CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7976|Reply: 27

Budaya yang di lupakan.

[Copy link]
Post time 13-5-2006 03:54 PM | Show all posts |Read mode
Budaya mempunyai pengertian yang luas. Ia adalah satu cara hidup yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat.
Budaya Melayu pula rasanya telah mengalami perubahan-perubahan dari zaman ke zaman. Apakah agaknya perubahan yang berlaku tersebut dan apakah amalan-amalan yang tidak lagi terdapat dalam budaya melayu masa kini??

Contoh antara budaya yang tidak lagi diamalkan oleh masyarakat Melayu ialah makan sireh. Aku tengok cerita-cerita melayu lama kadang-kadang ada diselitkan orang-orang dulu yang mengunyah sireh dan ada juga yang membuat sentil iaitu sireh yang digosok-gosokkan pada gigi. Budaya makan sireh ini juga ada dilakukan dalam sesuatu majlis seperti majlis peminangan dsbnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-5-2006 03:59 PM | Show all posts
Semasa aku masih kecik-kecik dulu di Kg Datuk Keramat ada jiran disebelah orang Melaka yang membuat acara joget lambak semasa hari perkahwinan anaknya. Aku masih ingat lagi iaitu pada sebelah malamnya ia telah menjemput kugiran dan ketika itulah lampu dimalapkan dan aku syok juga masa tu tengok pasangan-pasangan berjoget lambak.
Budaya ini rasanya telahpun di lupakan hari ini. Tak tahulah kalau-kalau di Melaka masih diamalkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2006 04:02 PM | Show all posts
Budaya mandi tolak bala pada bulan safar antara yang telah dilupakan sama sekali sebab mendapat tentangan dari golongan-golongan ugama...manakala mandi bunga untuk menaikkan seri wajah tetap diamalkan di sesetengah tempat.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2006 01:12 AM | Show all posts
Apa la yang kau dok melalut dalam ni........
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2006 09:20 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 13-5-2006 03:54 PM
Budaya mempunyai pengertian yang luas. Ia adalah satu cara hidup yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat.
Budaya Melayu pula rasanya telah mengalami perubahan-perubahan dari zaman ke zaman. Apakah ...


Masa tu, kalo ada chewing gum, for sure org dedulu dah kunyah nye.
Masa kecik, Kero slalu gak tengok makcik & nenek2 kat kampung kunyah sireh time kenduri...sampai merah molot dorang mengunyah..sesambil tu berborak...tengok mulut dorang dah terjojol cam angelina jolie lak..hehehe..:nerd:
Bukan ke makan sireh tu boleh menyebab kanser mulut..

Ada terbaca kat Kosmo, org kat Taiwan skang gila kunyah sireh..pelik pulak rasa sbb selama ni biasa nengok org melayu je makan sireh.

Kalau nak berjoget lambak dlm kenduri, rasanya x sesuai laa..dr segi Islam..
Masa dah berubah, mungkin ada adat yg diketepikan sbb X sesuai dgn pegangan agama.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2006 10:45 PM | Show all posts
emm...budaya sekarang nie semakin hilang sebab tamadun bangsa itu sendiri
yang melupakan budaya....

errrr....sireh tak cedap macam chewing gum....hehehe...lagipun nanti SOGO or Mid valley
penuh dengan mangkuk ludah sireh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2006 08:55 AM | Show all posts
budaya makan sireh...
rasanya mmg dah jarang org zaman skang nih mkn sireh...
kalu ada pung golongan tua2 jek...
tp sireh nih byk khasiatnya....
dan dgn adanya teknologi skang nih........dh byk product yg guna label sireh nih...

p/s hi hulu...lama x nampak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2006 09:08 AM | Show all posts
Originally posted by Kero_kero at 18-5-2006 09:20 PM

Ada terbaca kat Kosmo, org kat Taiwan skang gila kunyah sireh..pelik pulak rasa sbb selama ni biasa nengok org melayu je makan sireh.



Memang pelik mula-mula tengok orang Cina kunyah sireh tapi kalau dah biasa maka jadilah ia satu amalan budaya.
Sekarang ni pun tengoklah...orang Cina lebih kuat makan petai dari orang Melayu. Sebab tu lah petai mahal sekarang ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2006 09:12 AM | Show all posts
Pakai kain pelikat pergi ke bandar.

Bagaimana kalau kita pakai kain pelikat dan berjalan-jalan di bandar?? Tak ada siapakah yang nak mulakan balik budaya ni??
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2006 11:45 AM | Show all posts

salam

Budaya Berjamu

Masa kecil2 dulu pernah berada dlm majlis berjamu. Biasanya utk org yg ada sakit tradisional/ alam ghaib.

Segala bahan2 yg tlh ditentukan dlm majlis berjamu itu akan dilayar ke laut.

Ada sesiapa pernah jumpa majlis ini?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 10:34 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 22-5-2006 09:12 AM
Pakai kain pelikat pergi ke bandar.

Bagaimana kalau kita pakai kain pelikat dan berjalan-jalan di bandar?? Tak ada siapakah yang nak mulakan balik budaya ni??



eh....dah banyak budaya pakai kain pelikat jln2 kat bandar nih...tapi bukan glgn lelaki ler, glgn perempuan...kan ada jek baju2 kurung yg berkainkan kain pelikat petak2 tu.....  :ah:

k, itu bab berpakaian, bagaimana lak dengan budaya sikap dan prilaku....

mana pegi budaya sopan? budaya hormat? budaya mengambil berat (bukan jaga tepi kain)??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2006 08:57 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 25-5-2006 11:45 AM
Budaya Berjamu

Segala bahan2 yg tlh ditentukan dlm majlis berjamu itu akan dilayar ke laut.

Ada sesiapa pernah jumpa majlis ini?


Majlis seperti ini ada lagi dilakukan oleh segolongan kecil nelayan di Kuala Kedah kerana kepercayaan untuk mendapat rezeki yang banyak apabila mereka turun ke laut. Ada juga nelayan kaum cina yang turut mempercayainya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2006 09:00 PM | Show all posts
Originally posted by GuidanceLight at 29-5-2006 10:34 AM

k, itu bab berpakaian, bagaimana lak dengan budaya sikap dan prilaku....

mana pegi budaya sopan? budaya hormat? budaya mengambil berat (bukan jaga tepi kain)??



Semakin hilang ditelan zaman dan akibat pengaruh kuning yang menyerang begitu hebat melalui budaya canggih komputer yang mengambil alih.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 05:11 PM | Show all posts

Adat Perkahwinan

a) Adat Merisik
b) Adat Meminang
c) Adat Berinai
d) Adat Berandam - menempah Mak Andam e) Adat Berbesan
e) Adat Mandi Berhias
f) Adat Bertandang
g) Adat Menyalang
h) Adat Menjemput/Berkampung
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 05:12 PM | Show all posts

Adat Bersalin/ Beranak

a) Adat Melenggang Perut
b) Adat Menempah Bidaln
c) Adat Mandi Sampat
d) Adat Potong Pusat
e) Adat Naik Buaian
f) Adat Mencecah Tanah
g) Adat Bercukur
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 05:12 PM | Show all posts

Adat Semasa Tahap Kanak-Kanak

a) Adat Bercukur
b) Adat Berkhatan
c) Adat Menyerah BelajarlMengaji
d) Adat Berkhatam Al-Quran
e) Adat Bertindik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2006 05:14 PM | Show all posts

Adat Perubatan / Bomoh / Dukun /Pawang

a) Adat Berubat
b) Adat Berkebas
c) Adat Memutus Ubat
d) Adat Menilik (bomoh)
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 05:15 PM | Show all posts

Adat Bersilat

a) Adat Membuka Gelanggang
b) Adat Menghadap Guru (sembah guru)
c) Adat Tamat Silat
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 05:15 PM | Show all posts

Persembahan (tarian dan lain-lain)

a) Adat Buka Panggung
b) Adat Menari
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 05:17 PM | Show all posts

Adat Makan / Jamuan

a) Adat / Adab Makan /Minum
b) Adat Berhidang - seperah, dulang, kepala lauk (menghidang)
c) Adat Menjamu Ketua/Pegawai Adat - pangkal serambi
d) Adat Bersireh - puan (sebelum makan)
e) Adat Berkenduri
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN HAGWON - Wi Ha Joon, Jung Ryeo Won
Rahah[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN H
Views : 10279 Replies : 57
Apakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda Di Forum Ini?
KILL_NANCYApakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda
Views : 113221 Replies : 488
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30253 Replies : 171
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6279 Replies : 12
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5359 Replies : 53
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21447 Replies : 61
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195468 Replies : 4528
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4119 Replies : 3
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27048 Replies : 105
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73298 Replies : 314

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.077079 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list