CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3162|Reply: 4

[Sarawak] Vaksin COVID-19: Sarawak mula dos penggalak hari ini

[Copy link]
Post time 13-10-2021 12:25 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) akan memulakan pemberian dos ketiga dan dos penggalak vaksin COVID-19 untuk semua penduduk di Sarawak mulai hari ini.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Dr. Rosemawati Ariffin berkata pemberian dos ketiga dan dos penggalak ini tidak bermakana vaksin yang telah diberi sebelum ini tidak memberi kesan perlindungan klinikal seperti dikehendaki.

Sebaliknya jelas beliau usaha itu akan memberi perlindungan tambahan kepada golongan rentan sepertu mereka yang bermasalah dengan sistem imun.

“Dua dos sahaja tidak cukup untuk memberi mereka perlindungan atau merangsang sistem imun untuk melawan jangkitan COVID-19.

“Dos ketiga vaksin COVID-19 adalah didefinisikan sebagai pemberian dos vaksin tambahan apabila tindak balas imun seseorang di peringkat awal berkemungkinan tidak mencukupi berikutan daripada pemberian awal vaksin secara berturut-turut (primary vaccine series),” katanya dalam kenyataaan hari ini.

Dr Rosemawati berkata dos penggalak vaksin COVID-19 merupakan dos pemberian vaksin bagi seseorang yang pada awalnya mempunyai tindak balas imun cukup terhadap pemberian vaksin secara berturut-turut (primary vaccine series) tetapi mungkin menjadi semakin berkurang dari semasa ke semasa.

“Primary Vaccine Series didefinisikan sebagai rangkaian dos vaksin yang diberikan secara berturut-turut untuk mencapai tindak balas awal imun pelindungan dalam kalangan dua populasi sasaran untuk tempoh masa ditetapkan (yang paling sesuai diukur sebagai kadar seroprotection-vaksin dengan sasaran melebihi 95 peratus),” jelasnya.

Beliau berkata polisi Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai dos ketiga dan dos penggalak pada masa ini ialah vaksin Pfizer COVID-19 telah diluluskan sebagai dos penggalak.

Selain itu tambahnya, setakat ini, kelulusan telah diberikan untuk vaksin yang mempunyai fungsi serupa dengan vaksin telah diberikan secara berturut-turut di peringkat awal (vaksinasi homolog).

Polisi ketiga katanya ialah selang tempoh dari dos terakhir vaksin COVID-19 untuk pemberian dos ketiga adalah sekurang-kurangnya 28 hari selepas penerimaan dos kedua dan untuk dos penggalak  sekurang-kurangnya enam bulan selepas dos kedua.

Dr Rosemawati berkata buat masa ini, golongan immunocompromise atau yang mempunyai sistem imun (ketahanan badan) yang lemah akibat penyakit atau rawatan perubatan akan diberikan dos ketiga, dianggarkan berjumlah 11,900 orang.

Manakala dos penggalak katanya akan diberikan kepada warga emas iaitu mereka yang berusia lebih 60 tahun seramai 80,3000 orang dan Petugas Barisan Hadapan Perubatan,30,340 orang.

“Untuk makluman orang ramai, pemberian dos ketiga dan dos penggalak vaksin COVID19 boleh didapati di klinik-klinik kesihatan kerajaan terpilih, hospital swasta dan klinik-klinik swasta.

“Bagi mereka yang layak, bolehlah menghubungi klinik-klinik tersebut terlebih dahulu sekiranya ingin mendapatkan janji temu. Senarai nama klinik kesihatan kerajaan, klinik dan hospital swasta akan dimaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa melalui saluran media massa dan media sosial untuk memudahkan proses janji temu,” katanya.

JKNS katanya berharap dengan pemberian dos ketiga dan dos penggalak ini khususnya kepada kumpulan berisiko tinggi akan dapat membawa Sarawak khususnya, Malaysia amnya, keluar daripada krisis pandemik ini dan mulai memasuki kehidupan dalam suasana endemik.


credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2021 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena hubungi klinik2 berkenaan,  xde dpt temujanji melalui mysejahtera? Jd blh pilih nak x nak?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2021 01:23 PM | Show all posts
AkokKocik replied at 13-10-2021 01:15 PM
Kena hubungi klinik2 berkenaan,  xde dpt temujanji melalui mysejahtera? Jd blh pilih nak x nak?

Rasa nya kalau kat Sarawak ni ... macam memula dulu ... frontliner dan Wargaemas d dahulu kan ...

Sarawak tak bergantung pada MySejahtera ... kena pergi sendiri klinik2 / PPV terdekat dengan tempat masing-masing ...

Sabah tak tau camne ... sebab Sabah banyak bergantung pada pemberian vaksin dari Kerajaan Pusat ...




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah start kan dos booster kita. Adik kmk pn tgh tunggu turn pdhnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2021 10:46 PM | Show all posts
Qwertyuiop2019 replied at 13-10-2021 10:35 PM
Dah start kan dos booster kita. Adik kmk pn tgh tunggu turn pdhnya.
Aok arituk start ...

frontliner dengan wargamas dolok ...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.055079 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list