View: 1853|Reply: 10
|
[Sabah]
Warga Emas hilang dah dijumpai - kg Kalibungan Rosok
[Copy link]
|
|
Berita 3 hari lepas 12/09/2021
Terimakasih kepada :Yang Berhormat Mohd Arsad Bin Bistari.
Ahli Dewan Undangan Negeri N.09 Tempasuk, Kota Belud.
Saya bergegas ke kg Kalibungan Rosok melawat keluarga dan melihat usaha mencari seorang wanita warga emas berumur 86 tahun yang dilaporkan hilang sejak kelmarin.
Usaha mencari diteruskan lagi hari ini dengan kerjasama penduduk kg, anggota keselamatan, polis dan bomba.
Kita doakan semoga usaha mencari dipermudahkan dan semoga mangsa ditemui dalam keadaan selamat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Syukur Alhamdulillah..
Wanita warga emas yang hilang di kg Kalibungan Rosok sudah ditemui pagi ini dalam keadaan selamat dan beliau dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.
Semuanya dengan izin Allah SWT, berkat doa dan usaha semua pihak yang terlibat selama misi pencarian.
Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada PDRM, BOMBA, APM, RELA, PGA, sukarelawan KB4WDC, UPPM DUN Tempasuk, penduduk kampung dan semua pihak yang telah menyumbang tenaga serta masa sepanjang misi pencarian ini.
Semoga Puan Tianun bte Padis (86 tahun) sentiasa diberi kesihatan yang baik.
Kenapa hilang ... blom di ketahui ... mungkin akan ada update ...
credit
|
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulilah..nsb baik dh jmpa |
|
|
|
|
|
|
|
Dia hilang kat mana n jumpa kat mana lak? |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah da jumpa.. Umur 86 tu.. Kuat betul daya upaya dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah dah jumpa haaaa |
|
|
|
|
|
|
|
ni pula laporan bila d jumpai ...
Credit : Polis Daerah Kota Belud
Pusat Kawalan tempat Kejadian (PKTK) telah menerima maklumat daripada orang kampung, memaklumkan mangsa telah ditemui oleh 1/L Dusun penama Alip bin Lajuin yang pada masa tu bersama isterinya Lyana bt Salimon dalam perjalanan dengan menaiki kereta ke Hospital Kota Belud , telah melihat mangsa sedang berjalan kaki keluar dari jalan laluan 4x4 (tidak berturap) di kampung Ginapas, org kg yg menemui mangsa itu mengenali mangsa yg merupakan org yg sedang dicari kerana dilaporkan hilang di Kg Kalibungan Rosok kemudiannya mengambil mangsa dan menghantarnya ke rumah mangsa.
Jarak mangsa ditemui ialah 1.24km dari PKTK. Mangsa ditemui dalam keadaan kepenatan dan mengalami luka² ringan. Mangsa seterusnya telah dihantar ke Hospital Kota Belud menaiki Ambulan untuk rawatan lanjut. PKTK ditutup dengan rasminya pada 15/09/2021 jam 0930hrs. PDRM Sabah mengucapkan terima kasih kepada semua agensi dan orang kampung yang terlibat dan berusaha keras membantu dalam menjayakan Op SAR di Kampung Kalibungan.
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 17-9-2021 01:21 AM
carik carik juga tadi ...
jumpa ni ...
Thank u sis spoonfeed meols...kelmarin meols gugel takde pulak jumpa details ni |
|
|
|
|
|
|
|
tu la ...
memula tu memang tak jumpa gak ...
semalam dok merayap sana sini ... baru jumpa
yang penting nenek tu selamat la kan ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|