CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20855|Reply: 98

novel:B.Inggeris or Bahasa Melayu

[Copy link]
Post time 28-7-2005 10:24 AM | Show all posts |Read mode
salam,

tak tau la topik ni dah pernah ada ke tak?...tapi semalam dok bersembang dengan sorang kawan ni....sembang pasal buku-buku yang aku ada....dan aku cakap la mostly novel-novel yang aku ada kebanyakannya dalam bahasa inggeris. dalam bahasa melayu kurang.tapi masa sekolah dulu aku rajin jugak beli novel melayu.

so dia tanya kenapa.....ni jawapan aku - sebab kebanyakan novel bahasa melayu tema dia kebanyakan sama jer. dan watak-watak dalam tu pun sama jugak....mesti ada watak orang kaya dan miskin dan tema utama dia cinta sahaja (kebanyakannya). tapi ada jugak novel melayu yang agak lain sikit temanya. contoh macam ramlee awang murshid, dengan novel thriller dia,menarik... HM tuah iskandar, ada satu novel dia, memang menarik. maybe sebab dia ni pakar motivasi so novel yang aku baca tu berkaitan dengan psikologi manusia jadi amat menarik.tapi tu la tak banyak sangat novel-novel melayu ni yang ada tema-tema yang agak berat.

....novel bahasa inggeris ni  tema dia perlbagai.aku ambik beberapa penulis yang aku suka baca karya dia... macam sidney sheldon, novel dia banyak berkisar tentang wanita dan semangat diaorang. contoh macam nothing lasts forever berkisar tentang doktor-doktor wanita yang bertugas di sebuah hospital. dan satu lagi novel yang menarik ialah if tomorrow come dimana watak didalamnya adalah seorang pencuri profesional wanita. satu lagi ialah tell me your dreams, di mana berkenaan tentang satu watak yang menghadapi penyakit multiple personal disorder.  

satu lagi novelis dan brown di mana mengguna perlbagai tema dalam novel dia. keempat-empat buku dia ada perkara yang berbeza. jadi ia amat menarik dan aku banyak mengetahui benda yang baru...pasal illuminati, pasal cyrptography, sejarah....

jk rowling terkenal dengan harry potter nya. so walaupun berkisar tentang dunia sihir, tapi dia berjaya mengolah nya menjadi menarik, dan sapa sangka dia boleh jadi jutawan dengan cerita ni.

novel lain...sophie's world. memperkenalkan aku tentang falsafah...masa student dulu belajar jugak falsafah ni tapi secara formal. tapi melalui novel ni aku berlajar secara tak langsung dan ianya agak menarik sebab dia siap bagi contoh untuk mudah kita memahaminya. dan dari situ aku mula cari maklumat tambahan untuk lebih memahami falsafah.

so aku nak tau pendapat orang lain macam mana.....macam aku kata tadi lain orang lain pendapat.....silakan.....

[ Last edited by nevberg on 28-7-2005 at 10:28 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2005 12:11 PM | Show all posts
Sekarang ni pun dah banyak novel melayu pelbagai genre macam Nev crita tu. Tapi sambutan tak menggalakkan. Kira sales dia takdela boom cam novel cinta tu.

Tu sebab lah kalau nak cerita pasal karier ke apa kena point dia berkisar pasal cinta jugak. Norhayati Berahim kalau baca cerita dia...dia memang kupas habis + buat research let say watak dlm novel dia. Camana field kerja watak-watak tu. Then Ahadiat Akasahah. To name a few la....!

Well Faisal Tehrani doing well. Menang banyak tapi novel dia kalau nak kira dari segi sale takdelah membanggakan. (Biasalah kalau novel yang menang-menang ni).

So... kalau penulis novel nak ikut Faisal Tehrani....  atau pun tema-tema berat...diorang akan pikir...ada market ke novel-novel nih?

Nak jadi JK Rowling Malaysia pun nak kena pikir banyak kali jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2005 11:28 PM | Show all posts
susah nak tandingi JK Rowling tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2005 08:19 AM | Show all posts
Originally posted by tieyramisu at 2005/7/28 12:11:
Sekarang ni pun dah banyak novel melayu pelbagai genre macam Nev crita tu. Tapi sambutan tak menggalakkan. Kira sales dia takdela boom cam novel cinta tu.

Tu sebab lah kalau nak cerita pasal ka ...


well faisal tehrani, walaupun tak pernah baca novel-novel dia tapi cerpen-cerpen dia quite interesting.

nak try membaca novel-novel dia nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2005 09:54 PM | Show all posts
nak jugak try novel bahasa melayu tapi tak tahu mana nak start and kebanyakanya cerita cinta.. ada la pinjam a few books from a friend cuba baca but it felt like reading a script for drama minggu ini.. i think the last buku cerita melayu that i read and enjoyed was a loooong time tu pun cerita siri bercakap dgn jin.. lagipun most of the boks i beli comes from pay less  and ebooks so takde buku melayu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2005 08:08 AM | Show all posts
Assalamualaikum

Sebenarnya, banyak buku novel Melayu yang berilmiah. Cuma kita ni tak reti cari di mana.. dulu, biasanya saya akan cari di festival DBP atau kedai buku DBP..

Saya mula membaca novel melayu yang berbahasa ilmiah dan intelektual masa darjah 4 lagi.. masa tu buku-buku yang berkualiti tak banyak.. kalau nak cerita, saya bermula dengan penulis-penulis lama seperti Khadijah Othman, Khairuddin Ayip dan Salina Zainal.. Buku buku ni pun ibu dan makcik saya carikan, sebab mereka ingin menggalakkan kami membaca buku BM (zaman tu mmg zaman kami baca buku BI saje esp buku Enid Blyton).

Masuk darjah 5, saya terjumpa kawan yang membeli Antologi Cerpen himpunan Minggu Penulis Remaja tahun 1991.. Masa tu saya kenal Hizairi Othman, Amaruszati Mohd Noor, Utahay Sankar etc. Skrg, mereka dah terkenal dalam bidang penulisan.. alhamdulillah.

Faisal Tehrani punya background yg menarik. Saya mula membaca cerpennya melalui Dewan Siswa semasa saya di tingkatan 2 -tajuknya 'Kerana Manisnya Epal'. Ketika itu, majalah ni mmg wajib dibeli untuk pebelajaran dalam kelas, tapi saya suka cerpen cerpen yang dipaparkan, kerana sangat berkualiti..

Yang paling saya ingat, saya dan kakak kumpul duit beli buku Ahmad Patria Abdullah masa form 2 dan form 3.. buku buku Saga Artakusiad.. Ini mmg rare publications, dah tak ada diterbitkan DBP.. Ala-ala LOTR.. tapi bahasanya sgt menarik..

Buku buku dalam siri ni:
Permata Aurorarius
Kota Arialun
Kembar Artakus
Puteri Alindalia
Petua Azkram
Pedang Aurora

dan atas permintaan ramai, Ahmad Patria mula menulis tahun lepas.. sambungan buku Saga Artakusiad, bertajuk Legenda Numerius... Masa saya masuk U, saya cari balik buku buku ni di DBP, tapi dah tak berjumpa. Sayang betul, buku Saga Artakusiad ni mmg bestseller Malay books di Malaysia.

Kemudian tahun-tahun 2000 dan ke atas, digemparkan semula dengan kembalinya Faisal Tehrani..

Seronok sgt sgt bertemu jejak dengan penulis lama yang saya kenali hasilnya dalam Dewan Siswa.. Malahan novel novelnya bermutu spt 1511H Kombat dan Tunggu Teduh Dulu..

Saya juga ada beli Antologi Cerpen Remaja.. banyak penulis muda sudah bangkit spt Ghafirah Idris etc.. Kalau nak try antologi cerpen, cubalah baca "Segala Yang Tercinta Ada Di Sana"

Kalau nak mudah, cari saja di ujanailmu.com.my
Mmg disitu dihimpunkan penulis penulis novel BM intelektual
Dan kalau boleh cari novel-novel pemenang Hadiah Utusan Exxon Mobil (anugerah ni bermula tahun 1986 kalau tak silap), itu mmg novel yg sgt sgt berkualiti
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-8-2005 05:53 PM | Show all posts
Originally posted by limau_nipis at 2005/8/2 08:08:
Assalamualaikum

Sebenarnya, banyak buku novel Melayu yang berilmiah. Cuma kita ni tak reti cari di mana.. dulu, biasanya saya akan cari di festival DBP atau kedai buku DBP..

Saya mula membaca ...


wahhh limau....bagusnya awak...tapi tu la, masa kecik jer la berpeluang nak baca buku-buku karya khairudin ayip, khadijah hashim...masa sekolah kat ipoh ada galeri DBP, so selalunya beli dari situ jer. kalau ada pesta buku memang tak pernah lupa nak beli novel terbitan DBP ni.

nama-nama macam hizairi othman, amaruszati and uthaya shankar tu memang menarik karya mereka. dan cerpen faizal tehran - kerana manisnya epal- yang limau cakap tu memang best...masa tu selalu beli dewan siswa, dan sama jugak sebab untuk digunakan dalam kelas.

ahmad patria abdullah....ada sorang kawan kata memang menarik buku saga Artakusiad ni....hmm...harap-harap  akan diterbitkan kembali...sayang buku sebagus ni tak dapat dikongsi...

kita memang tak kurang penulis yang berbakat cuma, karya-karya seperti ni ditenggelamkan dengan karya-karya lain yang mana tema nya sama....

teringat masa sekolah dulu berlumba-lumba membaca sebab akhir tahun siapa yang paling banyak membaca akan dapat hadiah buku jugak....dan hadiah-hadiah yang dapat tu masih ada lagi sampai sekarang....paling seronok antologi cerpen remaja....rasa nak balik dan cari balik buku tu....
:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2005 06:50 PM | Show all posts
saya mula minat baca Novel Melayu sebab abang saya yg no. 4 suka beli and baca buku Melayu ni...antara tajuk yg diingati...

Konserto Terakhir
Saga
Seroja Masih Di Kolam
Badai Semalam
Bila Lagi Kompang Berbunyi

ada sebuah novel saya baca sampai nangis2 bengkak mata...sayang
dah tak ingat tajuk dier...

antara pengarang yg diingati...W.S. Uzala...cerita2 dier dah tak brapa ingat...

English novels I love to read them due to the other world, scenery, culture etc
offered in them...because local writings tend to focus on local settings and culture so foreign writings attract our interest in wanting to know different things...writers like Shakespeare, Achebe, Hemingway- to name a few- provide foreign offerings for our reading buds...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2005 07:51 AM | Show all posts
Originally posted by nevberg at 2-8-2005 05:53 PM:
ahmad patria abdullah....ada sorang kawan kata memang menarik buku saga Artakusiad ni....hmm...harap-harap  akan diterbitkan kembali...sayang buku sebagus ni tak dapat dikongsi...


nevberg, FYI.. buku-buku ni ada.. tapi mmg lah sgt susah nak cari kat kedai buku, sebab dah tak diterbitkan...

atas persetujuan Ahmad Patria Abdullah (dia menulis Saga Artakusiad masa berumur 17 tahun dan skrg dah berumur 30+ jadi seorang doktor), boleh cari buku no 2 hingga no 6 di sini, ada dijual di Dawama.com

Kota Arialun
Kembar Artakus
Puteri Alindalia
Petua Azkram
Pedang Aurora


tapi bersedialah.. sebab kalau ada stok baru, akan habis dirembat dalam masa seminggu, dan bukunya pun mmg dah buruk.. sebab ni terbitan DBP awal tahun 90-an (ada diskaun).

Kalau buku no 1; Permata Aurorarius.. boleh order dengan Nisah Haron (http://nisah.cjb.net). Ahmad Patria dah bagi persetujuan untuk Kak Nisah fotostat buku pertama ni - sbb buku pertama terbitan DBP ni mmg sudah tiada langsung dlm penerbitan. Kaka saya beli fotostat version dari kak Nisah, mmg sgt sgt puas hati.

Buku no 7 (bertajuk Legenda Numerius) dan baru ditulis semula sambungannya pada tahun lepas - you can check Ujana Ilmu or Dawama again. Buku no 7 ni mmg mahal sikit, sebab bukan terbitan DBP dah...

And lastly, buku baru Ahmad Patria, buku terakhir dalam siri ni -tgh ditulis oleh beliau, mahal.. dalam harga RM 100+, tapi sebab minat sgt, pre order jugak! Hehehehe... Tak tahu lagi co mana akan terbitkan, tapi dah start pre order
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2005 08:53 AM | Show all posts
Originally posted by seribulan at 2005/8/2 18:50:
saya mula minat baca Novel Melayu sebab abang saya yg no. 4 suka beli and baca buku Melayu ni...antara tajuk yg diingati...

Konserto Terakhir
Saga
Seroja Masih Di Kolam
Badai Semalam
Bila La ...



konserto terakhir memang best....cerita lain...anak din biola....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2005 08:55 AM | Show all posts
Originally posted by limau_nipis at 2005/8/3 07:51:


nevberg, FYI.. buku-buku ni ada.. tapi mmg lah sgt susah nak cari kat kedai buku, sebab dah tak diterbitkan...

atas persetujuan Ahmad Patria Abdullah (dia menulis Saga Artakusiad masa berumu ...



nampak sangat menarik....thanks a lot...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2005 09:15 AM | Show all posts
Tak ingat bila last baca novel melayu. Tak ingat tajuk tapi ingat buku tu kompilasi dalam majalah remaja. Member2 kata buku tuh best. Bila baca rasa cam tak leh diterima dek akal. Bosan, tak ajak pembaca berfikir sama. Tak habis pun baca. Taste saya tinggi sikit dari taste member2 tu rasanya. :lol
  Tetapi memandangkan ada yg rekemen novel2 melayu yg best je bunyinya. Boleh rekemen lagi tak novel2 melayu yg kureng sikit cintan-cintun nih?? Teringin lah pulak nak baca novel melayu. :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2005 07:12 PM | Show all posts
masa kecik2 dulu banyak baca buku cite melayu... buku budak2 termasuk lah buku orang besar macam "ombak bukan biru"

bila dah besar interest pun berubah, suka baca non fiction esp autobiography, makin kurang baca buku melayu

balik dari further study, ingatkan nak baca buku2 melayu, beli satu novel, tajuk tak ingat, ada gambar london bridge kat depan, tak silap penulis HM Tuah Iskandar, tapi tak larat nak menghabiskannya...

tapi dah pernah baca sejarah melayu (walau boring teramat), karya2 shahnon ahmad, a. samad ismail (banyak yang susah nak faham cam hujan pagi) dll...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2005 03:45 PM | Show all posts
Originally posted by prop at 2005/8/3 19:12:
masa kecik2 dulu banyak baca buku cite melayu... buku budak2 termasuk lah buku orang besar macam "ombak bukan biru"

bila dah besar interest pun berubah, suka baca non fiction esp autob ...



buku HM tuah iskandar yang ada gambo london bridge tu eh...aku ada...best gak....kelakar pun ada jugak....tapi tak ingat tajuk....lol
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2005 02:21 PM | Show all posts
stefa isle...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2005 05:16 PM | Show all posts
Originally posted by KRUfan at 7-8-2005 02:21 PM:
stefa isle...



sory tuan rumah, off topic

now it rings the bell, memang tajuk dia "stefa isle", u abis baca ke?

tak taulah kalau masa tu 1st time baca buku melayu selepas beberapa tahun, but i just cudnt finish it, lately dah sedekah kan pun buku tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2005 03:42 AM | Show all posts
konserto terakhir tu saya baca bila dalam form 5, agak menarik jugak, tapi sad ending, tak berapa suka...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2005 03:47 AM | Show all posts
though born as a non-Malay, saya masih m'punyai minat yang teramat sangat dalam BM, suka aje baca sastera BM, sampai dapat A1 masa SPM dulu (I'm not from a Malay school)... tapikan lepas SPM tu bila masuk college ke ape, tak de lah lagi chance boleh baca byk2 buku BM.  kalau boleh saya nak cari buku mcm yg ttg hikayat hang tuah ke, sejarah melayu ke, yg ttg tun teja ke, tapi saya tak tau mana boleh saya dapatkan.

3 tahun keluar dari high school, sekarang I'm more towards Nordic Literature, cubalah baca Anderson atau Ibsen, tak rugi juga, carilah translation yang baik, dan belajar menghayatinya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

bumbun This user has been deleted
Post time 6-9-2005 12:30 PM | Show all posts
dah lama tak baca novel melayu sbb blh agak jln citenya & balik2 kisah cinta.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2005 02:47 PM | Show all posts
Originally posted by liesl at 3-9-2005 03:47 AM
kalau boleh saya nak cari buku mcm yg ttg hikayat hang tuah ke, sejarah melayu ke, yg ttg tun teja ke, tapi saya tak tau mana boleh saya dapatkan.


liesl, try cari kat pesta buku.. esp KL International Book Fair, jenguk le kat kedai DBP.. kot kot ada, biasanya kat fair ni mesti jumpa buku yg rare publications
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.101043 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list