View: 924|Reply: 0
|
[Sabah]
Sabah menentang usul yang mampu jejas kan keharmonian Agama
[Copy link]
|
|
KOTA KINABALU: Sabah tidak akan bertoleransi dengan apa jua usul-usul yang mampu menggugat kebebasan dan keharmonian keagamaan.
Pengerusi Parti Liberal Demokratik (LDP) Bahagian Karambunai Jimmy Lai berkata, rancangan kerajaan Pusat untuk memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam adalah tidak wajar.
Jimmy juga mengalu-alukan keputusan kerajaan negeri dan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor untuk menolak cadangan berkenaan dan berpegang teguh dengan prinsip kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
"Sabah adalah sebuah negeri yang unik dan rakyatnya sentiasa hidup dalam keadaan aman serta harmoni.
"Walaupun berbeza dari segi latar belakang keagamaan atau kaum, orang Sabah tetap hormat diantara satu sama lain.
"Kami sangat berbangga sebagai orang Sabah. Sabah adalah contoh terbaik keharmonian kaum di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan MA63, kerajaan negeri memegang teguh prinsipnya untuk menegakkan hak rakyatnya dalam amalan keagamaan.
"Kita akan melakukan apa juga tindakan untuk melindungi budaya dan tradisi ini di Sabah bagi menentang sebarang pihak pelampau yang cuba ingin menjejaskan perkauman di negeri ini," katanya.
Yap Siong Han
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|