CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2222|Reply: 4

[Borneo] Perbezaan polisi MM2H: Sabah, Sarawak punyai peruntukan istimewa

[Copy link]
Post time 14-9-2021 02:50 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Perbezaan polisi Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak adalah disebabkan kedua-dua negeri itu mempunyai peruntukan istimewa dalam peraturan Imigresen, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ia selaras dengan perkara yang digariskan di bawah Seksyen 64 dan 65 Akta Imigresen 1959/1963 untuk menguruskan hal ehwal imigresen berkaitan kemasukkan warga asing dan tempoh keberadaan warga asing di dua negeri itu.

“Justeru, kerajaan negeri Sabah dan Sarawak boleh menyesuaikan syarat penyertaan program bagi tujuan pengeluaran Pas Lawatan Sosial,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di sini.

Bagaimanapun, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dengan kerajaan Sabah dan Sarawak untuk menyesuaikan syarat program MM2H dengan seluruh negara, bagi mengelak isu berkaitan syarat yang berbeza.

Hamzah berkata demikian ketika menjawab soalan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) yang meminta penjelasan kerajaan mengenai pelaksanaan program berkenaan yang disifatkannya sebagai "satu negara, dua sistem" apabila Sarawak didapati mempunyai dasar MM2H yang dikatakan lebih liberal berbanding prasyarat yang dikenakan kerajaan Persekutuan.

Hamzah berkata hasrat kerajaan menambah baik prasyarat penyertaan program MM2H adalah untuk memastikan setiap peserta program yang ingin bermastautin di negara ini terdiri daripada individu yang benar-benar berkualiti dan dapat menyumbang ke arah menjana ekonomi negara.

Katanya, pemegang status MM2H sedia ada boleh dipertimbangkan untuk mendapat kelonggaran daripada memenuhi dasar semasa, seperti keperluan pemilikan akaun simpanan tetap sekurang-kurangnya RM1 juta dan pengeluaran maksimum sebanyak 50 peratus dibenarkan ke atas nilai prinsipal.

Ia bagi tujuan pembelian hartanah, kesihatan dan pendidikan anak-anak, pengisytiharan aset cair sekurang-kurangnya RM1.5 juta, pendapatan luar negara sekurang-kurangnya RM40,000 sebulan dan lain-lain keperluan syarat yang ditetapkan, katanya.

Hamzah berkata peserta baharu perlu memenuhi dasar baharu MM2H bagi memastikan peserta MM2H yang berada di Malaysia adalah benar-benar sah, berkualiti tinggi dan dapat memberi sumbangan yang positif kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Program MM2H diperkenalkan pada 2002 yang memberi kebenaran warga asing membeli hartanah dan tinggal di Malaysia untuk tempoh yang lama, namun program itu dibekukan sementara waktu pada Ogos 2020 bagi memberi ruang kepada Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk mengkaji semula prasyarat sedia ada. - Bernama  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2021 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
apa maksud dia..'dasar Swak lebih liberal'???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2021 03:58 PM | Show all posts
Skuau replied at 14-9-2021 03:41 PM
apa maksud dia..'dasar Swak lebih liberal'???
Antara perbezaan nya ...


Sjung :
You must spend  90 days a year in Malaysia.

Sarawak :
pemegang pas S-MM2H juga perlu tinggal di negeri itu sekurang-kurangnya 15 hari dalam setahun bagi melayakkan mereka memperbaharui pas selepas 5 tahun




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2021 04:01 PM | Show all posts
ni untuk Sjung :

Following the review of the programme the government has announced the following changes to the requirements for the visa.:

Monthly income required to qualify is increased from RM10,000 to RM40,000 a month (roughly US$9500 or £6800)

You need to show liquid assets amounting to RM1,500,000 in order to apply for the visa.

The fixed deposit requirement is increased to RM1,000,000 (roughly US$236,000; GB £170,000). It was previously RM150,000 if you were over 50, and RM300,000 for those under 50 years of age. (Up to RM500,000 can be withdrawn for education, health care or buying a house). In addition, RM50,000 must be placed for each dependent

You must spend  90 days a year in Malaysia.

The minimum age is increased from 21 to 35. We assume that is only the principal applicant.

Government charges are increased dramatically. The annual visa fee will be RM500 up from RM90 and there will be a processing fee charged by immigration of RM5,000 for the principal applicants plus RM2,500 for each dependent.


credit

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2021 04:02 PM | Show all posts
ni untuk  Sarawak :

KUCHING: Sarawak melakukan beberapa penambahbaikan terhadap syarat program Sarawak-Malaysia Rumah Keduaku (S-MM2H) yang berkuat kuasa 1 September lepas, kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata, penambahbaikan itu yang bertujuan menjaga kepentingan Sarawak serta keselamatan rakyatnya, antara lain melibatkan kelonggaran had usia peserta, tanggungan mereka dan penggunaan ejen.

“Menerusi penambahbaikan syarat serta peraturan baru ini, program S-MM2H terbuka kepada semua rakyat dari negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Berhubung had umur beliau berkata, kategori baru usia 40-50 tahun layak untuk memohon bagi pelaburan hartanah, iaitu kediaman dengan nilai keseluruhan sekurang-kurangnya RM600,000.

Selain itu katanya, bagi permohonan baru, mereka perlu menyertakan surat kelakuan baik daripada pihak berkuasa negara asal dan pas S-MM2H akan ditarik balik sekiranya peserta didapati terlibat dalam kegiatan jenayah.

Abdul Karim berkata, bon jaminan juga akan dikenakan ke atas peserta yang akan digunakan untuk membiayai kos penghantaran pulang mereka sekiranya berlaku pelanggaran Ordinan Imigresen Sarawak atau lain-lain.

Selain itu, jumlah deposit tetap peserta juga dinaikkan daripada RM100,000 kepada RM150,000 bagi individu dan daripada RM150,000 kepada RM300,000 untuk pasangan, katanya.

“Nilai minimum pembelian rumah kediaman juga dinaikkan daripada RM350,000 kepada RM600,000 bagi bahagian Kuching dan daripada RM300,000 kepada RM500,000 untuk bahagian lain di Sarawak,” katanya.

Di samping itu, semua pemegang pas S-MM2H juga perlu tinggal di negeri itu sekurang-kurangnya 15 hari dalam setahun bagi melayakkan mereka memperbaharui pas selepas 5 tahun, selain ibu bapa peserta dan anak-anak yang berusia bawah 21 tahun serta belum berkahwin boleh menyertai mereka, katanya.

Beliau juga berkata, ejen yang berdaftar dengan kementerian itu kini dibenarkan menghantar permohonan bagi pihak pemohon.

credit

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.062845 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list