CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1019|Reply: 1

Piala Presiden dijangka berlangsung Februari tahun depan

[Copy link]
Post time 20-9-2021 12:04 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Selepas dua musim saingan peringkat belia tidak dapat dianjurkan ekoran pandemik Covid-19, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bercadang untuk merancakkan kembali kalendar bola sepak negara mulai awal tahun depan.

Jika sebelum ini saingan seperti Piala Presiden dijalankan pada pertengahan tahun, mulai musim depan saingan peringkat belia itu dijangka berlangsung pada bulan Februari, disamping kempen Piala FAM juga bakal diadakan semula.

Perkara itu dimaklumkan Naib Presiden FAM, Mohd Firdaus Mohamed yang percaya menerusi perancangan terbabit, ia akan dapat merancakkan semula kehangatan bola sepak di negara ini khususnya di peringkat belia.

"Kita merancang kemungkinan akan melangsungkan Piala Presiden lebih awal tahun depan, selewat-lewatnya bulan dua (Februari)…ia bagi memberi peluang dan ruang buat pemain muda menunjukkan bakat mereka selepas dua tahun tidak ada pertandingan.

"Saya juga sedang merancang untuk menganjurkan semula Piala FAM dengan format kalah mati. Kertas kerja sedang disiapkan dan saya akan bentang kepada FAM tidak lama lagi.

"Saya melihat pentingnya Piala FAM ini dianjurkan bagi menambah platform buat pemain-pemain menunjukkan bakat mereka sekali gus boleh diketengahkan di peringkat lebih tinggi.

"Kita dah ada Liga M3, tapi Piala FAM ini akan dibuka buat pemain bawah 25 tahun sahaja dan mungkin satu negeri boleh hantar satu atau dua pasukan dengan harapan kita mahu melihat ramai lagi pemain muda diketengahkan, disamping memupuk semangat dan budaya bola sepak buat pemain yang dah dua tahun tidak beraksi dalam mana-mana kejohanan," katanya kepada Arena Metro.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Firdaus yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBSMM) dengan kerjasama FAM menjayakan perlawanan amal sempena mengenang jasa bekas pemain kebangsaan, Zulkifli Norbit yang kini terlantar di rumahnya selepas diserang strok kali kedua.

Menerusi perlawanan amal antara pasukan Veteran Nusantara menentang pasukan EX Kuala Lumpur (EXKL) yang berlangsung di Stadium Mindef, di sini, semalam menyaksikan EXKL menewaskan Veteran Nusantara dengan jaringan 4-1.

"Kita ambil inisiatif ini kerana mengenangkan jasa Zulkifli yang juga bekas skuad Olimpik Munich 1974. Mudah-mudahan dengan sedikit bantuan hasil kutipan daripada rakan-rakan dapat meringankan beban Zulkifli dan keluarganya," katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang menyokong dan menggalakkan usaha-usaha membantu bekas-bekas pemain. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2021 12:06 AM | Show all posts

FIRDAUS percaya menerusi perancangan terbabit, ia akan dapat merancakkan semula kehangatan bola sepak di negara ini khususnya di peringkat belia. FOTO Ihsan FAM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.035945 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list