CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1361|Reply: 1

TMJ tabik Penang, nasihat Kedah jaga kebajikan pemain

[Copy link]
Post time 16-9-2021 08:14 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyenaraikan Penang FC, Terengganu FC (TFC) dan Kedah Darul Aman FC (KDA) sebagai tiga pasukan yang berjaya menunjukkan prestasi terbaik sepanjang Liga Super musim ini.

Justeru, tidak mustahil tiga pasukan itu juga boleh dianggap sebagai pencabar utama merebut kejuaraan Piala Malaysia yang akan bermula 25 September ini.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) bagaimanapun berkata Kedah perlu lebih menjaga kebajikan barisan pemain mereka dengan lebih baik atas apa yang disumbangkan skuad Helang Merah.

"Pertama Penang, kerana mereka sudah menjalankan tugas dengan bagus, baru layak ke Liga Super dan berada di mana mereka berada hari ini.

"TFC, mungkin turun sedikit kerana tak konsisten. Tapi mereka dalam kelompok teratas dan Kedah. Kedah ini, pengurusan perlu jaga pemain dan juga pasukan dengan lebih baik kerana mereka mantap.

"Setiap tahun, tak kisah apa masalah pun, masalah gaji, tetapi mereka masih memberi sepenuhnya kepada pasukan dan itu saya mengucapkan syabas kepada pemain kerana ada sikap sabar dan sebagainya.

"Tapi kepada pengurusan, saya harap mereka ambil langkah yang proaktif untuk jaga hak ini. Penang di kelas tertinggi, baru naik ke Liga Super dan tamatkan (liga) di kedudukan ketiga," katanya dalam rancangan Bola@Mamak, kelmarin.

Selain itu, TMJ turut menganggap kehadiran dua pendatang baharu, Negeri Sembilan FC dan Sarawak United dalam Liga Super musim depan sebagai perkembangan yang bagus.

Namun, beliau berharap pemain dan pegawai pasukan Sarawak United lebih berdisiplin susulan terbabit dalam insiden menyerang pengadil baru-baru ini.

"Bagus, tapi kena jaga disiplin staf masing-masing kerana insiden baru-baru ini (menyerang pengadil). Benda itu tak patut berlaku dan FAM ada tindakan lebih keras.

"Kalau tidak benda ini akan berlaku, kita juga kena faham ramai negara jiran yang memerhati sikap kita. Kita nak ada imej yang bagus dalam bola sepak," katanya. - BHarian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-9-2021 08:17 PM | Show all posts

Pemain pasukan Penang FC, Anselmo Arruda Da Silva meraikan jaringan gol ketika menentang pasukan Terengganu FC (TFC) pada aksi terakhir Liga Super di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, Ahad lalu. Kejayaan Penang FC duduki tempat ketiga dapat pujian daripada TMJ. - FOTO NSTP/DANIAL SAAD
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.035130 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list