CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1099|Reply: 1

Pengawal keselamatan rebah kena rembatan Ronaldo

[Copy link]
Post time 16-9-2021 07:48 AM | Show all posts |Read mode
London: Cristiano Ronaldo secara tidak sengaja membuatkan pengawal keselamatan perlawanan rebah ketika melakukan sesi pemanas badan sebelum pertemuan antara Manchester United menentang Young Boys, awal pagi tadi.

Bola sepakan bintang Portugal itu tersasar sehingga terkena pengawal keselamatan berkenaan terus rebah.

Bagaimanapun, insiden itu tidak menjejaskan prestasi Ronaldo apabila dia membuka tirai jaringan di Switzerland pada minit ke-13.

Ia adalah gol ketiga Ronaldo dalam dua perlawanan sejak dia kembali bersama United.

Dia meledak dua gol ketika melakukan debut keduanya bersama United dengan membantu kelab itu menewaskan Newcastle United 4-1, Sabtu lalu.

Namun, United tewas di tangan Young Boys menerusi jaringan lewat permainan yang dihasilkan pasukan tuan rumah.

Ronaldo kini menyamai rekod Iker Casillas sebagai pemain yang paling banyak membuat penampilan dalam sejarah saingan Liga Juara-Juara.

Mereka berkongsi rekod 177 penampilan di pentas Eropah namun Ronaldo hanya memerlukan satu lagi perlawanan bagi mengatasi rekod berkenaan dengan bintang Portugal itu sudah pun memegang status sebagai penjaring terbanyak sepanjang kejohanan itu.

Awal bulan ini, Ronaldo turut menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam saingan bola sepak antarabangsa. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-9-2021 07:57 AM | Show all posts

RONALDO meminta maaf selepas tidak sengaja melakukan rembatan yang mengenai pengawal keselamatan. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.065982 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list