|
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah membayangkan larangan rentas negeri akan ditarik dalam beberapa hari.
Sehubungan itu kataya, adalah penting masyarakat mengambil semua langkah berjaga-jaga seperti memakai topeng, mencuci tangan dan jarak fizikal walaupun bagi mereka yang diberi vaksin.
Beliau mengingatkan orang ramai agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila aktiviti rentas negeri dibenarkan tidak lama lagi.
Katanya, lakukan ujian kendiri air liur RTK secara berkala bagi menjaga keselamatan orang tersayang dan keluarga.
"Untuk menjaga keselamatan orang tersayang dan keluarga, lakukan ujian diri RTK Ag air liur berkala.
"Tanggungjawab kita sekarang untuk memutuskan rantai jangkitan dan memastikan kes-kes COVID-19 menurun.
"Mohon tanggungjawab sosial dan disiplin sosial yang kuat," katanya di laman Twitter, awal pagi Khamis.
Menrutnya, sebanyak 9,890 kes dilaporkan di seluruh negara hari ini, menjadikan kes kumulatif 2,313,727 kes.
"Pecahan kes ialah Selangor - 1,402 (686,170), Sarawak - 1,413 (221,042), Sabah - 820 (203,488), Johor - 993 (202,932), WPKL - 250 (187,551),Kedah - 503 (139,052), Pulau Pinang - 721 (135,168), Kelantan - 1,032 (122,535), Perak - 794 (107,163), Negeri Sembilan - 180 (98,444), Pahang - 564 (68,975),Terengganu - 699 (60,384), Melaka - 260 (60,070) WP Labuan - 0 (9,982), WP Putrajaya - 59 (6,349) dan Perlis - 200 (4,422)," katanya.
Pada Rabu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin meminta mereka yang mempunyai perancangan pulang ke kampung untuk melakukan ujian CVD-19 sebelum menziarah ahli keluarga. “(Hanya) 1.6% sebelum sempadan antara negeri dibuka.
Walaupun Kementerian Kesihatan telah beralih ke ujian simptomatik, kami menggalakkan mereka yang bergerak dan berhubung dengan orang ramai untuk melakukan ujian secara berkala. “Sekiranya anda ingin pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa yang sudah tua, lakukan ujian air liur RTK. Pastikan mereka selamat,” tulis Khairy di laman twitter.
Beliau juga berkata, kini adalah masa untuk setiap orang bertanggungjawab ke atas diri sendiri. “Ketika kita beralih ke fasa endemik, kami tidak dapat melakukan pengawasan lagi, seperti membuat sekatan jalan untuk memeriksa sama ada anda telah divaksinasi atau diuji sepenuhnya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|