View: 1028|Reply: 1
|
Akhirnya De Gea selamatkan penalti selepas 40 perlawanan
[Copy link]
|
|
London: Kejayaan penjaga gol Manchester United, David de Gea menyelamatkan penalti ketika menentang West Ham semalam adalah yang pertama kali dalam 41 perlawanan.
Penjaga gol Sepanyol itu menampan sepakan Mark Noble ketika permainan berbaki beberapa saat untuk membolehkan pasukannya menang 2-1 dalam aksi Liga Perdana di Stadium London.
Skuad Hammers hampir mencuri satu mata apabila pengadil Martin Atkinson menganugerahkan penalti pada masa kecederaan dan pengurus, David Moyes membawa masuk kapten, Mark Noble daripada bangku simpanan untuk melaksanakan tugas itu tetapi dihampakan De Gea.
Kegagalan Noble mengejutkan rakan sepasukan dan penyokong kerana dia mempunyai rekod bagus dari jarak 11 meter dan De Gea pula gagal menyelamatkan penalti sejak sekian lama.
Noble meledak 27 daripada 31 penalti sebelum aksi semalam dengan 87 peratus kejayaan manakala De Gea gagal menyelamatkan 40 penalti terakhir termasuk untuk kelab dan negaranya.
Paling diingati ialah kegagalannya ketika United tewas menerusi penentuan penalti kepada Villarreal pada final Liga Europa musim lalu.
De Gea menunggu hampir tujuh tahun untuk menyelamatkan penalti dalam aksi Liga Perdana selepas kali terakhir menyelamatkan sepakan pemain Everton, Leighton Baines pada Oktober 2014.
Bercakap mengenai kemampuannya itu, De Gea berkata: "Saya lihat Rice pegang bola jadi saya jangka dia akan membuat sepakan tetapi kemudiannya saya nampak Noble.
"Saat terakhir perlawanan dan saya menyelamatkannya, ia tiga mata bermakna buat kami.'' - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
DE GEA (tengah) meraikan kemenangan United. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|