CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1090|Reply: 1

Usah jadikan pengadil tempat lepaskan geram

[Copy link]
Post time 21-9-2021 07:01 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengingatkan pemain dan pegawai pasukan Liga Malaysia supaya tidak menjadikan pengadil sebagai 'objek' untuk melepaskan geram hingga sanggup bertindak di luar batasan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM Datuk S Sivasundram berkata, semua pemain dan pegawai pasukan harus menghormati pengadil dan menggunakan saluran yang betul untuk menyatakan bantahan atau rasa tidak puas hati.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa mempertingkatkan kualiti pengadil dan pada masa sama turut melindungi individu berkenaan daripada sebarang bentuk keganasan oleh pemain dan pegawai pasukan.

"Kami memahami ada antara keputusan pengadil mungkin menimbulkan rasa tidak puas hati namun tidak perlulah bertindak ganas dengan menyerang mereka.

"Gunakan saluran yang betul dan beri kami ruang dan peluang untuk melakukan siasatan sebelum mengambil Tindakan," katanya, ketika dihubungi.

Terdahulu, tindakan pemain dan pegawai Sarawak United yang mencetuskan kekecohan ketika menentang Negeri Sembilan FC dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 10 September lalu akhirnya menerima padah apabila masing-masing dikenakan hukuman.

Jawatankuasa Tatatertib FAM mengenakan tindakan penggantungan dan denda terhadap tiga pemain dan tiga pegawai The Crocs termasuk pengendalinya, E Elavarasan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu, turut dikenakan hukuman adalah penjaga gol Sarawak United, Sharbinee Allawee Ramli yan digantung lima perlawanan termasuk satu perlawanan secara automatik apabila melanggar Artikel 50.1(d) Kod Tatatertib FAM dan Artikel 59 Kod Tatatertib FAM.

Jawatankuasa Tatatertib FAM juga mengenakan penggantungan selama 12 bulan dan denda RM10,000 terhadap pengendali The Crocs, Elavarasan susulan insiden di Cheras itu. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2021 07:04 AM | Show all posts

Gambar menunjukkan pengadil diserang pemain dan pegawai Sarawak United selepas perlawanan menentang NSFC di Cheras baru-baru ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.035178 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list