View: 1004|Reply: 1
|
Tugas sukar Selangor, Terengganu dalam Piala Malaysia
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Tiga bekas pemenang Piala Malaysia iaitu Terengganu FC, Selangor FC dan Perak FC diletakkan dalam Kumpulan B yang disifatkan sebagai 'kumpulan maut' pada edisi ke-100 saingan tertua di Asia itu.
Untuk rekod, skuad Red Giants adalah juara terbanyak Piala Malaysia sebanyak 33 kali diikuti Perak dengan lapan kali dan skuad Penyu sekali.
Satu lagi pasukan yang akan mengisi kumpulan berkenaan adalah pasukan di tangga ketiga Liga Perdana yang akan diketahui pada Selasa depan dengan kemungkinan Kelantan FC atau PDRM mengisi slot itu.
Bagaimanapun, laluan agak mudah buat pasukan lain terutamanya juara Liga Super lapan musim berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila diundi dalam Kumpulan D bersama Petaling Jaya City (PJ City), Sabah FC dan pasukan keempat Liga Perdana.
Dijangka skuad Harimau Selatan tidak berdepan sebarang masalah untuk melepasi peringkat kumpulan dan mempertahankan trofi Piala Malaysia yang dimenangi dua tahun lalu selepas saingan sama dibatalkan musim lalu.
Berdasarkan rekod dalam saingan Liga Super, anak buat Benjamin Mora melakar rekod baik dengan menewaskan Sabah serta PJ City dalam semua aksi liga musim ini.
Dua lagi kumpulan menyaksikan saingan seimbang dengan Kumpulan A diisi Penang FC, Kuala Lumpur City FC, Sri Pahang FC dan naib juara Liga Perdana.
Kumpulan C pula membabitkan naib juara Liga Super musim ini, Kedah Darul Aman FC diikuti Melaka United dan dua pasukan Liga Perdana iaitu juara liga serta pasukan di tangga kelima.
Saingan Piala Malaysia ke-100 ini akan bermula pada 25 September ini dan akan bermain mengikut format asal secara timbal balik di peringkat kumpulan sebelum juara dan naib juara mara ke suku akhir.
Seterusnya pemenang dari lapan pasukan terbaik itu akan beraksi timbal balik untuk mencari empat pasukan ke separuh akhir yang turut dijalankan timbal balik, dengan aksi final hanya satu perlawanan. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Undian TM Piala Malaysia hari ini. FOTO MFL |
|
|
|
|
|
|
| |
|