pun terkandung bila, bagaimana dan di mana hendak dibaca zikir tersebut. Oleh sebab itu, saya amat menggalakkan supaya para pembaca membaca hadith2 tersebut dan melihat di dlm maksud hadith itu kerana sudah sedia termaktub di dlmnya cara utk melaksanakannya.
Timbul satu lg persoalan: Bolehkah kita berzikir dengan zikir yg tidak ada dlm Al Quran atau hadith sahih? Bolehkah kita berzikir dengan zikir yg disusun oleh ulama atau guru tarekat sama ada dlm bentuk selawat, sajak-sajak atau kata-kata doa dan sebagainya? Saya perlu menjawabnya dengan mudah dan jelas utk panduan kita semua:
1- Zikir Rasulullah SAW adlh zikir yg terbaik. Tidak ada zikir lain yg menyamai kelebihan dan fadhilat zikir yg telah diajar oleh Rasulullah SAW.
2- Jika dibandingkan zikir yg telah diajar oleh Rasulullah SAW dengan zikir yg disusun oleh ulama, sudah pasti keyakinan utk mendapatkan pahala daripada Allah SWT amat tinggi pada zikir Rasulullah SAW. ada pun zikir yg disusun oleh ulama, masih ada lg ruang utk kita fikirkan dan belum mencapai tahap kepastian utk mendapatkan pahala.
3- Adakah patut kita meninggalkan zikir Rasulullah SAW dan beralih kepada zikir manusia biasa? Apakah zikir yg paling baik? Kenapa kita meninggalkan zikir yg telah diajar oleh sebaik-baik makhluk? Saya bertanya soalan ini kerana ada orang yg mengikut tarekat tertentu asyik mengamalkan zikir tarekatnya sedangkan zikir yg ada dlm hadith-hadith sahih belum pun habis diamalkannya. Bagi saya, ini adlh perbuatan yg tidak patut dilakukan. Saya tidak berani menghukum, Cuma mengajak para pembaca utk berfikir.
Cont.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|