|
Saya rasa mungkin ada antara rakan-rakan yg ada sedikit kelonggaran dan kelapangan untuk membantu, tak kira samada orang miskin, orang yang sakit, orang dalam kesusahan dsb. Cuma mungkin tidak tau siapa yg perlu dibantu.
Thread ini saya sediakan untuk rakan-rakan letak details siapa yg kalian ketahui memerlukan bantuan, mudah-mudahan ada antara pengunjung-pengunjung board ini yg boleh menghulurkan bantuan kepada mereka. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam
syukur masih ada insan yang prihati ttg mereka ini
sebagaimana KATA TUHAN:
TAHUKANKAMU SIAPAKAH YANG MENDUSTAKAN AGAMA???
IAITU MEREKA YANG MENGHERDIK ANAK ANAK YATIM
DAN ENGGAN MEMBERI BANTUAN KEPADA ORANG ORANG MISKIN..................... |
|
|
|
|
|
|
|
Adakalanya kita begitu bersemangat nak membantu orang lain sedangkan adik-beradik kita sendiri kadang-kadang tak pernah kita nak tahu susah atau senang hidupnya. Jiran sebelah rumah pun adakalanya kita terlepas pandang sedangkan anak-anak mereka tergiur memerhatikan kehidupan kita yang penuh mewah. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
susah nak jawab kalau sedemikian rupa
amat susah
amat berat
tak tertanggung dek tulang empat kerat niiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Rayuan bantu Palestin
Oleh SITI AINIZA KAMSARI
Aman palestin akan melancarkan kempen hentikan sekatan terhadap palestin tidak lama lagi.
--------------------------------------------------------------------------------
揜ibuan anak Palestin diancam kebuluran. Hulurkan bantuan kepada Aman Palestin Berhad di akaun Maybank: 562263010787. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 Gravedigger's post
You are very right.Kita yang sebenar wajib tolong adik beradik,saudara mara dan jiran yang susah kemudian baru boleh tolong orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
pernah terbaca thread sorang forumner, tajuk dia lebih kurang
'Kenapa orang yang dah kawin suka menyusahkan orang yang belum kawin?'
rintihan dan luahan hati dari seseorang thadap ahli famili dia yang dah berkawin dan beranak pinak |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 14-6-2006 11:29 AM
Adakalanya kita begitu bersemangat nak membantu orang lain sedangkan adik-beradik kita sendiri kadang-kadang tak pernah kita nak tahu susah atau senang hidupnya. Jiran sebelah rumah pun adakalanya ...
kak noor seuju sgt2.. kita selalu sukar dan berkira nak tolong org yg terdekat dgnkita.. tapi beria2 nak tolong yg jauh.. hanya ALLAH yg tahu nawaitu kita.. namanya pun manusia.. kdg2hati kita ni baik.. kdg2 dia jadi jahat.. bergantung pada masa dan keadaan.. apa pun... harap2 kita menjadi lebih baik di masa2 akan dtg.. |
|
|
|
|
|
|
|
Keluarga Umi Maisarah tulang belakang PKAYDA
Oleh AZMI ABDUL MALEK
ROMBONGAN ibu tunggal bergambar kenangan bersama anak yatim di PKAYDA, Temoh, Perak baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------
ANAK yatim adalah antara golongan yang perlu mendapat pembelaan dalam masyarakat Islam walaupun mereka tidak mempunyai pertalian darah. Rasulullah yang juga anak yatim piatu sentiasa mengambil berat terhadap nasib mereka yang perlukan kasih sayang seseorang.
Allah telah menegaskan kepentingan kita berbuat baik kepada anak-anak yatim sebagaimana firman-Nya, Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israel (dengan berfirman), 揓anganlah kamu menyembah melainkan Allah dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Anak-anak pelarian Myanmar Muslim harapkan ihsan sesama Islam
Oleh ZUARIDA MOHYIN
Mohd Ali Aziz (enam dari kanan) bersama kanak- kanak pelarian, tenaga pengajar dan individu yang prihatin dengan keadaan di Madrasah Anak-anak Yatim dan Tahfiz Quran Hashimiah di Pasar Borong Baru, Selayang, Selangor.
--------------------------------------------------------------------------------
PELAWAAN teman di meja Rencana ke majlis sambutan Hari Pelarian Sedunia 2006 pada 20 Jun lalu di pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling, Kuala Lumpur diumpamakan sambil menyelam minum air. Ini kerana tujuan awal penulis hanya sekadar menemani teman yang sentiasa berkongsi idea.
Sambil itu mencari bahan-bahan yang bersesuaian untuk meja sendiri.
Pun begitu, biarpun semuanya berlaku tanpa dirancang, peluang itu tidak penulis sia-siakan. Bertemu tiga wakil pelarian Myanmar Muslim selepas majlis perasmian pagi itu adalah permulaan tugasan baru buat penulis. Selang seminggu, persetujuan diperoleh daripada ketua masyarakatnya, Mohd Ali Aziz dan lokasi Madrasah Anak-anak Yatim dan Tahfiz Quran Hashimiah di Pasar Borong Baru, Selayang, Selangor menjadi pilihan pertemuan.
Pagi itu, penulis terpaksa memanjat lebih 50 anak tangga untuk sampai ke Madrasah Anak-anak Yatim dan Tahfiz Quran Hashimiah yang terletak di tingkat paling atas bangunan empat tingkat itu sebelum diperkenalkan kepada Pengetua dan Pengerusi madrasah, Ustaz al-Hafiz Hashim al-Hafiz Kassim, 36, seorang yang bukan sahaja muda dan solo tetapi berhati waja dan berjiwa prihatin.
Sewaktu dijemput duduk, penulis sempat menjeling keadaan di dalam rumah tersebut. Ia sungguh daif dan tidak selesa. Sungguhpun terdapat beberapa bilik tetapi saiznya kecil dan sekadar dibuat sekatan menggunakan papan nipis.
Di ruang terhad itulah, penulis difahamkan kanak-kanak pelarian yang majoritinya yatim dan ada yang lebih malang sudah bergelar yatim piatu, menumpang teduh.
Menurut Hashim, di ruang sempit inilah seramai lebih 70 kanak-kanak pelarian antara usia lima hingga 17 tahun mentelaah pelajaran, makan, tidur, bersembahyang berjemaah dan bermain manakala bagi 30 kanak-kanak lelaki, ruang ini adalah kediaman tetap mereka.
揕apan tahun dahulu, saya datang ke Malaysia dan bekerja di pasar borong berdekatan. Tugasan mengajar pada masa itu sekadar sambilan iaitu di sebelah malam. Namun, tiga tahun lalu, saya bertekad mendirikan madrasah menyedari kepentingan pendidikan kepada kanak-kanak ini yang semakin meningkat jumlahnya, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pelajar tulang bengkok perlu RM18,000
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang sejak dua tahun lalu menanggung kesakitan akibat tulang belakang yang membengkok, memerlukan sumbangan orang ramai bagi membiayai kos membeli besi implan bernilai RM18,000.
PERLU RAWATAN: Azman
menunjukkan tulang belakang
Siti Noraini yang
bengkok.
Siti Noraini Azman, pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah (SM) Munshi Ibrahim, Segamat, Johor memerlukan sumbangan segera itu bagi membetulkan tulang belakangnya yang kini pada tahap kritikal di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di Cheras, pada September ini.
Beliau yang ditemui di sini, semalam, berkata kesakitannya itu semakin dirasai terutama ketika terlalu lama duduk mengkaji pelajaran, selain pergerakannya terbatas ketika di sekolah.
揚ada awalnya, saya langsung tidak diberitahu oleh doktor yang merawat saya di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dulu mengenai apa yang tidak sepatutnya saya lakukan, walaupun selepas menjalani tiga rawatan.
揔etika itu, saya terus aktif bersukan sehingga pada hujung tahun lalu, seluruh anggota saya berasa sakit dengan tulang belakang saya sudah membengkok, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Darul Falah ...mendidik anak Orang Asli.
Shahidan Abdullah, (depan) tekun mendidik pelajar-pelajar di Asrama Darul Falah, Bukit Persekutuan.
--------------------------------------------------------------------------------
DOA dan kasih sayang keluarga memang diharapkan oleh setiap insan apatah lagi bila berjauhan daripada ibu-bapa tercinta.
Namun bagi anak-anak Orang Asli mualaf, belaian mesra dan tunjuk ajar amat diharapkan daripada masyarakat yang penyayang.
Justeru, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), telah memberi tanggungjawab besar kepada Shahidan Abdullah untuk mengelolakan Asrama Darul Falah (Asdaf), di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur yang menempatkan anak-anak Orang Asli daripada pelbagai suku kaum.
Matlamat utama penubuhan asrama ini adalah untuk menyahut seruan kerajaan supaya membela nasib Orang Asli agar sama-sama dapat menyumbangkan tenaga dan produktiviti mereka kepada pembangunan negara.
Di samping itu, Asdaf juga akan memastikan mereka yang berpotensi dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dengan menanggung semua perbelanjaan mereka
Pada awal penubuhannya dahulu kira-kira lima tahun lalu, sambutan ibu bapa orang asli mualaf kurang menggalakkan iaitu hanya seramai enam orang sahaja daripada suku Temuan Negeri Sembilan berjaya ditempatkan di sini.
Namun, hal ini tidak mematahkan semangat kental Shalidan untuk meneruskan perjuangan murni itu.
Hasilnya sekarang, Asdaf telah berjaya menarik minat 54 buah keluarga orang asli mualaf dengan menempatkan seramai 54 orang penghuni untuk di bentuk dan dididik dengan sepenuhnya.
Kanak-kanak yang ditempatkan di sini, terdiri daripada pelbagai suku kaum orang asli seperti, suku Batik, Temuan, Temiar, Mahmeri dan Semai.
Di Asrama Darul Falah, kanak-kanak ini dididik mengenal Tuhan dan belajar mengenali diri serta berdikari tanpa ibu bapa di sisi.
Walaubagaimanapun, kanak-kanak ini tidak sama sekali disisihkan daripada masyarakat kerana mereka juga boleh bergaul dengan murid-murid sekolah yang lain pada sebelah pagi.
Mereka dihantar untuk belajar di Sekolah Kebangsaan Bangsar, Sekolah Menengah Bangsar dan Sekolah Menengah Sri Pantai untuk mendapatkan ilmu akademik seperti kanak-kanak lain.
Sebaliknya, pada sebelah malamnya pula mereka mengikuti kelas tambahan, motivasi dan ceramah keagamaan mengikut kesesuaian bagi memantapkan lagi prestasi akademik serta menyuburkan jiwa dengan keislaman.
"Di sini mereka bukan saja didedahkan dengan akademik semata-mata malahan disediakan aktiviti riadah yang boleh membina kecergasan minda mereka,''jelas Shahidan.
Seterusnya, ketika diminta mengulas tentang karenah anak-anak di Asdaf, Shahidan menjelaskan bahawa proses untuk membaiki corak hidup lama seperti nenek moyang mereka memang memakan masa, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang baru tiba.
Namun, berkat kesabaran semua kakitangan Asdaf yang bertungkus-lumus mendidik mereka, budaya hidup mereka semakin baik dan dapat mengikuti program bulan Ramadan dengan sepenuhnya.
Shahidan yang juga setiausaha Asdaf tidak pernah menganggap mereka sebagai orang asing malahan beliau memberi layanan kepada anak-anak di sini seperti anaknya sendiri.
Katanya, anak-anak ini tidak boleh dididik secara kasar memandangkan mereka baru belajar berdikari dan baru hendak belajar budaya Melayu yang berbeza daripada mereka.
Justeru, ada sesetengah daripada mereka tidak mahu balik ke rumah walaupun musim cuti sekolah dan sanggup menghabiskan masa bersama keluarga Shahidan dan kakitangan Asdaf yang lain.
Sementara itu, salah seorang penuntut yang tinggal di Asdaf, Suzuridah Neia, 17, melahirkan kesyukurannya kerana masih ada masyarakat yang prihatin terhadap nasib kaumnya.
"Di sini saya mendapat kasih sayang yang secukupnya dan merasa sungguh bahagia bersama kawan-kawan,'' ujar remaja daripada suku Mahmeri ini.
Bagaimanapun Suzuridah mengharapkan ibunya datang melawatnya kerana amat rindu dan telah lama tidak menatap wajahnya.
Dia pernah beberapa kali menghubungi ibunya (seorang pekerja kilang yang kini telah pun berkahwin lain) melalui telefon tetapi gagal bercakap dengannya.
Nazri Yussof, 16, pula tidak menafikan banyak perkara yang dipelajarinya di sini amat berguna untuk kehidupannya.
"Kami bukan saja diajar ilmu akademik malahan ilmu agama termasuklah mengaji al- Quran dan ilmu fardu kifayah yang lain. Pada sebelah malam pula kami bertarawih bersama-sama,'' ujarnya.
Nazri yang sudah kematian ibu sejak di lahirkan dan bapanya pula menyusul sewaktu dia berusia tiga bulan mempunyai ibu angkat daripada kaum Melayu, berhasrat untuk beraya di kampung halaman keluarga angkatnya di Kedah pada Hari Raya ini.
Sebagai sebuah asrama yang dijalankan oleh pertubuhan kebajikan dan anak-anak di sini tinggal dengan percuma, sumber kewangan didapati daripada bantuan pelbagai pihak seperti kerajaan, swasta dan orang perseorangan yang bermurah hati.
Seterusnya Shahidan berharap pihak-pihak tertentu kalangan swasta, pertubuhan bukan kerajaan, orang persaorangan dan sebagainya lagi turut menyumbangkan derma ikhlas kepada penghuni di sini demi kebajikan anak-anak ini.
Sebarang pertanyaan tentang sumbangan derma itu bolehlah menghubungi:
Asrama Darul Falah (ASDAF)
535/10, Changkat Persekutuan , Bukit Persekutuan,
50480 Kuala Lumpur
Haji Shahidan Abdullah
(T)03-22831009
(F)03-22833084
ni plak tuk sape2 nak jadik sukarelawan:
Tugas Sukarelawan
- Bimbingan membaca Tutor Matematik, B. Melayu, B.Inggeris & Sains. Bimbingan motivasi. |
|
|
|
|
|
|
|
Ruang untuk membantu
Apabila seseorang menghulurkan bantuan... Alhamdulillah kerana Allah memberi dia peluang untuk berbuat demikian... kepada siapa bantuan diberi... itu dah ketentuan illahi... namun patut didahului dengan mereka yang ada disekeliling diri... agar mengikut suruhan Ilahi... dan tiada perasaan iri dihati... agar tiada yang berkata... anak kera disusui... anak sendiri dibiarkan mati... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
insyaallah akan membantu , jika tujuannya betul dan ada rezeki serta kelapangan. |
|
|
|
|
|
|
|
September 20, 2006 09:12 AM
Penjara Rayu Sumbangan Untuk Banduan Sempena Ramadan
ALOR STAR, 20 Sept (Bernama) -- Penjara Alor Star merayu orang ramai agar dapat menyumbangkan makanan tambahan dan menjayakan beberapa aktiviti kerohanian untuk para banduan dan tahanan beragama Islam sempena bulan Ramadan yang bakal tiba.
Pengarah Penjara Alor Star Nor Afifi Sulong berkata pihaknya sering mengatur beberapa aktiviti kerohanian pada setiap bulan puasa dan menyediakan makanan tambahan sebagai juadah berbuka puasa.
"Sumbangan seumpama ini dapat menimbulkan kesedaran di kalangan penghuni penjara bahawa masyarakat tetap prihatin kepada mereka di samping dapat melahirkan sifat kasih sayang dan bantu membantu di kalangan masyarakat," katanya.
Beliau berkata surat mengenainya telah diedarkan kepada jabatan dan agensi kerajaan, syarikat swasta, tokoh korporat dan orang kenamaan sejak minggu lepas.
Nor Afifi berkata antara aktiviti kerohanian yang akan dijalankan pada bulan puasa nanti ialah Majlis Sah Khatam Al-Quran yang bakal berlangsung pada malam 27 Ramadan.
Katanya pada masa ini terdapat kira-kira 1,200 orang banduan dan tahanan di Penjara Alor Star yang kebanyakannya rakyat tempatan.
Orang ramai yang berminat untuk menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Penjara Alor Star di talian 04-7302544 atau 04-7302546.
Sumbangan juga boleh dibuat atas nama Bendahari Biro Agama Islam, Jabatan Penjara Alor Star, Jalan Sultanah, 05350 Alor Star, Kedah.
-- BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rayu bantuan rawat kanser
Oleh Shamsul Kamal Amarudin
Azman tak mampu tanggung kos pembedahan
IPOH: 揝ekarang saya dah tak sama macam orang lain, lutut kanan sudah tidak boleh lurus, berjalan perlahan dan hilang selera makan, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Eidul Fitri Charity Greeting Cards - Syawal's Fund for RALK & Qana'ah
Assalamua'alaikum
Ramadhan is back again...Alhamdulillah we are here also again to cherish the blessing of Ramadhan. Soon, Syawal will materialised. As part of our
community outreach activity...we UmmiKuSayang Charity Team (http://www.ummikusayang.com), a group of mums/daddies with high spirit, positive thinking, dedication and loving heart electronic group (e-group) based in Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur and Selangor, Malaysia wish to initiate Syawal's Raya Fund for two (2) homes :
1) . Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK)
2). Pertubuhan Kebajikan Rumah Silaturrahim Nurul Qana'ah
We will be selling Eidul Fitri Charity Greeting Cards (postcard type) RM10 per 8 pcs and 100% profit from the selling will be given to the homes tentatively 15 days or earlier before Syawal. The front page of the card displayed the image(s) of the children from the homes themselves.
We call for all to brighten the kids Syawal and make it another unforgetful Syawal with the shower of love and blessing of Allah on all mankind.
Hurry!!! Kindly contact us for your order and InsyaAllah, we will delivered the Raya Card before 6th Oct 2006 to your doorstep. Additional RM2.80 for postage cost for delivery outside Wilayah Persekutuan and Selangor Darul Ehsan.
Call us to place your order :
1). Yeanti - 013-3439544 e-mail at [email protected]
2). Zarina - 012-2386014 e-mail at [email protected]
3). Ninuk - 012-2092517 or e-mail at [email protected]
4). Nadia - 012-3751444 or e-mail at [email protected]
The products also exclusively available at the homes respectively and at UkS Taipan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
nur_amin This user has been deleted
|
Epilog Memori Gelita
Dari jendela yang usang kau meratapi...
Mengharap sinar bahgia menjelma kembali
Haruskah ini terjadi terhadapmu oh...kasih abadi...
Penantian , pengharapan suatu persoalan...
Keikhlasan, ketulusan hati yang murni
Bebanan yang kau lalui
Kelukaan kau tempuhi
Menjadi memori gelita iniii....
Tuhan tolong mereka ini
Bantu kelukaan di hatii...
Perasaan dan keinsafan sematkan dihati ini....
Oh...mari lah kita bersama...
Bantulah mereka semua....
Hilangkan segala ...duka lara....
Simpati yang diberi itu tidak mencukupi
Tanpa perasaan yang lahir dari hati
Hulurkan lah kejujuran
Bantu dgn keikhlasan
Hayati dgn penuh keinsafann...
Bebanan yang kau lalui
Kelukaan kau tempuhi
Epilog Memori Gelita Ini.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|