CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1076|Reply: 4

[Sarawak] Cuba masuk Sarawak, lapan warga asing diusir pulang

[Copy link]
Post time 15-9-2021 03:54 PM | Show all posts |Read mode


PATI yang ditahan dan diusir keluar dalam operasi tersebut.

LUNDU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun antara lapan warga Indonesia yang diusir keluar dalam cubaan mereka menyeludup masuk ke Sarawak ini, hari ini.

Markas Divisyen Pertama Infantri dalam kenyataan akhbarnya memberitahu kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) terbabit ditangkap di kawasan Biawak, Lundu sekitar jam 7.30 pagi.

Menurutnya, semasa disoal siasat, mereka mengaku menyeludup masuk ke negeri ini untuk mencari pekerjaan.

"PATI dikesan memasuki kawasan Malaysia dari arah Indonesia melalui laluan tikus iaitu kira-kira 300 meter dari sempadan Malaysia-Indonesia.

"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua empat lelaki dan tiga wanita serta seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah," katanya.

Susulan itu, kesemua mereka kemudian ditahan dan diusir keluar dari sempadan Malaysia.

Laporan polis juga telah dibuat untuk tindakan selanjutnya.

"Tentera Darat khususnya di Sarawak amat komited menggalas tanggungjawab meneruskan inisiatif Op Benteng dalam mengekang aktiviti PATI menyelinap masuk ke Sarawak serta kegiatan jenayah rentas sempadan," tegasnya.



utusanborneo.com.my/2021/09/15

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2021 04:06 PM | Show all posts
kalau terlepas masuk...

ntah Covid Varian apa ntah dier rang ni bawa ...


Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Cukup lah segala pendatang yang ada di Malaysia ni. Janganlah yang haram2 ni bolos masuk. Negara kita untuk anak cucu kita
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 04:46 PM | Show all posts
Lengkong replied at 15-9-2021 04:25 PM
Cukup lah segala pendatang yang ada di Malaysia ni. Janganlah yang haram2 ni bolos masuk. Negara kit ...
kalo reti nak hormat kita2 ni takpa juga ... sedar diri ...

ni masuk cara haram ... lagi nak kutuk2 Malaysia


Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaya sorga PATI...
Kesian anak bangsa kita
Terpaksa korang berebut dengan anak2 PATI di masa depan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.051822 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list