View: 11593|Reply: 27
|
Planet Ke-10: Menghampiri Kenyataan Al-Quran (merged: pipi)
[Copy link]
|
akiranorwen This user has been deleted
|
Ahli sains temui planet ke-10
Penemuan berkenaan mungkin memaksa buku teks sekolah ditulis semula
LOS ANGELES: Seorang ahli astronomi Amerika Syarikat mendakwa beliau menemui planet ke sepuluh dalam sistem solar yang akan menyebabkan ahli sains perlu melakar semula peta astronomi.
Jika perkara itu benar, penemuan Mike Brown dari Institut Teknologi California akan menjadi planet yang pertama sejak penemuan Planet Pluto dikenal pasti pada 1930 yang menjadi planet kesembilan yang mengelilingi matahari.
揂mbil pen anda. Mulai hari ini tulis semula buku teks, |
|
|
|
|
|
|
|
al-Quran kata ada 11 Planet?
Assalamu'alaikum w.b.t.
Berikut adalah petikan dari Bharian.com.my
http://www.bharian.com.my/m/BHar ... 0731094412/Article/
dan juga di
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=170379&fpage=1
Planet Ke-10 ditemui
# Planet pertama dikesan sejak penemuan Planet Pluto pada 1930.
# Planet itu pertama kali ditemui pada 31 Oktober 2003 menggunakan Teleskop Samuel Oschin di Makmal Cerap Palomar di San Diego, California
# Penemuan baru memaksa buku teks ditulis semula.
# Planet ke-10 lebih besar daripada Pluto.
# Terletak kira-kira 15 bilion kilometer dari Bumi.
# Penemuan menghampiri kenyataan dalam al-Quran yang menyatakan kewujudan 11 planet.
Soalannya : Saya, bukanlah seorang tahfiz al-Quran. Kepada mana-mana forumners yang memilik ilmu seperti yang dikehendaki, silalah berikan keterangan beserta isi-isi al-Quran yang berkaitan dan juga Hadis (bagi yang bukan Pro-Quran).
Segala kerja tangan anda amatlah dihargai, didahului dengan jutaan terima kasih, alhamdulillah kerana anda sedia memberikan ilmu-ilmu dan berbincang mengenainya di dalam forum ini.
[ Last edited by pipi on 31-7-2005 at 04:56 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
itu kita kena rujuk kepada mereka yg pakar dlm bidang astronomi. sbb besar kecil jasad yg mengelilingi matahari kadang2 tak bermaksud ianya planet. |
|
|
|
|
|
|
|
yup.. memang kecil besar tak menentukannya.. tapi.. soalan saya berkaitan dengan ayat al-quran yang menyentuh tentang kewujudan planet (11 planet)... |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin dapat membantu
Terjemahan Surah Yusof ayat 4
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". |
|
|
|
|
|
|
ghetto_souljah This user has been deleted
|
Assalamualaikum Warahmatullah...
Ini 3 terjemahan daripada Al-Quran, Surah Yusuf; Ayat 4..
012.004
YUSUFALI: Behold! Joseph said to his father: "O my father! I did see eleven stars and the sun and the moon: I saw them prostrate themselves to me!"
PICKTHAL: When Joseph said unto his father: O my father! Lo! I saw in a dream eleven planets and the sun and the moon, I saw them prostrating themselves unto me.
SHAKIR: When Yusuf said to his father: O my father! surely I saw eleven stars and the sun and the moon-- I saw them making obeisance to me
...nanti kalau jumpa lagi ayat2 lain yg berkaitan saya akan add lagi.. |
|
|
|
|
|
|
sauber This user has been deleted
|
Ayat diatas secara tersirat bermaksud 11 adik-beradik Yusuf dan kedua ibubapanya akan tunduk kepada Yusof. Dan ia menjadi realiti pada akhir surah Yusof.
Tafsir perkataan kawkab dalam ayat tersebut juga telah berubah dari bintang kepada planet. Dulu semasa teknologi astronomi belum maju, kawkab dianggap sebagai bintang kerana ia bersinar seperti bintang (nejme). Namun pada abad 20, saintis telah dapat membezakan antara planet dan bintang. Maka, tafsiran yang paling tepat bagi perkataan kawkab pada abad ke 20 ialah planet.
http://www.cedarseed.com/lebanese/lexnoun.html
Sila lihat maksud ayat berikut dalam Alquran setelah perkataan bintang ditukar kepada planet;
37:6. Kami menghiasi langit dunia dengan perhiasan daripada PLANET-PLANET(bintang-bintang),
Inna zayyanna alssamaa alddunya bizeenatin alkawakibi
82:2. Apabila PLANET-PLANET(bintang-bintang) ditaburkan,
Wa-itha alkawakibu intatharat
Alquran jelas membezakan antara planet (kawkab), bintang ( nejme) dan gugusan bintang (buruj). Mungkin ada pendapat yang lebih baik. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sauber at 1-8-2005 08:54 AM:
Ayat diatas secara tersirat bermaksud 11 adik-beradik Yusuf dan kedua ibubapanya akan tunduk kepada Yusof. Dan ia menjadi realiti pada akhir surah Yusof.
...
mohon pencerahan....sauber ini tafsiran dari siapa ?....tatie baca juga keseluruhan surah Yusuf dari ayat 1 hingga ayat 111 itu ...bagaimanapun untuk menyatakan maksud tersirat seperti di atas belum cukup kuat lagi. Ia bukan maksud tersirat tetapi jika pada pendapat tatie ia maksud tersurat sahaja...
Terjemahan Surah Yusof ayat 4
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".
Surah Yusof ayat 100-
Dan dia dudukkan kedua ibu bapanya (bersama-samanya) di atas kerusi kebesaran. Dan setelah itu mereka semuanya tunduk memberi hormat kepada Yusuf. Dan (pada saat itu) berkatalah Yusuf: "Wahai ayahku! Inilah dia tafsiran mimpiku dahulu. Sesungguhnya Allah telah menjadikan mimpiku itu benar. Dan sesungguhnya Dia telah melimpahkan kebaikan kepadaku ketika Dia mengeluarkan daku dari penjara dan Dia membawa kamu ke mari dari desa sesudah Syaitan (dengan hasutannya) merosakkan perhubungan antaraku dengan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku lemah-lembut tadbirNya bagi apa yang dikehendakiNya; sesungguhnya Dia lah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Surah Yusof ayat 111
Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) ia bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.
[ Last edited by serihartatie on 1-8-2005 at 09:29 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih kepada :
+ serihartatie
+ ghetto_souljah
+ sauber
Moga-mogaan sekiranya diberi beberapa kesempatan kepada kalian, diharap kalian dapat memberikan lagi hujah-hujah. Kini, kita telah memasuki tafsiran surah Yusuf. Teruskan sekiranya ianya dapat membantu. Setakat ini, benar-benar membantu, alhamdulillah....
Ada lagi tak? seperti hadis-hadis (mana-mana forumner lain boleh berikan hadis-hadis hafalan or rujukan mereka).
Terima kasih...
[ Last edited by nahzaluz on 2-8-2005 at 12:41 AM ] |
|
|
|
|
|
|
sauber This user has been deleted
|
Originally posted by serihartatie at 1-8-2005 09:20 AM:
mohon pencerahan....sauber ini tafsiran dari siapa ?....tatie baca juga keseluruhan surah Yusuf dari ayat 1 hingga ayat 111 itu ...bagaimanapun untuk menyatakan maksud tersirat seperti di ata ...
Ada dalam kitab perjanjian lama;
Ayat Alquran yang menunjukkan ibubapa dan saudara-saudara Yusof sujud/tunduk tanda hormat kepada Yusof telah ditunjukkan oleh saudari.
Manakala cerita Yusof dalam kitab perjanjian lama menunjukkan yang ayahnya Yaakub faham maksud mimpi Yusof iaitu maksud 11 planet (saudaranya), bulan (ibunya) dan matahari (bapanya).
http://bible.gospelcom.net/passa ... 37;&version=31;
9 Then he had another dream, and he told it to his brothers. "Listen," he said, "I had another dream, and this time the sun and moon and eleven stars were bowing down to me."
10 When he told his father as well as his brothers, his father rebuked him and said, "What is this dream you had? Will your mother and I and your brothers actually come and bow down to the ground before you?" 11 His brothers were jealous of him, but his father kept the matter in mind.
Cuma ada sedikit perbezaan cerita Yusof dalam OT(old testament) dan Alquran tapi persamaannya banyak.
Mungkin ada pendapat yang lebih baik. Harap dapat perbetulkan.
[ Last edited by sauber on 1-8-2005 at 10:43 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 1-8-2005 09:20:
.Terjemahan Surah Yusof ayat 4
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku"...
pink ada terbaca ini:-
"(Ingatlah) ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku"" (Yusuf, 12: 4)
Apabila mendengar mimpi tersebut, Nabi Ya'qub secara membisik menasihati anaknya supaya tidak memberitahu saudara-saudaranya yang lain memandangkan rasa cemburu mereka yang meluap-luap. Baginda memberitahu Yusuf, kemungkinan mereka akan merancang pakatan menentang Yusuf. Nabi Ya'qub A.S. telah mentafsirkan mimpi tersebut bahawa Yusuf akan menjadi seorang yang terkenal. Allah akan mengurniakan kebijaksanaan, nikmat dan penghormatan. Baginda juga akan mendapat kelebihan meramalkan kejadian masa depan. Kesimpulannya, Yusuf akan diangkat sebagai seorang nabi. Saudara-saudaranya yang sebelas lagi (11 bintang), ibu dan bapanya (bulan dan matahari) akan memerlukannya dan akan tunduk terhadap kedudukannya yang mulia.
ps* mungkinkah 11 bintang yang di maksudkan dalam mimpi itu adalah bilangan adik-beradik Nabi Yusuf A.S? kerana Nabi Yusuf A.S mempunyai 11 orang adik beradik,bulan dan matahari di dalam mimpi itu pulak ialan ibu dan bapanya...
wallahualam..:pray:
[ Last edited by pink on 2-8-2005 at 01:01 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ps* mungkinkah 11 bintang yang di maksudkan dalam mimpi itu adalah bilangan adik-beradik Nabi Yusuf A.S? kerana Nabi Yusuf A.S mempunyai 11 orang adik beradik,bulan dan matahari di dalam mimpi itu pulak ialan ibu dan bapanya...
betul jugak tu.
What if....? Lepas ni jumpa lagi planet ke 12.... 13 .... 14....
atau
planet yang baru jumpa tu sebenarnya bukan planet. mungkin bulan kepada pluto... atau (Allah saja yang mengetahui) ... |
|
|
|
|
|
|
|
okay... nak tambah sikit...
mungkin kalau tak betul, kita kata pulak.... itu mimpi nabi yusof.... mimpi aje. |
|
|
|
|
|
|
sauber This user has been deleted
|
Kalau ikut tafsiran saintifik memang ler susah nak confirm sebab sains itu sendiri berkembang.... sistem suria setakat ini mengandungi 9 planet yang mengorbit matahari. Aku musykil jugak, apakah perlunya planet-planet yang jauh ini mengorbit matahari. Macam takder significant value saja. Namun Allah dah berfirman, Dia tidak menjadikan semua ini sia-sia.
[ Last edited by sauber on 2-8-2005 at 08:06 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
kat surat kabo ada?? gambo ada?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by adheq at 11-10-2005 03:43 PM
kat surat kabo ada?? gambo ada??
Boleh try lihat link ni : NASA's Press Release
Behold! Joseph said to his father: "O my father! I did see eleven stars and the sun and the moon: I saw them prostrate themselves to me!" (Yusuf : 4)
[ Last edited by antiQue at 11-10-2005 06:53 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Ni thread kedua topik yang sama.
Okay nak tanya, kalau le didapati tak betul. Ada lagi planet ke 11, 12, 13....seterusnya. Nak jawab macamana pulak?
Nak kata "Itu cuma mimpi saja, tak ada apa-apa."??? |
|
|
|
|
|
|
|
wa cadang kan planet tu diberi nama planet zargus.....
planet ke 11 planet gorgon
planet ke 12 planet salim
planet ke 13 planet holywood |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah terang lagikan bersuluh.......
Memang dah nyata.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|