View: 92996|Reply: 142
|
Klasifikasi muzik metal
[Copy link]
|
|
Apa kata kita berbincang ttg perbezaan muzik - muzik metal ( + sikit muzik yg tak berapa metal ). Mengikut pemahaman kita sendiri yg kebanyakan dah lama bergelumang dgn muzik keras ni dari awal 80-an sampai la dah new millenium ni.
Kat bawah ni pendapat aku je. Kalau nak betulkan pun boleh. Nak komen ke nak kutuk pun tak kisah.
..............................::::::::::: START ::::::::::::::...................................
Apa yang anda faham dengan muzik - muzik yang dikelaskan sebagai muzik underground? Setiap individu mungkin mempunyai pemahaman tersendiri terhadap muzik underground berdasarkan pembacaan ataupun selalu mengikuti perkembangan muzik ini. Sekarang ni tak heran begitu banyak kumpulan - kumpulan baru yang muncul dan mengatakan mereka adalah band underground. Terpikir tak anda bahawa kebanyakan artis underground itu sendiri pun ada yang masih konfius dengan genre - genre yg macam - macam tu.
Apa yang aku cuba sampaikan kat sini hanyalah untuk menunjukkan pemahaman aku tentang pengelasan muzik - muzik underground yang bermacam - macam jenis dan bermacam - macam pengikut ni. Aku akui yang mungkin apa aku akan tulis nanti tu tidak berapa tepat. Jadi aku terbuka untuk menerima sebarang komen dan pembetulan.
Alternative - aku kurang pasti sangat jenis muzik macam ni tergolong dalam kategori underground ke tak. Lagu - lagu mereka kebanyakannya tidak begitu keras dan boleh diterima oleh orang kebanyakan. Aku tidak mengikuti sangat muzik jenis ini jadi aku kurang pasti apa yang diceritakan dalam lagu mereka. Mungkin ada lagu cinta. Aku kurang suka muzik dalam kategori ini sebab bagi aku tak happening langsung kalau dengar.
e.g - oasis, green day, weezer
Grunge - muzik ni pun aku konfius macamana boleh terkategori dalam kategori underground. Lagu - lagu kebanyakannya jiwang. Tidak heranlah ramai remaja perempuan dan remaja lelaki yang diambang percintaan begitu meminati lagu - lagu kategori ini dan mengatakan mereka adalah grunge walaupun haram habuk pun tak paham apa itu grunge. Muzik ini seakan - akan berada di tengah - tengah antara alternative dan punk. Grunge diperkenalkan oleh band - band yang berpusat di Seattle, US. Muzik ni juga dikenali sebagai Seattle Sound.
e.g - soundgarden, pearl jam, smashing pumpkins
Punk - muzik ni sangat bising dan bercelaru. Kebanyakan muzik punk tidak bersangkut paut dengan hantu dan syaitan dalam lagu mereka. Kebanyakannya hanyalah mencarut dan mengutuk sapa - sapa yang mereka tidak puas hati. Bagi aku muzik punk tidak sesuai untuk banging kerana rentak lagu dan pukulan drum seakan berterabur. Muzik ini hanya sesuai untuk melompat - lompat dan meloncat - loncat. Kalau dalam konsert, masa ending atau tengah - tengah konsert tu mereka akan membuat gimmik untuk menarik perhatian penonton dengan menghempas gitar, menghempas mic, ataupun meludah merata - rata tempat seakan - akan mahu menunjukkan keadaan yang huru - hara. Bagi aku, aku kurang berminat dengan style macam ni sebab seakan - akan punkers itu semua cuba menarik perhatian penonton dengan style publisiti murahan.
e.g - misfit, exploited, sex pistol
Hardcore - minta maaf kalau aku tersalah tulis tentang muzik ini. Daripada sumber internet aku mendapati hardcore adalah grindcore ataupun adik beradik dengan grindcore. Aku pulak berkefamahan grindcore tu adalah grindmetal yg lagi up dan hardcore pulak adalah adik beradik punk. Sampai sekarang aku masih belum dapat memahami betul - betul apa itu hardcore. Kalau ikut pemahaman aku dulu aku merasakan hardcore tu macam lagu yang dibawa oleh The Pilgryms dan Offspring di mana muzik mereka seakan - akan punk yg melodic.
e.g - Offspring, The Pylgrims, sapa lagi?
Heavy Metal - muzik ni adalah jenis muzik yang aku paling suka. Lagu - lagu tidak berkisarkan pada percintaan dan kekecewaan dalam percintaan. Topik lagu mereka sangat luas - politik, peperangan, pengalaman diri dan bermacam - macam lagi. Mereka tidak memerlukan gimmik semasa dalam konsert mereka. Cara mereka untuk menarik penonton hanyalah dengan persembahan mereka sahaja. Aku paling suka style konsert yang dibawa oleh Metallica ( lama ). Bagi aku kalau orang tanya apa itu heavy metal dan aku akan mengatakan dengarlah Metallica ( lama ).
e.g - metallica, megadeth, sacred reich
Thrash Metal - lanjutan dari heavy metal maka lahirlah thrash metal. Thrash metal tidak begitu mementingkan vocal. Mereka mementingkan muzik sahaja. Untuk membezakan dengan heavy metal, thrash metal menghasilkan muzik yang lagi keras dan mengasyikan serta vocalnya yang tidak begitu jelas. Cromok adalah satu - satunya local band yang memainkan muzik ni.
e.g - cromok, noctornous, slayer
Speed Metal - speed metal juga dikenali sebagai progressive rock. Kalau ikut definisi muzik ni dikatakan sebagai muzik yang pantas dari segi ketukan drum, petikan gitar dan petikan bass. Tapi sepanjang aku mendengar lagu daripada band - band speed metal aku tak dapat pun mengesan kat mana pantasnya lagu tersebut. Ok jugak muzik ni kalau dilayan. Happening jugak. Aku suka beberapa lagu oleh Helloween.
e.g - helloween, riot, gamma ray
Death Metal - sebelum ini aku memang suka dengar death metal. Lagu berkaitan dengan hantu dan syaitan, keagamaan serta kematian. Aku suka dengan muzik ni sebab walaupun berat mereka masih lagi mementingkan irama dan rentak. Mereka tak hentam promo je buat lagu. Kadang - kadang bila dengar lagu death metal boleh feeling jugak bila sampai part gitar solo yang syahdu tu. Aku lebih suka death metal band tempatan sebab kena dengan citarasa aku. Lagipun mereka tidak begitu over dalam menghasilkan lagu - lagu yang berkaitan dengan keagamaan.
e.g - morbid angel, unleashed, silent death
Black Metal - imej yang dibawa oleh black metal seakan - akan sama dengan death metal. Kalau kurang mengenali band tersebut cenderung kepada konsep apa pasti akan terkeliru antara black metal dengan death metal. Black metal biasanya lebih kepada pemujaan dalam lagu mereka. Biasanya keyboard adalah satu instrument yang biasa digunakan untuk menghasilkan muzik yang seram dan ngeri. Hilaian dan jeritan seakan - akan seseorang tengah disiksa juga banyak dimasukkan dalam lagu - lagu mereka. Vocal mereka agak jelas dan lagu - lagu mereka juga mempunya irama yang menarik.
e.g - king diamond, bathory, cradle of filth
White Metal - konsep yang cuba dibawa adalah berlawanan dengan black metal. White metal adalah tergolong dari golongan yang mempercayai tentang kewujudan tuhan berbeza dgn black metal yang sentiasa meragui tentang kewujudan tuhan. Mungkin ada yang tertanya - tanya adakah mereka ni membawa muzik yang slow dan perlahan? Aku tidak dapat memberi jawapan kerana masih belum pernah mendengarnya lagi. Mungkin muzik yang dibawa adalah berat tetapi kandungan liriknya yang membawa kepada kebaikan.
Doom Metal - muzik ini adalah salah satu muzik yang menjadi kesukaan aku. Doom metal adalah satu muzik berat yang perlahan. Seolah - olah mereka bermain muzik dalam keadaan slow motion. Bagi sesiapa yang menyukakan muzik yang pantas pasti tidak boleh menerima muzik yang sebegini rupa dan mungkin akan membuatkan seseorang itu tertidur sebab terlampau boring. Modar adalah salah satu local band yang mencuba nasib dalam konsep muzik ini dan hasilnya tidak mengecewakan aku.
e.g - chatedral, black sabbath, modar
Grindcore - aku merasakan grindcore adalah kemuncak dalam segala muzik. Muzik ni terover ganas, laju, bising, brutal dan sebagainya. Kebanyakan lagu bertemakan pembunuhan, penyakit, perut terburai dan badan kena kerat empat belas. Memang meloyakan kalau tengok cover album mereka.
e.g - carcass, brutal truth, godflesh
Grind Death Metal - muzik ni pulak camana? apa beza dengan grindcore? aku nak korang bagi pendapat tentang perbezaan muzik ni dengan grindcore.
e.g - Cannibal Corpse, Necrotic Chaos, sLumsCum
..............................:::::::::::::::: END ::::::::::::::...................................
[ Last edited by WhiteShark at 2-1-2006 04:53 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by WhiteShark at 2-1-2006 04:51 PM
Speed Metal - speed metal juga dikenali sebagai progressive rock. Kalau ikut definisi muzik ni dikatakan sebagai muzik yang pantas dari segi ketukan drum, petikan gitar dan petikan bass. Tapi sepanjang aku mendengar lagu daripada band - band speed metal aku tak dapat pun mengesan kat mana pantasnya lagu tersebut. Ok jugak muzik ni kalau dilayan. Happening jugak. Aku suka beberapa lagu oleh Helloween.
e.g - helloween, riot, gamma ray
Ikut pemahaman aku speed metal ni bukan progressive rock
Speed metal ni contoh yang paling tepat ialah Arch Enemy.
Lagu stok laju macam bullet..
Untuk Progressive Rock contoh band macam Rush dan Pink Floyd.
Banyak perubahan beat dalam lagu dia
Progressive Metal band yang paling tepat ialah Dream Theater.
Technical Progressive metal sebab sound dia lagi heavy dari
Progressive rock. Banyak perubahan beat dan certain part dalam lagu
ada kasi can kat instrument masing masing menonjol.
Dan of course kehebatan skill mereka yang tidak dapat diragui lagi
tapi dari segi feel lagu kurang sebab ingat nak balun tunjuk skill je...
Mungkin kalau nak klasifikasi kan sesuatu band tuh untuk suatu
genre sahaja amat payah.
Kita amek contoh Opeth..
Mungkin ada yang kata sound Doom Metal tapi bagi aku band nih
boleh diklasifikasikan sebagai Progressive Doom metal jugak..
Untuk Cromok Aku rase genre yang paling tepat untuk mereka
ialah Melodic Thrash Metal...
Sebab solo gitar dia sangat kuat melodinya tak macam Slayer Dan Kreator
My 2 cents
[ Last edited by death_dealer at 2-1-2006 05:17 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Power/Traditional Metal
Fevret aku nih..
Ko lupa nak letak genre nih..
Banyak band dari power/traditional metal
nih blend kan elemen metal dengan elemen classical..
Paling true power metal bila ada keyboard battle dengan solo gitar..
Aku paling suka part ni..
Keyboardist memang takkan lari dari pengaruh Mozart/Beethoven
Contoh band yang paling ketara macam Sonata Arctica, Nightwish, Warmen
[ Last edited by death_dealer at 2-1-2006 05:29 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
band yang paling unik genrenye bagi aku
buat masa nih ialah Into Eternity
Aku klasifikasikan band ni sebagai neo-classical progressive metal
Sound macam kejam ala grind tapi guitarist dia shredding style neo-classical..
Stok goreng laju laju macam Jason Becker yang sangat exotic..
Perubahan beat pon banyak sangat..
Entahla, kene dengar sendri baru tahu apa yang aku maksudkan..
Tutankhamun, hang dengar kan band ni..
Mesti hang tahu apa yang aku maksudkan..
Hehe |
|
|
|
|
|
|
|
white metal tu sama ngan gospel gak??? |
|
|
|
|
|
|
|
grind death metal? ada ka genre ni?
aku ingat ini sub kepada grind jugak la kot..cuma dah tak pure grind dan ada unsur death.. sebab kalo nak ikut grindcore ni straight foward takde chorus takde melodi, contoh band cam yg ko sebutkan kat atas tu la
kenapa grindcore dikaitkan dgn harcore punk? padahal musik diaorg jauh berbeza.. k.. kalo diamati betul2 grindcore ada sikit berunsur hardcore + punk yg dilajukan 100x, dan lirik diorg lebih kepada political similar to hardcore punk.. dan lagi satu kebanyakan bebudak grind core ni dtg dr scenes anarcho punk..
haha.. sori kalo tak faham.. sebab aku pun tak tau camne nak describe betul2 |
|
|
|
|
|
|
|
Power Metal aku ada pernah terdengar genre tu tapi aku tak paham muzik diorang camana. Tak pernah dengar. Macam jugak Space Metal. Ni semua ada wujud. Camana muzik pun tak tau. Astronaut yg main kot.
Progressive Rock dgn Progressive Metal tu sama ke tak? Helloween tu apa genre sebenarnya? Speed kan? Tapi aku tak nampak speed dari segi apa.
Encik Johan, grind death metal tu ada. Cannibal Corpse la claim dia bawak genre tu. Kalau local band pulak macam Slumscum. Dulu punye band la. Sekarang dah takde kot sebab drummer dia dah jadi org kuat ayah pin.
Lagi satu, Necrotic Chaos aku rasa local band yg bawak Grind Death Metal sebab seakan - akan muzik Cannibal Corpse je.
[ Last edited by WhiteShark at 2-1-2006 06:54 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Helloween tuh genrenya power metal
cuba check http://www.bnrmetal.com click kat genre
for more info
hehe aku pon pening pening gak ngan genre genre ni
susah gak nak explain
[ Last edited by death_dealer at 2-1-2006 06:59 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Ha ha ha !! Banyak lagi genre metal rupanye. Viking metal pun ada. Buat konsert semua pakai tanduk kerbau. |
|
|
|
|
|
|
|
Viking metal best jugak woo...
Style cam Amon Amarth ngan Fintroll tu..
Fuh.. memang barbaric habes!! :lol |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tahu band apa yang style viking metal,
ko bleh check http://www.vikingblood.net
siap sejarah viking, bahasa, region,
sume pon ada sana.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg aku baca diorang tulis viking metal tu seakan sama macam black metal. cuma pendekatan lirik je yg lain. dari segi apa yg ditulis tu aku rasa mungkin bathory juga adalah salah satu band viking metal sebab ramai org kata bathory adalah black metal tapi apa yg aku dengar black metal nye tak sama macam cradle of filth, emperor dan amorphis.
huh! pagan metal pun ada? ni confirm metal sesat
[ Last edited by WhiteShark at 2-1-2006 07:41 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Bathory nih mungkin confusing sket genrenya..
tapi tahun 1986 diorang setat sebagai band black metal..
dan kemudian ubah ke Viking metal tapi elemen black masih ada...
Boleh di cop sebagai band Viking Black metal kut?
Heheh |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan setakat Pagan metal..
Hair metal pon ada..
Kahkahkah apa band hair metal weii? |
|
|
|
|
|
|
|
erm,
macam nie baru ok .
Setidak-tidak nya irama metal nie tak lah disangkutpuatkan pada satu saje, 'Black Metal.
Kebanyakkan orang dalam Malaysia nie, dengar jer irama keras ade suare2 growl istilahkan sebagai BlackMetal,
adeker patut?? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak uraikan serba sedikit mengenai genre bergelar 'Death Metal'
Dari akar umbi 'death metal' dibahagikan kepada beberapa bahagian dan style permainan:
1. "Fast" death metal
- Cara permainan tempo yg laju dipelopori oleh kemunculan band seperti SLAYER, dan asas permulaan melodi yg berstruktur seperti dapat didengar pada awal permainan band SEPULTURA dan MASSACRA.
- Juga bole dilihat pada band HYPOCRISY,MORBID ANGEL,VADER
2. Percussive death metal
- tempo permainan terpengaruh dari hentakan pedal, letupan berhaluan jalanan seperti speed metal dari band EXODUS atau EXHORDER , banyak mempengaruhi style permainan dari lubuk band-band death metal dari New York dan Florida.
- Rujukan band SUFFOCATION,ACERBUS,CRYPTOPSY,DEEDS of FLESH,GUTTED,KATAKLYSM,PYREXIA,SINISTER
3. Progressif
- permainan progresif death metal seakan melekat pada seorang metallers yg merujuk kepada groove jazz pada genre rock dan unsur classical. Dan juga diistilahkan sebagai 'Technical' cara permainan
- Rujukan ATHEIST,PESTILENCE,DEMILICH,DEATH,MORBID ANGEL,ATROCITY,AT THE GATES
4. Deathgrind
- berpaksi pada genre death metal ditokok tambah dengan riffing berbaur grind
5. Death Trash
- juga berpaksi pada genre death metal dari segi vokal growl dan teknik picking ditokok tambah dengan permainan laju berbaur trash metal
6. Doom Metal
- seakan mati,merintih dan sentimental muncul pada irama death dan heavy metal , dimana suatu keperluan pada kedua-dua genre muzik dengan penekanan kepada penukaran kord yg lambat dan berresonan.
- Rujukan CEREMONIUM,SKEPTICISM,CATHEDRAL
7. New York Death Metal (NYDM)
- merujuk kepada lubuk band berasal dari kota New York
- rujukan MORPHEUS DESCENDS,BAPHOMET,INCANTATION,SUFFOCATION,IMMOLATION
8. Florida Death Metal
- merujuk kepada lubuk band berasal dari Florida
- rujukan DEATH,MORBID ANGEL,MONSTROSITY,MASSACRE,DEICIDE
9. Swedish Death Metal
- merujuk kepada lubuk band berasal dari negara Sweden
- rujukan ENTOMBED,DISMEMBER,THERION,AT THE GATES,UNLEASHED |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by WhiteShark at 2-1-2006 07:02 PM
Ha ha ha !! Banyak lagi genre metal rupanye. Viking metal pun ada. Buat konsert semua pakai tanduk kerbau.
Hehe, aku rase kat sane kerbau bukan trademark dorang kot.
Mungkin kepale binatang ntah hape hape.
Viking nie ade unsur2 epik jugak kan?
Tak mustahil nie juga satu semangat pada dorang kerana berasal dari rumpun silam VIKING.
Ape lah salahnya kalau kiter kat Malaysia nie beketurunan Melayu mempunyai asas muzik metal tapi berbaur dari kisah silam Kesultanan Melayu Lama. Uhhh, menarik band yg buat macam nie. |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi apa yg sesuai? Hang Tuah Metal? atau Silat Metal? Hehe. Boleh masukkan instrument gong ke gamelan ke macam Cromok buat. Bagi melodic macam lagu zapin atau lagu joget lain tapi kena pastikan muziknye keras !! Boleh buat maa....
Hair metal tu macam Glam metal kot. Metal dari segi appearance je. |
|
|
|
|
|
|
|
pening paler aku...dgr dh arr!!!...hahaha...expert abis aku tgk korang!!..tabik!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by death_dealer at 2-1-2006 07:57 PM
Bukan setakat Pagan metal..
Hair metal pon ada..
Kahkahkah apa band hair metal weii?
Hair Metal yang aku tau jenis band rock 80an yg simpan rambut panjang macam Bon Jovi, Skid Row, GnR,Deff Leppard, Motley Crue..
lirik selalunya cheesy.
lagu catchy senang nak ingat terutamanya dekat chorus
[ Last edited by ChildrenOfBodom at 3-1-2006 10:28 AM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|