CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3140|Reply: 1

[Kedah] Baca al-Quran, zikir rahsia kekal sihat di usia 108 tahun

[Copy link]
Post time 10-10-2021 11:42 AM | Show all posts |Read mode
Baca al-Quran, zikir rahsia kekal sihat di usia 108 tahun
SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA | | 10 Oktober 2021


Ahmad Fadzli bersama Mardzi di rumahnya dekat Kampung Haji Kudong, Kota Kuala Muda Kedah.

SUNGAI PETANI - Amalan membaca Al-Quran dan berzikir menjadi antara rutin yang dilakukan Mardzi Abu Bakar untuk kekal sihat pada usia 108 tahun sekali gus dinobatkan wanita tertua di Kedah.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka, Ahmad Fadzli Hashim berkata, rahsia itu dikongsi ibu kepada lapan orang anak tersebut ketika melakukan kunjungan di rumahnya dekat Kampung Haji Kudong, Kota Kuala Muda pada Rabu.


Menurutnya, antara amalan lain yang dikongsikan warga emas itu termasuk mengamalkan pemakanan sihat dengan melebihkan pengambilan sayur-sayuran, ulam-ulaman dan ikan.


"Amalan rutin yang dilakukan ialah sentiasa membaca Al-Quran dan berzikir menjadikannya kekal sihat selain mementingkan pengambilan makanan berkhasiat.


"Beliau yang memiliki 30 orang cucu dan 11 cicit itu dikatakan seorang yang sentiasa tenang kerana tidak pernah marah serta mengasihi anak serta menantu secara adil dan sama rata," katanya.



Mardzi menerima kehadiran Halimaton (kanan) dan Ahmad Fadzli (kiri) pada Rabu.


Mardzi dilahirkan pada 9 September 1913 dan dilihat masih bertenaga dengan mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik.


Beliau tidak pernah menerima pendidikan formal namun sentiasa memantapkan ilmu agama dengan mengikuti pengajian selain berdampingan dengan tokoh ilmuan dan bersahabat dengan rakan yang membawa ke arah kebaikan.


Mardzi dan arwah suaminya mengusahakan sawah padi bagi membesarkan anak-anak sehinggakan kesemua mereka berjaya dalam bidang yang diceburi.


Beliau dinobatkan sebagai penerima Anugerah Warga Emas Tertua Negeri Kedah, Kategori Wanita sempena Sambutan Hari Warga Emas baru-baru ini.


Anugerah disampaikan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan Kedah, Halimaton Shaadiah Saad.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... t-di-usia-108-tahun
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2021 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak aiii..pjgnya umo dia..kalau aku la prefer mati awal, tak nk la umo dinosor ni..cara hidup n fikir pun x sama mcm golongan2 muda, x blh masuk..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.114921 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list