CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1087|Reply: 2

Piala Cabaran pula dibatalkan

[Copy link]
Post time 14-9-2021 09:51 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan kejohanan Piala Cabaran terpaksa dibatalkan akibat beberapa faktor disebabkan impak pandemik Covid-19 sepanjang musim ini yang menyukarkan pasukan-pasukan untuk bertanding.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, badan pengelola Liga Malaysia itu amat menghargai dan berterima kasih kepada semua pasukan tidak kira status masing-masing untuk membuat satu keputusan secara kolektif demi kepentingan bersama.

Jelas beliau, penilaian rapi babitkan tiga elemen iaitu maklum balas penaja, masalah kewangan kelab yang begitu terkesan akibat kos-kos di luar jangkaan sepanjang Liga Perdana dan prosedur operasi standard (SOP) yang masih tiada kelonggaran sepanjang pandemik Covid-19 diambil kira di mana ia banyak memberikan kesan kepada pasukan-pasukan sekiranya saingan itu diteruskan.

"Dimaklumkan Piala Cabaran 2021 terpaksa dibatalkan selepas MFL bersama pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dalam saingan ini mencapai kata sepakat untuk membatalkan kejohanan ini.

"Sebenarnya ia bukan satu keputusan mudah sama ada membatalkan atau meneruskan tetapi atas beberapa faktor, pasukan-pasukan bersama MFL secara kolektif bersetuju agar kejohanan ini tidak diteruskan.

"Pertama, kejohanan Piala Cabaran 2021 daripada sudut penajaan tidak memberikan nilai tambahan bagi aspek komersial dalam pandemik Covid-19. Umum mengetahui bahawa kejohanan ini tiada siaran langsung tambahan pula penonton masih tidak dibenarkan hadir ke stadium atas larangan pihak kerajaan.

"Faktor kedua di mana pasukan-pasukan yang kini sedang berdepan masalah kewangan bukan sahaja daripada kos penganjuran perlawanan, sebaliknya kos penginapan, pengangkutan dan kos tambahan SOP dalam latihan terpaksa ditanggung tanpa sebarang pulangan yang mana sebelum ini mungkin kemasukan penonton dan hasil penajaan dapat membantu mereka dalam kewangan masing-masing.

"Faktor ketiga adalah polisi semasa kes-kes positif yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memberikan kekangan kepada pasukan bertanding.

"Jadi, pasukan-pasukan yang bertanding sudah mengadakan mesyuarat dalam talian bersama MFL hari ini dan selepas mengambil kira setiap aspek itu akhirnya secara kolektif bersetuju untuk kejohanan itu dibatalkan atas kebaikan bersama," katanya dalam satu kenyataan rasmi.

Meskipun Piala Cabaran terpaksa dibatalkan namun kesemua 11 pasukan Liga Perdana dapat beraksi dalam saingan liga yang penuh mencabar musim ini iaitu masing-masing mengharungi 20 perlawanan.

Tambah Stuart, berdasarkan perbincangan bersama pasukan-pasukan dalam mesyuarat itu juga, mereka menyatakan persetujuan untuk menghormati kontrak pemain dan pegawai sehingga hujung kontrak musim 2021 biarpun Piala Cabaran dibatalkan. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2021 09:52 PM | Show all posts

JDT II juara Piala Cabaran 2019. FOTO File NSTP
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.045485 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list