View: 1087|Reply: 1
|
Milan tekad bangkit berdepan Juve
[Copy link]
|
|
Milan: AC Milan pasti mahu bangkit daripada kekecewaan apabila berdepan perlawanan Ahad ini menentang musuh tradisi Juventus masih lagi tidak dapat melupakan kekalahan pertama dalam saingan Liga Juara-Juara sejak 2014.
Juara Eropah tujuh kali itu mendapat pengalaman berharga yang boleh dipelajari di Anfield selepas tewas 2-3 kepada Liverpool.
20 minit selepas perlawanan bermula pasukan Stefano Pioli tampak sangat terkejut melihat stadium yang dipenuhi penonton selepas perlawanan domestik mereka hanya membenarkan kehadiran 50 peratus penonton kerana peraturan Covid-19 di Itali.
Mereka bagaimanapun terlebih dulu mendahului dengan keputusan 2-1 pada separuh masa pertama menerusi Ante Rebic dan Brahim Diaz namun tidak dapat bertahan dengan tekanan dari Liverpool selepas rehat yang akhirnya menyaksikan mereka tewas.
"Kenyataannya kami bermain hingga tamat perlawanan dan melihat akan tahap yang kami capai," kata Pioli.
"Kami bercakap mengenai standard yang tinggi dan kami tidak cukup untuk mencapai tahap itu tapi akan menggunakan pengalaman dalam perlawanan ini untuk terus berkembang dan meraih pengalaman."
Mereka diuji di Allianz Stadium dan kemungkinan perlawanan terbesar dalam Serie A setakat ini, ketika Juve berusaha untuk terus mencipta kemenangan 3-0 di Malmo dan merobek permulaan sempurna Milan dalam kempen liga.
Pasukan Massimiliano Allegri dianggap sebagai pilihan pra-musim untuk Scudetto namun pemergian Cristiano Ronaldo yang mengejutkan itu menyaksikan mereka hanya mampu melakarkan keputusan satu seri dari tiga perlawanan dan kini lapan mata di belakang Milan, Napoli dan pendahulu liga Roma.
Mungkin mereka mempunyai sedikit kelebihan tanpa kehadiran Zlatan Ibrahimovic yang memaklumkan bahawa dia mungkin belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan achilles tendon yang dialaminya sebelum ini. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
AC Milan ketika berdepan Liverpool dalam aksi Liga Juara-Juara Kumpulan B. - FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|