CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7611|Reply: 23

[Borneo] Polis syor hadkan pengeluaran lesen memandu kepada warga emas

[Copy link]
Post time 25-9-2021 04:37 AM | Show all posts |Read mode
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesyorkan kepada kerajaan agar mengehadkan pengeluaran lesen memandu kepada warga emas.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata antara faktor yang menyumbang kepada kemalangan adalah kerana warga emas memandu kenderaan dalam keadaan mereka tidak sihat sepenuhnya.

Beliau berkata kumpulan warga emas seharusnya menjalani pemeriksaan kesihatan serta mendapatkan surat daripada doktor terlebih dahulu untuk mengesahkan bahawa mereka sihat untuk memandu.

“Apabila mencapai usia warga emas, banyak penyakit yang datang, antaranya penyakit Alzheimer dan penglihatan tidak terang. Faktor ini secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kemalangan di jalan raya.

“Terdapat kes sebelum ini seorang warga emas memandu kenderaan dengan memasuki lorong motosikal. Maka kerajaan perlu meneliti dan mengkaji berhubung pengeluaran LKM kepada golongan warga emas,” katanya dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Beliau memberi contoh sekiranya seseorang warga emas berusia 70 tahun memperbaharui LKM bagi tempoh lima tahun, ia tidak sesuai sama sekali kerana faktor usia.

Sementara itu Azisman turut mencadangkan kepada kerajaan untuk mengeluarkan satu polisi bagi motosikal yang berkuasa rendah agar tidak mengeluarkan bunyi bising.

“Polisi berkenaan diperlukan kerana rata-rata motosikal berkuasa rendah ini banyak diubah suai ekzosnya yang mengeluarkan bunyi bingit dan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan,” katanya.

Mengulas mengenai statistik kemalangan jalan raya, Azisman berkata motosikal masih menjadi faktor penyumbang utama kemalangan yang masih meningkat.

“Kemalangan motosikal masih tinggi iaitu 70 peratus melibatkan 2,075 kematian bagi tempoh awal tahun ini hingga Ogos lepas,” katanya.

Selain itu menurutnya kemalangan kedua tertinggi melibatkan kereta iaitu 450 kematian, diikuti pejalan kaki (168), lori (87), basikal (54), kenderaan pacuan empat roda (53) dan bas (1) bagi tempoh yang sama.

— BERNAMA
Single Polls, Total Users voted
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2021 06:17 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju. Bnyk den jumpa warga emas drive aiyyo.. blh plk pak cik tu bw slow duduk lorong tgh dkt jalan 3 lorong yg sibuk. Abes jamed jalan berkilo2.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SalenaGomez at 25-9-2021 09:19 AM

Setuju tp maybe kena impose condition…kalau diluar bandar, better benarkan sbb susah juga kalau nak dptkan keperluan asas sbb kat luar bandar x ramai org muda…taxi, grab pon x byk

Kalau kawasan bandar better limitkan pengeluaran lesen or renewal lesen utk warga emas…sbb kat bandar byk grab n delivery service..so warga emas ada choice utk x drive

Perkara ni x susah nak impose sbb jpj boleh rely pada data bancian utk check demographic sesuatu tempat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2021 09:36 AM | Show all posts
mdhelmi replied at 25-9-2021 06:17 AM
sama tak dengan ni

Pengeluaran Lesen Kenderaan Motor (LKM) kepada warga emas wajar dihadkan - Isu ...
sama ...

tapi berlainan Board ...


kalau sama Board ... tu baru kena tutup

Berita ni juga sesuai untuk Warga Borneo ... sebagai info dan sebagai sembang2 mereka kat sini ... samada mereka setuju ke tak atau ada cadangan lain nya ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2021 09:43 AM | Show all posts
otai_g replied at 25-9-2021 06:41 AM
Setuju. Bnyk den jumpa warga emas drive aiyyo.. blh plk pak cik tu bw slow duduk lorong tgh dkt jala ...
terbalik pula yang FC pernah jumpa ...

warga emas ni pula yang menonong laju  
dia nyer cilok perghhh!!!~

bila dapat tau ... rupa nya dia bekas driver ambulan

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-9-2021 09:46 AM | Show all posts
SalenaGomez replied at 25-9-2021 09:17 AM
Setuju tp maybe kena impose condition…kalau diluar bandar, better benarkan sbb susah juga kalau nak ...
kat luar bandar x ramai org muda…taxi, grab pon x byk
ada tempat memang tak ada pun taxi dan grab ni ...



Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
setuju juga, pernah nampak acik tua ni langgar lampu isyarat, dia x laju pun, may be mata dia dah x brapa nampak lampu tu, sebb masa tu senja, nasib kereta dari sebelah sana x ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2021 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak kali dah aku kena dgn orang tua ni. Tetiba melintas ke seberang tak tengok belakang. Nasib baik aku tak sodok dari belakang. Tapi berdecit jugaklah tayar time brake tu. Bile kite marah buat muke macam takde pape. Pekak agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
imanjannah replied at 25-9-2021 12:24 PM
setuju juga, pernah nampak acik tua ni langgar lampu isyarat, dia x laju pun, may be mata dia dah x  ...

Ya Tuhan, kalu betul x nmpk, bahayanya keadaan gitu. Bleh membahayakan nyawa org len gk. Wajar jg utk driver kategori2 seumpama ni ambil ujian tertentu sprt buta warna sblm renew lesen.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Start umur 60 je kena review yearly baru la berkesan..  kalau yang pendalaman tu maybe 2 tahun sekali. Walaupun tak banyak kereta tapi akan membahayakan pemandu tu sendiri dan pejalan kaki. Kalau malam lagi lah bahaya.. Gelap Tak nampak clear jalan yang curam, orang berjalan etc
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 25-9-2021 09:46 AM
ada tempat memang tak ada pun taxi dan grab ni ...

Walaupun ada grab/taxi, tak semua mampu nak bayar. Kalau nak g kedai takkan nak jalan kaki
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2021 06:41 AM | Show all posts
imanjannah replied at 25-9-2021 12:24 PM
setuju juga, pernah nampak acik tua ni langgar lampu isyarat, dia x laju pun, may be mata dia dah x  ...
yang ni FC setuju ...

ramai yang rabun tapi takmo pula tu pakai spek ...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2021 06:43 AM | Show all posts
Gomea replied at 25-9-2021 12:42 PM
Banyak kali dah aku kena dgn orang tua ni. Tetiba melintas ke seberang tak tengok belakang. Nasib ba ...
hahaha tak la pekak kot

cuma mungkin dia rasa ... dunia ini ana yang punya

yang ni ramai jer camni... tak kira usia ...
walaupun tau buat salah ...
kita pula yang jadi gementar selepas mengelak ... selepas break mengejut ...
tu dia ... dier rang macam takde apa2 berlaku ...

geram ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2021 06:45 AM | Show all posts
cucutokwan89 replied at 25-9-2021 04:43 PM
Ya Tuhan, kalu betul x nmpk, bahayanya keadaan gitu. Bleh membahayakan nyawa org len gk. Wajar jg  ...
kena ambik balik lesen la kot ...
terutama yang kat bandar2


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2021 06:47 AM | Show all posts
ease replied at 25-9-2021 07:36 PM
Start umur 60 je kena review yearly baru la berkesan..  kalau yang pendalaman tu maybe 2 tahun sekal ...
setuju saranan ni ...

bukan nak menyusahkan ... tapi sebab kita sayang mereka ...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2021 06:47 AM | Show all posts
Leeanne88 replied at 27-9-2021 12:25 AM
Walaupun ada grab/taxi, tak semua mampu nak bayar. Kalau nak g kedai takkan nak jalan kaki
nak tukar tong gas ... tak kan nak pikul kan ...



Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 07:02 AM | Show all posts
setuju.. yang paling kerap jumpa drive terlampau perlahan..
bila ada chance nak potong dah terfikir nak bagi hon je tapi bila tengok orang tua yang drive terus tak sampai hati huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2021 07:04 AM | Show all posts
AverageJoe replied at 27-9-2021 07:02 AM
setuju.. yang paling kerap jumpa drive terlampau perlahan..
bila ada chance nak potong dah terfikir ...
lain pula kat sini ...

ramai yang memotong cara bahaya ... main potong jer walaupun depan tu blind spot


tapi kita setuju jer la kan  ... jika tu untuk kebaikan semua ... lagi2 kat bandar besar


Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada pro dgn kontra dia
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.066388 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list