"I like this guy and what his does in Palestine, but this is so wrong,"
Ramai anak perantau yang teruja untuk pulang ke kampung setelah sekian lama tidak dibenarkan merentas negeri.
Namun keseronokkan seakan terbantut apabila aktivis kemanusiaan Palestin, Nadir Al Nuri menulis ciapan yang didakwa membuatkan ramai yang berasa bersalah.
Bagi majoriti netizen, ianya seolah-olah mereka langsung tidak peduli dengan saudara di sana, betul ke?
Foto :Twitter
Dengan tiba-tiba, ramai netizen yang merasa meluat dengan kenyataan tersebut lalu melabelkan Nadir sebagai terpaling aktivis, masakan tidak, setiap orang mempunyai kesukaran hidup sendiri, jadi apabila boleh pulang untuk bertemu ibu ayah di kampung, salah ke?
Lebih dasyat ada yang pulang pun, hanya kuburan menunggu mereka.
Foto :Twitter
Bagaimanapun, ada pula yang mengatakan tiada apa-apa negatifnya dalam kenyataan tersebut. Hanya orang yang membacanya sahaja yang terasa, betul ke?
"How on earth this tweet can be misunderstood by so many? Aku baca takde nada perli pon"
Mungkin juga Nadir tidak berniat begitu, cuma penyampaiannya sahaja yang tidak kena. -CARI
Foto :
|