|
MILAN: Rodrygo membenam Inter Milan menerusi gol kemenangan lewat permainan hasil kemenangan 1-0 di San Siro yang memberikan Real Madrid permulaan sempurna dalam kempen Liga Juara-Juara.
Juara Itali itu cuba melepasi pusingan kalah mati buat pertama kali sejak 2011/12 tetapi mereka dihukum kerana mensia-siakan banyak peluang sebelum pemain Brazil, Rodrygo meledak pada minit akhir pertembungan Kumpulan D itu.
Ia keputusan yang yang mengecewakan buat Inter ketika berdepan skuad kendalian Carlo Ancelotti yang gagal menunjukkan ketajaman di bahagian serangan yang memberikan mereka 13 gol dalam empat saingan La Liga musim ini.
"Kami berhak mendapat lebih banyak gol daripada perlawanan ini, tapi jika anda tidak menjaringkan gol anda tidak akan menang perlawanan," kata Edin Dzeko kepada Amazon.
"Kami berhak lebih daripada ini, kami bermain sangat baik berdepan pasukan yang hebat dan kami ada peluang untuk menang perlawanan... Ia memalukan apabila anda kalah perlawanan seperti ini."
Madrid bagaimanapun tidak berada di kedudukan teratas kumpulan apabila ia menjadi milik Sheriff Tiraspol, yang membenam Shakhtar Donetsk 2-0 dalam penampilan bermakna mereka di Liga Juara-Juara.
"Ini adalah perlawanan paling mencabar dalam kumpulan," kata Ancelotti kepada Amazon.
"Inter mengekalkan rentak baik pada babak pertama, ketika kami mengawal permainan dengan lebih baik selepas rehat." - AFP
|
|
|
|
|
|
|
|
Penyerang Real Madrid, Rodrygo (kiri) menjaringkan gol sambil cuba dihalang penjaga gol Inter Milan, Samir Handanovic pada perlawanan Kumpulan D Liga Juara-Juara di Stadium Giuseppe Meazza dekat Milan. - EPA |
|
|
|
|
|
|
| |
|