View: 978|Reply: 1
|
Jang dapat suntikan semangat
[Copy link]
|
|
Seremban: Skuad Negeri Sembilan FC (NSFC) mendapat suntikan semangat menjelang pertembungan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC pada aksi terakhir Liga Perdana musim ini, apabila kerajaan negeri mengumumkan insentif RM2,000 setiap seorang.
Menteri Besar yang juga Penasihat Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Aminuddin Harun, mengumumkan insentif itu yang membabitkan pegawai dan semua pemain skuad Hobin Jang Hobin.
"Akibat penularan wabak pandemik Covid-19, kita berhadapan dengan pelbagai kekangan dan tidak berkemampuan untuk menyalurkan sumbangan atau insentif yang lebih besar atas kejayaan pasukan Negeri Sembilan layak ke saingan Liga Super musim hadapan.
"Namun begitu, sumbangan RM2,000 kepada semua pegawai dan pemain pasukan ini diharap dapat menyuntik semangat dan motivasi tinggi menjelang perlawanan terakhir liga dan seterusnya mendapatkan trofi kejuaraan.
"Saya bagi pihak rakyat dan peminat bola sepak Negeri Sembilan, rasa terharu dengan kejayaan pasukan berjaya layak ke Liga Super 2022 selain bakal beraksi pada saingan Piala Malaysia musim ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis makan malam sempena kejayaan NSFC layak ke Liga Super 2022 di sebuah hotel di Seremban, malam tadi.
Hadir sama, Tunku Besar Tampin merangkap Presiden PBNS, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri dan Timbalannya, Datuk Dr Razali Ab Malek.
Aminuddin berkata, kejayaan layak ke Liga Super musim hadapan dapat mengembalikan semula reputasi pasukan yang pernah bersaing di liga utama itu sebelum ini.
Beliau memuji PBNS dan NSFC yang mengamalkan pengurusan terbaik dengan memastikan kepentingan pasukan dan kebajikan pemain diberikan keutamaan apabila tiada menghadapi masalah dari segi pembayaran gaji dan sebagainya.
Menurutnya, pihaknya percaya semuanya itu antara ramuan yang membawa kepada kejayaan pasukan Negeri Sembilan musim ini.
"Kita sama-sama berdoa dan berharap agar Negeri Sembilan dapat beralih ke Fasa Keempat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam tempoh terdekat ini.
"Ini akan dapat memberi peluang kepada penyokong memasuki stadium dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pada perlawanan terakhir liga, 21 September ini dan seterusnya pada saingan Piala Malaysia," katanya.
Aminuddin berharap Negeri Sembilan dapat memberikan saingan yang lebih baik pada kempen Piala Malaysia yang akan bermula hujung bulan ini dan seterusnya meraih pencapaian terbaik dalam perebutan trofi berprestij itu. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
AMINUDDIN (tiga dari kanan) beramah mesra dengan kapten pasukan, Zaquan Adha Abd Radzak (dua dari kiri) pada majlis makan malam NSFC di Seremban malam tadi. FOTO MOHD AMIN JALIL |
|
|
|
|
|
|
| |
|