View: 7952|Reply: 33
|
Keladi Bernilai 50,000 Dikebas Orang.
[Copy link]
|
|
Edited by Kakalongmu at 16-9-2021 01:08 PM
Berkebun atau menanam pokok bukan sekadar hobi yang dilakukan di waktu lapang sahaja tetapi ia juga dijadikan sebagai terapi diri dan salah satu aktiviti riadah yang boleh dilakukan bersama ahli keluarga.
Mungkin ramai yang tidak tahu, harga bagi sesetengah pokok juga boleh mencapai hingga ratusan ribu ringgit.
Bercakap mengenainya, baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Rus Majida Hassan telah memuatnaik satu perkongsian mengenai kes kecurian pokok-pokok miliknya.
Menurutnya, tiga jenis pokok yang telah dicuri itu bernilai sehingga RM50,000.
Dihubungi Sk, Rus yang tinggal di Kuala Terengganu mengatakan bahawa rumahnya telah diceroboh masuk oleh pencuri pada 13 September lalu.
Tambahnya, laporan polis telah dibuat dan kini dia juga memerlukan bantuan orang ramai yang mungkin ada terlihat jika pokok-pokok kesayangannya itu dijual di platform dalam talian.
Ikuti perkongsiannya di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kes kecurian tersebut.
KES KECURIAN POKOK, TOLONG SAYA SHARE
Assalamualaikum semua, minta pertolongan semua untuk share dan war-warkan di semua group dan media social. 3 pokok kesayangan saya yang bernilai RM50,000 telah hilang dicuri petang semalam di Kuala Terengganu.
Pokok yang hilang adalah seperti yang tertera dalam gambar:
1) Monstera Albo Marble (daun putih hijau besar berlubang2)
2) Monstera Aurea Marble (daun kuning hijau besar berlubang2)
3) Monstera Albo Halfmoon ( daun sebelah hijau sebelah putih)
Laporan polis telah dibuat dan saya amat memerlukan pertolongan sekira ada sesiapa yang mengenali saudara/jiran/rakan yang tiba-tiba ada menanam pokok ini di rumah atau terjumpa posting di mana2 platform untuk menjual pokok sebegini, sila segera maklumkan kepada saya.
Saya amat mengenali pokok saya berikutan corak khas dan saiz pokok tersebut tidak dimiliki oleh orang lain. Pokok ini tiada dijual di nurseri biasa dan saiz pokok yang dicuri sangat sukar didapati.
Tolong bantu saya untuk dapatkan semula pokok-pokok ini dan agar saya dapat membawa si pencuri ke muka pengadilan.
Ralat sungguh ralat kerana pokok-pokok ini saya dah bela selama hampir 3 tahun dan mencapai saiz yang tidak dimiliki oleh orang lain. Ini membuatkan pokok2 ini mudah untuk dicam sekiranya dijumpai.
Terima kasih kepada semua yang sejak petang semalam sehingga ke saat ini bertubi-tubi membantu saya untuk menjejak pokok-pokok ini dan memberikan kata2 semangat buat saya. Hampir rebah rasanya sewaktu menyedari kejadian yang berlaku.
Kepada si pelaku sekiranya anda membaca tulisan saya, sila pulangkan pokok saya seperti sedia kala atau saya tidak akan memaafkan anda dunia akhirat dan berdoa agar anda menerima balasan yang setimpal dunia akhirat. Saya juga doakan pokok tersebut tidak akan hidup subur di tangan anda, sungguh saya tidak redha dengan perbuatan anda yang menceroboh kawasan rumah dan mencuri pokok-pokok kesayangan saya. Bertaubatlah!
Sumber: Rus Majida Hassan
: Siakap keli. |
|
|
|
|
|
|
|
Hasanah ke.
Keladi kecik2 tu memang pencuri amik ubi dia dalam kawasan sekolah.
Stress cleaner siram2 keladi tetap mati rupanya ubi dah ghaib ke dunia disebalik ubi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Monstera ni bukan luar biasa pun...berzaman merata..mahalnya harga 50k... |
|
|
|
|
|
|
|
kt umah parents byk gak pokok hijau..keladi,langsuyar sbb parents suka pokok hijau2.tp takde la yg mahal gini
.tp selalu ada yg dtg tanam kat umah...nyamuk byk kot kalau byk pokok..
mahalnya pokok oi..kalau mati sesia jah
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-9-2021 02:38 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by Kakalongmu at 16-9-2021 02:39 PM
Dedulu keladi ni main dalam hutan jer. Monstera ni menumpang pokok besar dalam hutan nun. La ni dah mendonia anak keladi besar ibu jari pun depa jual 30 hengget ke atas. Nak-nak ID rare lagi la mahal. Kalau kaka daripada beli bunga harga ribu-riban baik kaka beli emas. Boleh jual balik masa susah. Tapi iye la... Kaka tak dak duit. Depa tu terlebih duit tak tau nak buat apa dah hee |
|
|
|
|
|
|
|
Kakalongmu replied at 16-9-2021 02:38 PM
Dedulu keladi ni main dalam hutan jer. Monstera ni menumpang pokok besar dalam hutan nun. La ni dah ...
Cina rajin beli pokok rare. Ritu seller tunjuk syngonium albo, renek je lagi, RM5k dah ada pembeli katanya. I beli yg mur mur je laaa |
|
|
|
|
|
|
|
Alaa lecehlah nak.maintain jaga keladi ni. Banyak koleksi aku tak menjadi. Layu di tasik madu..huhu. if kampung je bertahan. Id alaf baru xsihat malah kiok. Aku lantaklah jelah..nak Hidup2 xnk sudah |
|
|
|
|
|
|
|
PinkyPie replied at 16-9-2021 02:44 PM
Cina rajin beli pokok rare. Ritu seller tunjuk syngonium albo, renek je lagi, RM5k dah ada pembeli ...
Betul. Asal bawak ong, meka sanggup spend a fortune huntok beli. |
|
|
|
|
|
|
|
tuan tanah.. ni bukan keladi .. kat artikel pun cakap monstera... keladi / caladium species lain... |
|
|
|
|
|
|
|
Monstera albo mmg mahal sgt2. Habislaa dah viral gini ramai la yg dah tau harga dia, berbondong la matpet merompak pokok aje nti |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 16-9-2021 05:02 PM
Alaa lecehlah nak.maintain jaga keladi ni. Banyak koleksi aku tak menjadi. Layu di tasik madu..huhu. ...
ni luahan rasa geram pokok sendiri ke |
|
|
|
|
|
|
|
Lain kali letak cip dalam tanah pasu tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tgk mcm pokok kena mkn ngan ulat jah |
|
|
|
|
|
|
|
aq yang xkenal n xtau langsung sal pokok2 niee memamg xkan paham laa dah napa hargaa nya yahoodi naww. Aq if jumpa pokok2 niee aq bt xtau jelaa sebab ny aq ingt kan pokok gini sama jer mcm pokok2 lain |
|
|
|
|
|
|
|
kalo hilang itu maknanya pencuri tu dah lama aim.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sambil mintak tolong org lain sambil up ayat2 riak
" saiz yg tidak dimiliki org lain"
|
|
|
|
|
|
|
|
masa baca cerita ni, aku dok fikir keladi pun mahal...
bila baca lg, pokok ni viral..
dalam grup deko kt FB byk tanam pokok..pokok viral rupanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang pokok2 ni ada yg cecah puluh2 ribu jenis yg rare and variegated.. pernah nampak ada seller share kenapa diorg jual mahal sampai puluh ribu sebab amek kat thailand sana pun dah ribu2 harga dia utk sepokok.. tak tau la sebab memang rare atau sebab ada demand diorg letak harga mahal.. iols bela murah2 je janji hidup |
|
|
|
|
|
|
|
ohhhh pokok ni ke?
cantikkkk |
|
|
|
|
|
|
| |
|